Shah Rukh Khan melarang paparazi atau sebarang media untuk merakamkan gambar anak bongsunya lagi. Menurut sumber Bollywood Life, amaran tersebut diberikan kerana aktor Bollywood itu tidak mahu AbRam terganggu dengan kehadiran lensa kamera.
Walau bagaimanapun ia cuma tidak dibenarkan semasa anak kecilnya itu berada di sekolah sahaja. AbRam kini sudah mula menjalani sesi persekolahan di Dhirubhai Ambani International School. Sekolah tersebut memang selalu menjadi pilihan selebriti di Mumbai dan pihak pengurusan sekolah sudah sedia maklum dengan keselamatan murid yang belajar di situ.
Satu sumber menyatakan, "Dia mahu anaknya bebas dan seronok di sekolah dengan kawan mereka. "Lagipun, menurut SRK, paparazi sudah banyak merakam gambar AbRam dan kali ini biarlah dia rasa hidup bebas tanpa menjadi tumpuan kamera." Menurutnya lagi, Shah Rukh Khan tidak kisah langsung jika wajah anaknya dirakam di tempat lain seperti di majlis-majlis, tapi bukan di sekolah kerana khuatir anaknya tertekan. Begitulah kasih seorang bapa terhadap anaknya. Apa pun AbRam memang sangat comel dan sesiapa yang tengok pun mesti rasa geram. -CARI
|
15
Bagus |
9
Marah |
16
Terkejut |
29
Sedih |
15
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
iznanaziz replied at 11-10-2017 05:48 PM
wah..anak SRK comei la.
SRK ada berapa orang anak uolss?
-electrifying-: ade 3 sis...aryan, suhana dgn abram (khan)
mieymiey replied at 12-10-2017 09:03 AM
AbRam ni anak kandung SRK dengan wife dia ker? Ker anak angkat?
cikpah27 replied at 12-10-2017 10:02 AM
Guna ibu tumpang chuols
ADVERTISEMENT