CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Raja Puan Besar Perak Mangkat Pada Usia 75 Tahun

4-10-2017 09:26 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 16403| Komen: 50

Description: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah mangkat pada jam 5.07 petang kelmarin.

sumber : Berita Harian


Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah mangkat pada jam 5.07 petang kelmarin.

Baginda mangkat pada usia 75 tahun.

Bernama melaporkan, kemangkatan baginda diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, melalui kenyataan teks perisytiharan kemangkatan yang dikeluarkan pihak Pejabat Menteri Besar kelmarin. 

"Sebagai tanda bersedih dan dukacita dengan kemangkatan Duli Yang Teramat Mulia, Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah, dengan titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Negeri Perak akan berkabung sehingga selesai permakaman dan bendera negeri Perak Darul Ridzuan hendaklah dikibarkan separa tiang," katanya dalam kenyataan itu.


Dilaporkan jenazah Almarhumah akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar hari ini.

Baginda dimasyhurkan sebagai Raja Puan Besar Perak pada 1 Julai 2014 serentak dengan pemasyhuran Raja Jaafar Raja Muda Musa sebagai Raja Muda Perak.

Almarhum yang dilahirkan pada 18 Oktober 1942 di Kuala Lumpur, berkahwin dengan Raja Jaafar pada tahun 1970 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raja Shah Azman, 43, dan Raja NorAzwina, 41.

Baginda yang pernah menjadi guru ketika ini menyandang jawatan Timbalan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

Sementara itu, Datuk Seri Najib Razak menzahirkan ucapan takziah atas kemangkatan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah menerusi akaun Twitter beliau, hari ini. 

Perdana Menteri turut mendoakan supaya roh Almarhumah dicucuri rahmat Allah SWT.

"Merafak sembah takziah atas kemangkatan DYTM Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah."

"Moga Roh dicucuri rahmat, al-Fatihah," katanya.- CARI


17

Bagus
5

Marah
3

Terkejut
5

Sedih
11

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (46 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote msxx 3-10-2017 11:46 PM
Innalillah, takziah pd keluarga armahummah. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan solihin.
Quote lil_sparky 3-10-2017 11:48 PM
Al fatihah..takziah
Quote mamarock 3-10-2017 11:52 PM
Al Fatihah & Takziah.
Quote Mary_jane 4-10-2017 12:08 AM
Salam takziah.
Quote cmf_premierleag 4-10-2017 12:11 AM
Takziah... Arwah ni ada related dgn kes pembunuhan model yg jd madu dia kan?
Arwah Hasliza kut nama model tu
Quote tombolpintu 4-10-2017 12:13 AM
Takziah....aku baru sgt tgk berita semlm rosmah raikan dia dlm program pandu puteri...
Quote bedaksiam 4-10-2017 12:16 AM
cmf_premierleag replied at 4-10-2017 12:11 AM
Takziah... Arwah ni ada related dgn kes pembunuhan model yg jd madu dia kan?
Arwah Hasliza kut nam ...

Yes..walau apapun takziah to Raja Jaafar & keluarga.
Quote tumpanglalu74 4-10-2017 12:18 AM
Umor 75..  Gering tua..  Sekian.

https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1061711&mobile=2
Quote watachiwa 4-10-2017 08:22 AM
Nampak sihat n aktif dgn urusan pandu puteri.  Teringin nak tgk anakanda2 Tuanku
Quote chazey 4-10-2017 08:32 AM
cmf_premierleag replied at 4-10-2017 12:11 AM
Takziah... Arwah ni ada related dgn kes pembunuhan model yg jd madu dia kan?
Arwah Hasliza kut nam ...

Baru nak tanya. Memang sheol kan yang bunuh?

Takziah btw.
Quote paz 4-10-2017 08:33 AM
Oh pernah terbaca pasal model tu.

Takziah.
Quote Vokuro 4-10-2017 08:36 AM
Sheols pernah upah orang bunuh madu kan?
Quote cmf_almondpecan 4-10-2017 08:37 AM
Sembah takziah patek atas kemangkatan almarhumah tuanku.
Quote eyeNa07 4-10-2017 08:43 AM
alfatihah & salam takziah
Quote cmf_almondpecan 4-10-2017 08:57 AM
chazey replied at 4-10-2017 08:32 AM
Baru nak tanya. Memang sheol kan yang bunuh?

Takziah btw.

Saya ada juga membantu sedikit dlm kerja2 persiapan kes ini masa tu. Mengikut rekod awam, beliau dikatakan meminta bentara yg juga anak buahnya utk takutkan si mati. Dlm keterangan yg diberikan oleh tertuduh2 (ada 4 atau 5 org saya tak ingat), mereka tak sengaja cederakan si mati sbb dia melawan. Diaorg ingat dia dah mati tp rupanya belum. Oleh kerana diaorg ingat dia dah mati, dicampaknya si mati ke dalam gaung kalau tak silap. Hakim di peringkat rayuan ada mengatakan tak kira la si mati dah mati atau belum mati masa dicampak, perbuatan tu menunjukkan betapa kejamnya si tertuduh utk berbuat demikian.

http://www.thestar.com.my/news/nation/2006/08/15/raja-nor-mahani-should-have-been-charged-court-told/
Quote CARI-LTS 4-10-2017 09:26 AM


Add Image Caption Here



Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah mangkat pada jam 5.07 petang kelmarin.


Baginda mangkat pada usia 75 tahun.


Bernama melaporkan, kemangkatan baginda diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, melalui kenyataan teks perisytiharan kemangkatan yang dikeluarkan pihak Pejabat Menteri Besar kelmarin.


"Sebagai tanda bersedih dan dukacita dengan kemangkatan Duli Yang Teramat Mulia, Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah, dengan titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Negeri Perak akan berkabung sehingga selesai permakaman dan bendera negeri Perak Darul Ridzuan hendaklah dikibarkan separa tiang," katanya dalam kenyataan itu.


Dilaporkan jenazah Almarhumah akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar hari ini.


Baginda dimasyhurkan sebagai Raja Puan Besar Perak pada 1 Julai 2014 serentak dengan pemasyhuran Raja Jaafar Raja Muda Musa sebagai Raja Muda Perak.


Almarhum yang dilahirkan pada 18 Oktober 1942 di Kuala Lumpur, berkahwin dengan Raja Jaafar pada tahun 1970 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raja Shah Azman, 43, dan Raja NorAzwina, 41.


Baginda yang pernah menjadi guru ketika ini menyandang jawatan Timbalan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia.- CARI
Quote white_musk 4-10-2017 09:49 AM
Beberapa kali ketemu.  Comel orangnya.  
Quote sunquick 4-10-2017 09:54 AM
salam takziah
moga rohnya dicucuri rahmat
Quote batmana 4-10-2017 10:08 AM
tak adil, ptut kene dakwa skali

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.087696 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top