CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Elly Mazlein Utamakan Senaman

23-8-2013 09:53 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7092| Komen: 31

Description: Nama Elly Mazlein Sememangnya Tidak Asing Lagi Dalam Industri Seni Negara. Biarpun Ada Ketikanya Namanya Tenggelam Timbul Dengan Lambakan Bakat Baru, Namun Elly Membuktikan Tapaknya Dalam Industri Mas ...
NAMA Elly Mazlein sememangnya tidak asing lagi dalam industri seni negara. Biarpun ada ketikanya namanya tenggelam timbul dengan lambakan bakat baru, namun Elly membuktikan tapaknya dalam industri masih kukuh sama seperti 16 tahun lalu.
       
        Tidak hanya berbakat dalam arena seni suara, Elly juga sudah membuktikan bakatnya dalam bidang lakonan. Malah biarpun sibuk dengan kerjaya seni, wanita berusia 31 tahun ini tidak pernah mengabaikan kecantikan dan kesihatan diri. Jom kita lihat bagaimana Elly menjaga tubuh dan kulit agar sentiasa cantik dan sihat.


       
       
        Apakah definisi kecantikan buat Elly?
       
        ELLY: Pada Elly, kecantikan itu adalah sesuatu yang penting untuk semua wanita, apatah lagi golongan Hawa sangat suka kelihatan cantik dan kemas sentiasa. Malah Elly sendiri akan pastikan ke spa untuk memanjakan diri setelah penat bekerja dan paling tidak pun sebulan sekali.
       
       
        Adakah Elly amat menitikberatkan kesihatan?
       
        ELLY:
Ya! Elly sangat menitikberatkan kesihatan kerana bagi Elly, gaya hidup yang sihat sangat penting. Barulah hidup kita lebih berkualiti. Tidak susah sebenarnya untuk menjaga kesihatan kerana apa yang penting adalah disiplin yang tinggi.
       
       
        Elly berdiet?
       
        ELLY:
Ya tetapi tidaklah secara berlebihan. Elly cuma menjaga pemakanan supaya badan tidak letih. Setiap pagi Elly akan minum coklat panas untuk tenaga. Elly juga banyak amalkan daging putih dan sayur-sayuran, selain itu Elly tidak ambil minuman bergas kerana kandungan gula yang tinggi.
       
        Elly tidak makan malam, biasanya Elly hanya makan buah epal sahaja.
       
       
        Bagaimana Elly menjaga tubuh agar sentiasa cergas?
        ELLY:
Elly sangat suka berjoging dan itu adalah aktiviti wajib Elly dalam menjaga kecergasan badan. Selain berjoging, Elly akan cari masa untuk pergi berenang. Jika hari hujan pula, Elly akan naik turun tangga rumah.
        Bagi Elly aktiviti seperti inilah yang membuatkan badan kita sentiasa cergas untuk bekerja. Kadangkala bila jarang bersenam, memang terasa malas dan berat untuk bersenam. Tetapi selepas 15 minit bersenam, kita akan mula rasa puas, apatah lagi peluh mula keluar.
       
       
        Bagaimana pula Elly berdepan dengan tekanan?
       
        ELLY:
Elly tidak akan bekerja jika berada dalam keadaan tertekan. Mula-mula sekali Elly akan kumpul tenaga atau 'recharge' dengan tidur terlebih dahulu. Biasanya Elly akan ambil cuti, paling lama pun seminggu untuk berehat sepuas-puasnya, atau pun meluangkan masa bersama keluarga.
       
       
       
        PROFIL
       
        NAMA: Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi
        PANGGILAN KOMERSIAL: Elly Mazlein
        USIA: 31 tahun
        TEMPAT LAHIR: Slim River, Perak
        KELUARGA: Anak bongsu dari tiga beradik
        STATUS: Bujang
        FILEM: Janji Diana, Tangkai Jering, Gerak Khas 3 The Movie dan Awan Dania The Movie
        DRAMA: Lebih puluhan drama, antaranya Bulan Yang Pertama, Gerak Khas, Sembilu Kasih, Spa Q, Bella, Amanah Karmila, Cinta Batu Belah, Cinta Seorang Penoreh Getah, Kasih                                Berbunga Lalang, Keliwon, Semanis Janji, Ulek Mayang.
        TEATER: Teater Muzikal Sri Mersing, Tun Dr Mahathir 2.
        ALBUM: Sutera Kasih (1997), Satu Persatu (1999), Elly (2001), MTV Karaoke Elly Mazlein (2001), Best Of Elly Mazlein (2002) dan Atas Nama Cinta (2005)
       

4

Bagus
10

Marah
14

Terkejut
3

Sedih
9

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (46 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zetty1978 22-8-2013 04:27 PM
kesian, xde sapa yg nak komen ek benang nieh .. huhuhu ..
Quote miszaimi 22-8-2013 04:29 PM
sabarlah hati -ely mazlin
Quote CocoRocha 22-8-2013 04:42 PM
yer, mlm2 mkn epal je yee
Quote pink_cumi 22-8-2013 04:46 PM
cantik gak dia ni..terutama mata
Quote wahiza 22-8-2013 04:47 PM
hahaha...nk sembang psl apa??
Quote tomet05 22-8-2013 05:15 PM
apa nak komen ?
Quote miasyifa 22-8-2013 05:19 PM
hahahaha betul lah... nak komen apa...
Quote biskut_milo 22-8-2013 05:25 PM
Apa gossipnya?
Quote bluecrystal 22-8-2013 05:31 PM
takde gosip kan...aku komenla
elly ni badan dia memang susah nak kurus kot
dulu2 masa badan dia lagi chubby dari sekarang, dia cakap dia makan lauk je tak makan nasi
Quote kakilicious 22-8-2013 05:34 PM
berlari aku dalam gelisah ... lagi lagik lagik ku menangess.............

sabar lah hati...

Quote z_k 22-8-2013 05:49 PM
sabarlah TT.. thread sendu
Quote biozipstar 22-8-2013 05:50 PM
muge dengan ade artikel ni.. leh laku balik.. sekian..
Quote azilamie2 22-8-2013 05:55 PM
erkkk xde apa nak komen huhu
Quote mrsLucky 22-8-2013 06:00 PM
Actually dia ni ada peminat ker? Even dia xde pon tak de yang kisah.....sendu yang amat..
Quote enginelady 22-8-2013 06:12 PM
soalan: relevankah beliau dalam industri seni tanah air masa kini?
Quote harisbee 22-8-2013 06:17 PM
buat senaman kagel ker??? mantop
Quote munchkin 22-8-2013 07:46 PM
oh gitu....bagus jugak senaman naik tangga turun tangga ni
Quote ihtisyam 22-8-2013 07:53 PM
bile nak kawen ni....
Quote AdamBillionaire 22-8-2013 07:56 PM
urm. ada kutip tacang jeklah

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 08:15 AM GMT+8 , Processed in 0.163603 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top