CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sedih! Kereta Silap Tekan Pedal Minyak, Rempuh Bayi 7 Bulan

4-8-2017 05:06 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5904| Komen: 51

Description: sumber : Facebook“Mokdek baru pandai melambaikan tangannya kepada bapanya malam tadi (semalam) dan saya tidak sangka perubahan itu merupakan petanda dia akan pergi.”Demikian luahan sedih seorang ibu ...

sumber : Facebook 


“Mokdek baru pandai melambaikan tangannya kepada bapanya malam tadi (semalam) dan saya tidak sangka perubahan itu merupakan petanda dia akan pergi.”

Demikian luahan sedih seorang ibu berhubung bayi perempuannya yang berumur tujuh bulan maut dirempuh oleh sebuah kereta yang dipandu oleh seorang wanita berusia 40-an.

Memetik laporan Kosmo, suspek yang memandu kereta jenis Hyundai Matrix itu dipercayai silap menekan pedal minyak sebelum sempat menukar gear automatik kepada undur.

Kemudian merempuh dinding rumah sewa ibu mangsa, Zulfairoh Ismai dan menghempap anaknya Nurul Ain Farisha Md Zainuddin dalam insiden yang berlaku pada jam 8.15 pagi di Jalan Mesra 2, Kampung Pasir Putih dekat Pasir Gudang.


“Keadaan berlaku sekelip mata, saya cuba nak menyambar Mokdek (Nurul Ain Farisha) tapi tidak sempat sebelum seluruh badannya dihempap dinding kecuali kaki,” kata ibu mangsa.

Biarpun mangsa dibawa ke klinik, 200 meter dari rumahnya oleh jiran, sebelum dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail, namun gagal diselamatkan.

Pemandu kereta itu telah ditahan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Johor dan kes ini disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta pengangkutan Jalan 1987.- CARI
30

Bagus
23

Marah
12

Terkejut
25

Sedih
23

Lawak
30

Bosan

Friends Rank (143 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagnaklcc 4-8-2017 05:18 PM
Selalu berita bdk kena langgar dpn rumah, yg ni dok dlm rumah pon blh meninggal.
Quote vanillaninja 4-8-2017 05:20 PM
Sedihnya. Innalillah, takziah buat family arwah baby Mokdek.
Quote miznora 4-8-2017 06:47 PM
takziah....
Quote WarnaPelangi 4-8-2017 06:59 PM
Salam takziah buat family arwah baby mokdek.
Quote barfi 4-8-2017 07:08 PM
Takziah ya. Sedihnya
Quote insulin 4-8-2017 07:14 PM
Sedihnya. Baru nak mengenal dunia. Takziah kepada keluarga ini.
Quote matchstick 4-8-2017 07:16 PM
Dinding mana yg runtuh..gmbr tu nmpk elok je dinding.

Siannya baby dihempap dinding
Quote Changa 4-8-2017 07:18 PM
Hazab nya cikki johor, kau masuj gear terus tekan minyak sampai habis je dek?
Quote Skuau 4-8-2017 07:37 PM
Adoi!...duk dlm umh pon...depa pi langgar...
Quote Deidra 4-8-2017 07:43 PM
Dreba tu baru dpt lesen semalam ke apa.melatah panik semacam jer
Quote PongKang 4-8-2017 07:47 PM
bodohnya betina! pembunuh!
Quote oppol 4-8-2017 07:51 PM
Tahniah pemandu hyundai,..anda berjaya menjadi seorang pembunuh..
Quote armin 4-8-2017 08:04 PM
Kuatnya tekan minyak. Memecut ke apa kt rumah org
Quote de_ikea 4-8-2017 08:11 PM
Allah. Anak syurga mokdek. Tabah lah ibu bapa.
Quote zonan4 4-8-2017 08:13 PM
malas nak kata baru je minggu lepas makcik selorong ngan aku tertekan pedal minyak sampai abis pagar jiran jiran dibelasah nye... berhenti pun sebab terlanggar paip air bomba..... tu pun masih tekan minyak lagi...
Quote redapple10 4-8-2017 08:14 PM
Al fatihah ank syurga
Quote akusukaq 4-8-2017 09:42 PM
Nak start kete terus tekan minyak sekuat kaki ke. .mcm baru ambik lesen L . Ke memang acik  ni tak de lesen
Quote cheergirlz 4-8-2017 10:08 PM
Takziah buat family....no words..kcik lg..
Quote stryder_cats 4-8-2017 10:15 PM
Allahu-Akbar.. semoga keluarga baby ni tabah..

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.266413 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top