Susulan baru-baru ini, tular di media sosial berhubung gambar kereta Hummer limosin mewah H2 dengan 18 tempat duduk berwarna kuning yang kelihatan berlegar-legar di kawasan sekitar Muar dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) di Johor Baru. Memetik laporan Utusan Malaysia, rata-rata pengguna maya beranggapan kenderaan berwarna kuning yang melambangkan warna Diraja itu bakal digunakan untuk perkahwinan Tunku Tun Aminah yang telah diumumkan akan berlangsung pada 14 Ogos ini. Namun Syarikat 23 Motor Sdn Bhd yang menjual kenderaan tersebut tampil menafikannya dan hanya memaklumkan kereta mewah itu dijual kepada seorang individu yang tiada kaitan dengan istiadat tersebut. "Dakwaan mengatakan kenderaan terbabit bakal digunakan untuk perkahwinan Tunku Tun Aminah adalah tidak benar," kata jurucakap syarikat.
Dilaporkan, hasil semakan di laman web kereta terpakai limoforsale.com mendapati Hummer merupakan kenderaan buatan Amerika Syarikat itu biasanya diubah suai menjadi eksklusif dan disewa kepada orang ramai untuk majlis tertentu. Manakala ianya mempunyai enjin V8 keluaran 2007 dan dijual pada harga lebih RM1 juta.- CARI
|
12
Bagus |
2
Marah |
4
Terkejut |
3
Sedih |
13
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
putehkundor replied at 28-7-2017 10:24 AM
Dah Rupa bas sekolah......baik beli bas sekolah aje terus
putehkundor replied at 28-7-2017 10:24 AM
Dah Rupa bas sekolah......baik beli bas sekolah aje terus
devilito2 replied at 28-7-2017 10:34 AM
lesen apa guna nak bawak hummer ni.. dah macam lori
ADVERTISEMENT