CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Amar Asyraf Pilih Selatan Thailand

21-8-2013 09:55 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8768| Komen: 33

Description: Atas Tuntutan Kerja, Bintang Siri Popular, Setia Hujung Nyawa, Amar Asyraf Akui Tiada Masa Untuk Berbulan Madu Bersama Isteri, Arna Salleh Yang Dinikahinya Pada Awal Jun Lalu.
ATAS tuntutan kerja, bintang siri popular, Setia Hujung Nyawa, Amar Asyraf akui tiada masa untuk berbulan madu bersama isteri, Arna Salleh yang dinikahinya pada awal Jun lalu.
       
        Menurut Amar, disebabkan jadualnya yang padat, majlis resepsi sebelah pihak lelaki juga terpaksa dijalankan dua bulan selepas tarikh pernikahan mereka.
       
        "Memandangkan saya dan isteri memang sukakan pantai, kami rancang untuk ke selatan Thailand sama ada Koh Samui atau Krabi," katanya yang melangsungkan majlis resepsi, 17 Ogos lalu.


       
        Berkongsi pengalaman bergelar suami, Amar akui pada awalnya dia agak kekok.
       
        "Alhamdulillah, saya bahagia dengan kehidupan sekarang bersama isteri saya. Cuma pada awal-awal memang agak kekok, tapi semuanya bertambah baik.
       
        "Sejak berkahwin juga, isteri lebih memahami kerjaya saya sebagai seorang pelakon dan sebagai suami, saya juga akan lebih menjaga batasan," katanya.
       
        Sambung pelajaran
       
        Dalam pada itu, Amar memberitahu, dia akan melanjutkan pelajarannya dalam jurusan Sarjana Muda Pengurusan Seni di Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA).
       
        Kata Amar, dia akan mengurangkan aktiviti seni bagi beri perhatian terhadap pelajarannya selama lima tahun secara separuh masa.
       
        "Saya memang cintakan bidang lakonan, tapi dalam masa yang sama saya mahu menjadi seorang pensyarah. Bagi saya sudah tiba masanya di negara ini industri seni berkembang lebih maju dan teratur di mana pelakon-pelakon diberi latihan.
       
        "Secara jujurnya saya tidak rasa rugi untuk kurangkan aktiviti lakonan dalam masa nama saya sedang meningkat naik kerana apa yang saya kejarkan bukanlah populariti namun kualiti lakonan," ujarnya.
       
        Dalam perkembangan lain, Amar bakal menjalani penggambaran drama slot Aksi arahan Kabir Bhatia bersama pelakon Remy Ishak dan Faizal Hussein.

4

Bagus
8

Marah
8

Terkejut
1

Sedih
4

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (27 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote opie5662 20-8-2013 06:57 PM
klu ko nk p kutub selatan skalipon..ade weols kesah...
Quote friedfishsoup 20-8-2013 07:02 PM
hahahahahaha
Quote pakwetizzaqyah 20-8-2013 07:05 PM
poyo ah...popular sangat ke dia ni nk dibandingkan dengan gayah tua si forumer airfilterbersih tu???

hah @AdamBillionaire  ???
Quote enginelady 20-8-2013 08:22 PM
jangan risau..aku xtetap takkan jadi peminat kau
Quote jasmeen 20-8-2013 09:05 PM
Ada gambar bini tak...
Quote im_cyclist 20-8-2013 09:29 PM
berita spai masuk kt sinar.fm
Quote tomet05 20-8-2013 09:39 PM
gudlak la ammar .. mertuaku menyokong mu
Quote tora216 20-8-2013 09:53 PM
krabi cantik.. aku pon teringin nk g krabi.. :lol
Quote oh_mai_GOAT 20-8-2013 10:01 PM
Dah kawen upenye..laaaa...haha
Quote maxim 20-8-2013 10:03 PM
benci aku tgk die ni berlakon..ngan lidah berbelit cam hape jek
Quote Grengo 20-8-2013 10:03 PM
ouh... kesah nye... btw... ramai photoshoot post wedding photos sana
Quote cupu 20-8-2013 11:38 PM
Aku hensem dia ni dr si izzue tu.lg plk aku slalu nmpak izzue mcm bimbo.cth ms br2 kawen meletop ada call dia..org tya psl kawen dok sibuk ckp nk anak je..amenda ntah..br dua hr kawen.citer ar realistik sket..tp ape2 pun mmg retis msia jrg yg cerdik.chef wan jgk yglaju je jawapan klu org tya.
Quote cikiciku 20-8-2013 11:40 PM
Laa dah kawen dia ni? Tempek pic kawen dia pliss
Quote sriwanis 21-8-2013 12:55 AM
Artis yg nk fight ngan pemenat neh??!!SHN tu pun aku tgk sbb nelly
Quote mitnick 21-8-2013 06:21 AM
pegi thai2 xde pelik mana pon. lainlaa kalo tetiba kate nak pegi alaska.
Quote cmf_premierleag 21-8-2013 07:04 AM
geli tgk dia belakon
ntah stok2 peminat mana laa yg minat dia ni
belakon pun mcm kayu
Quote sueism 21-8-2013 07:06 AM
Kalau bulan madu Kat PD pun tak Ada siapa kisah
Quote bantal_busuk 21-8-2013 07:53 AM
kalau di indon bersepah muka mcm amar ni.
mmg muka dia mcm orang indon lah..
Quote teky 21-8-2013 07:55 AM
alah kalo setakat pantai tuh.. kat pd ader...

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 04:55 AM GMT+8 , Processed in 0.074259 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top