CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Sahkan Terima Laporan Kehilangan Radar Tentera

29-6-2017 01:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2776| Komen: 14

Description: Berikutan laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris The Star hari ini, polis mengesahkan menerima laporan kehilangan barangan sistem peralatan radar ketenteraan.
Berikutan laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris The Star hari ini, polis mengesahkan menerima laporan kehilangan barangan sistem peralatan radar ketenteraan.

Memetik BH Online, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamad berkata, pihaknya menerima laporan daripada pihak Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) pada 13 Jun lalu.


Foto: The Star

"Saya mengesahkan ada menerima laporan daripada pihak PTP pada 13 Jun lalu berhubung kehilangan barangan berkenaan. 

"Polis difahamkan ketika ini Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), PTP dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sedang menjalankan siasatan," katanya kepada BH.


Sebelum itu, radar tentera itu dipercayai transit dari Australia menuju ke Belanda menerusi Johor, tetapi ditahan JKDM kerana tidak mempunyai kelulusan.

Radar berkenaan tiba bulan lalu dalam satu kontena, namun hasil semakan audit mendapati peralatan terbabit tidak lagi berada di PTP sebelum laporan polis dibuat.

The Star melaporkan, pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan ia dimuatkan ke dalam kapal lain sebelum dihantar ke Belanda secara rahsia bagi mengelak sebarang masalah.

Menurut sumber, barangan terbabit sukar dibawa keluar menerusi jalan darat disebabkan pemeriksaan ketat di pintu masuk dan keluar pelabuhan berkenaan.

Sementara itu, sumber PTP memaklumkan pihaknya membuat laporan polis selepas menyedari kehilangan kontena yang memuatkan barangan berkenaan.

"PTP juga menjalankan siasatan dalaman berhubung perkara ini, selain memberi kerjasama penuh kepada JKDM dan MITI," katanya. - CARI
17

Bagus
29

Marah
18

Terkejut
17

Sedih
19

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (124 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pembisikmaut 29-6-2017 09:57 AM
Hàhaha ...itu bjkannyà hilang...tetapi disumbanvkan  ke negàra lain atas dasaf persaudaraan ...
Quote AbukRokok 29-6-2017 09:59 AM
endless possibilities

kawalan keselamatan mcm mana kat PTP?
Quote AbukRokok 29-6-2017 10:00 AM
atau black projek utk dipasang atas puncak piramid moloyo tobosah de donia di hutan pohang ?
Quote EJALTI 29-6-2017 10:02 AM
pembisikmaut replied at 29-6-2017 01:57 AM
Hàhaha ...itu bjkannyà hilang...tetapi disumbanvkan  ke negàra lain atas dasaf persaudaraan ...

PancaSIAL indogneSIAL garuduburku...

Indog jongos sampah SIAL lahanat bangsat keparat ummah tolol goblok gagal total keturunan babu pelacur henjutan Belanda...
Quote EJALTI 29-6-2017 10:04 AM
pembisikmaut replied at 29-6-2017 01:57 AM
Hàhaha ...itu bjkannyà hilang...tetapi disumbanvkan  ke negàra lain atas dasaf persaudaraan ...

PancaSIAL indogneSIAL garuduburku...

Indog jongos sampah SIAL lahanat bangsat keparat ummah tolol goblok gagal total keturunan babu pelacur henjutan Belanda...
Quote Pajeri_Nenas 29-6-2017 10:36 AM
lantak le.bukan Kita punya
Quote batmana 29-6-2017 10:51 AM
err..
klu radar tu bole ping back kn bagus

Quote missinpiece 30-6-2017 01:26 AM
Jgn bwk msalah lg sudahla
Quote seztaz 30-6-2017 01:31 AM
Songlap ke dah biase
Quote seztaz 30-6-2017 01:31 AM
Songlap ke dah biase
Quote seztaz 30-6-2017 01:31 AM
Songlap ke dah biase
Quote Nusantara1 4-7-2017 06:52 PM
Radar 'Hilang': Enam Diambil Keterangan
******

PETALING JAYA: Enam individu sudah dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan kes kehilangan sebuah kontena dipercayai mengandungi peralatan radar tentera berteknologi tinggi dari Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor baru-baru ini.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan berkata enam individu terbabit adalah kakitangan Jabatan Polis Bantuan dan pegawai kastam Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Kesemua mereka yang berusia antara 37 dan 48 tahun itu hadir di Pejabat SPRM Johor kira-kira pukul 11 pagi Selasa.

Menurut kenyataan itu lagi, SPRM berkata mereka juga dalam proses meneliti beberapa dokumen berkaitan yang diperolehi daripada pihak pelabuhan berhubung kejadian tersebut.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Malah, katanya SPRM kini dalam proses mengenalpasti sekiranya wujud unsur rasuah dan salah guna kuasa dalam insiden tersebut.

"Kita (SPRM) akan mengambil tindakan yang tegas terhadap mana-mana individu sekiranya mereka didapati terlibat dalam perbuatan rasuah dan salah guna kuasa dalam isu ini," tegas beliau.

Azam juga tidak menolak kemungkinan lebih ramai individu akan dipanggil jika perlu bagi membantu pasukan penyiasat melengkapkan siasatan berhubung kes tersebut.
Quote ShiningStars 4-7-2017 08:22 PM
Mcm mna la blh hilang mcm tu je

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 05:03 PM GMT+8 , Processed in 0.064188 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top