CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

(Kemas Kini) Suspek Kes Rogol Larikan Diri Dari Balai Polis Berjaya Ditangkap

20-6-2017 10:04 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5379| Komen: 32

Description: Seorang suspek kes samun dan rogol Kampung Rantau Panjang yang ditahan dua minggu lalu telah melarikan diri daripada tahanan polis.
Kemas kini 10.45 am

Suspek berjaya ditangkap di Kampung Baru Hicom, Shah Alam pada 7 pagi tadi.


______________________________________________________________________________

Seorang suspek kes samun dan rogol Kampung Rantau Panjang yang ditahan dua minggu lalu telah melarikan diri daripada tahanan polis.

Lelaki warganegara Indonesia itu melarikan diri kira-kira jam 3 petang melalui tandas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara.

Memetik laporan Berita Harian, suspek berusia 27 tahun itu pada mulanya berpura-pura mahu ke tandas untuk membuang air sebelum mengopak jeriji besi pada tingkap di tandas tersebut.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Yusoff Mamat, berkata, "Siasatan polis mendapati suspek mengikat seluar yang dipakainya pada jeriji besi sebelum menariknya untuk membuka ruang baginya melarikan diri dari pejabat Jabatan Siasatan Jenayah. 


Satu gerakan mencari sudah dilancarkan untuk mengesan suspek yang turut disyaki terlibat dalam satu kes cabul Mei lalu di Meru.

Foto: Berita Harian Online
Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat atau ternampak kelibatnya diminta untuk segera menghubungi pihak polis.

7 Jun lalu, suspek dikatakan merogol seorang wanita berusia 34 tahun ketika dia dan dua lagi rakannya memecahkan masuk rumah mangsa di Kampung Rantau Panjang.

Ketika kejadian, suami mangsa sedang tidur bersama anak lelakinya di ruang tamu.

Satu pencarian secara besar-besaran dijalankan oleh pihak polis sebelum suspek berjaya ditahan di Plaza Tol Shapadu Toll Plaza pada 13 Jun lalu. -CARI

17

Bagus
13

Marah
10

Terkejut
15

Sedih
22

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (89 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Pixie902 20-6-2017 10:12 AM
Alahai dah penat2 memburu suspek senang2 pulak boleh terlepas di balai polis.  Takda escort ke nak ke tandas?  Dengan penjenayah licik kenalah berwaspada...taktik memboloskan diri waktu ke tandas ni dah banyak kali dibuat oleh penjenayah dan ramai yang berjaya terlepas...pihak polis kena lebih alert...patut tangan tu gari pada rantai besi panjang dan securekan pada satu objek atau gari pada anggota polis escort....berapa banyak manhours wasted disebabkan kesilapan ni?
Quote kentel 20-6-2017 10:27 AM
mendunia lah indon @EJALTI
Quote manjalara_01 20-6-2017 10:32 AM
Dah byk kali tgk dlm movie. Sakit hati btul la bc berita mcm ni.
Quote ad_hoc79 20-6-2017 10:34 AM
agak2 suspek ni guna pukau x, sampai polis xdengar jeriji di kopakkan
Quote mirae7729 20-6-2017 10:49 AM
Alhamdulillah penjenayah yang lolos dr penjara semalam, telah berjaya diberkas di hicom shah alam , awal pagi tadi oleh pegawai2 PDRM..
Quote rosasa 20-6-2017 10:50 AM
macam dah 2 kali kes pecah masuk, bini tidur bilik, laki tidur kat ruang tamu, then bini kena rogol
Quote zach2008 20-6-2017 10:53 AM
Acah2 lepas tak boleh ka. Lps tu kejar dan tembak  terus je. Tak payah susah2 nak masuk makhamah
Quote idakamaruddin 20-6-2017 11:00 AM
"Siasatan polis mendapati suspek mengikat seluar yang dipakainya pada jeriji besi sebelum menariknya untuk membuka ruang baginya melarikan diri dari pejabat Jabatan Siasatan Jenayah.


dia kepak jeriji guna seluar dia je ke? hebat hebat...jaguh pecah rumah org kan..senang2 je dia lari dr balai polis..polis pn x sedar

Quote prettyuglybabe 20-6-2017 11:34 AM
kenapa boleh pergi toilet?
bukan lokap jamban memang dah dalam tu ke?
Quote putehkundor 20-6-2017 11:40 AM
Niat sheols nak beraya tak kesampaian
Quote grouper 20-6-2017 11:46 AM
Perogol ni tgk cite  jackie chan shanghai noon...part escape dari penjara
Quote jointhecurse 20-6-2017 11:54 AM
geram dngan mnusia gn
Quote s@s@ 20-6-2017 12:08 PM
zach2008 replied at 20-6-2017 10:53 AM
Acah2 lepas tak boleh ka. Lps tu kejar dan tembak  terus je. Tak payah susah2 nak masuk makhamah

blum boleh lagi bro.....
tunggu lagi 2 ekor kena cekup
Quote shiedafaizal 20-6-2017 12:50 PM
baru dia ni..hat lg dua tu tak dpt lagi kan
Quote nuralisa 20-6-2017 12:53 PM
dia dipercayai cuba nak merogol lagi ...  
Quote grUdgE-frEak 20-6-2017 12:56 PM
lari balik rumah aku tak menahan tu. nak sambut hari raya ke cemane?
amek passport nak balik indonesia ke cemane?
Quote Ayda89 20-6-2017 01:18 PM
Kasi bengkak lagi sampai xrupa dia baru kenal erti penyesalan
Quote zeed 20-6-2017 01:37 PM
Bodoh indon dtg negara org buat jenayah
Quote kakiselit 20-6-2017 04:18 PM
Edited by kakiselit at 20-6-2017 04:21 PM

Police: ‘Ball bearing’ rapist robbed and attempted rape on the run

KUALA LUMPUR, June 20 – An escaped Indonesian wanted for rape and robbery was caught earlier today, and found to have robbed and attempted rape another during his short-lived freedom.

North Klang police chief Assistant Commissioner Mohd Yusoff Mamat said the 27-year-old man dubbed the “ball-bearing rapist” for the three ball bearings implanted in his genitals had tried to rape a woman after robbing her following his escape yesterday, New Straits Times reported on its website.

- ni perogol pendatang asing ada ball bearing asik merogol sambil merompak, yg penagih dadah Msia nak berball bearing nak watpe, kalu tak merogol?

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.061177 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top