CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Jadik Retis Susah Carik Makan-Mawi

19-8-2013 11:30 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 20703| Komen: 158

Description: Merentap Gelaran Juara Akademi Fantasia Musim Ketiga Pada 2005 Merupakan Detik Permulaan Buat Kariernya. Bayangkan Dalam Masa Beberapa Bulan Sahaja, Dia Berjaya Meletakkan Dirinya Menjadi Artis Paling ...

Mawi tidak gentar

PERCAYA cabaran perniagaan memberi lebih kekuatan buat dirinya dan isteri.


MERENTAP gelaran juara Akademi Fantasia musim ketiga pada 2005 merupakan detik permulaan buat kariernya. Bayangkan dalam masa beberapa bulan sahaja, dia berjaya meletakkan dirinya menjadi artis paling popular pada masa itu. Bagaimanapun, tahun demi tahun perjalanan sebagai anak seni ini semakin matang buat Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani. Enggan terus menawarkan dirinya sebagai penghibur lagi, bagi Mawi keputusan untuk berada di dalam bidang perniagaan merupakan pilihan yang tepat buat dirinya memandangkan dunia seni tidak lagi menjanjikan sesuatu yang pasti buat masa depan dia dan keluarga kecilnya.


Sejak awal tahun ini, dia dan isterinya Nora’ Ashikin Rahmat, 34, atau Ekin mula mengorak langkah melalui perniagaan UneQuein. Melihat potensi yang ada dalam perniagaan itu, mereka berdua terus membuat keputusan untuk menambah lebih banyak lagi produk di bawah jenama UneQuein.
“Sebelum ini, kami hanya memperkenalkan tiga produk sahaja, antaranya Multijuice Liquid Health Supplements.
“Melihat penerimaan yang menggalakkan, kami memperkenalkan pula empat produk baru iaitu air berkarbonat, teh tarik khasiat, produk penjagaan wajah pek ekonomi dan juga BB Cream," katanya.

Bercakap perbezaan yang diketengahkan produk-produk miliknya itu, menurut Mawi antara kelebihan yang dibawa produk UneQuein adalah khasiat yang baik untuk setiap pengguna produknya.
“Memang satu cabaran untuk menjadi sihat pada masa kini. Bukan mudah untuk kita menolak makanan sedap yang semestinya mengandungi gula dan bahan perisa tertentu.
“Oleh itu, kami sediakan sesuatu yang sama, cuma ia lebih berkhasiat, contohnya air berkarbonat pelbagai perisa yang kami tawarkan adalah lebih segar dan kurang manis," katanya.
Mempunyai hampir 40 stokis di seluruh negara menurut Mawi, selain diedarkan secara meluas di pasaran tempatan, produk UneQuein juga sudah berjaya menembusi pasaran negara Singapura dan Brunei.

“Syukur dengan penerimaan produk ini di pasaran. Saya juga tidak sangka UneQuein akan diterima sebegitu cepat.
" Formula yang diterapkan kami untuk sentiasa berkomunikasi dengan stokis dilihat memudahkan perkembangan UneQuein," katanya.
Tidak menolak turut merasa tempias naik dan turun dalam dunia perniagaan, baru-baru ini dia dikejutkan dengan laporan oleh stokis produknya yang mendakwa dia melakukan penipuan.
Menjelaskan apa yang berlaku sebagai salah faham, Mawi meminta pihak berkenaan tidak terus menaburkan fitnah.
“Kami sedar memang ada yang cuba nak jatuhkan kami, itu antara pengajaran terbesar yang kami belajar sejak bergelar usahawan.
“Apa yang boleh saya katakan adalah apa yang berlaku itu berpunca daripada salah faham. Saya tidak mahu salahkan sesiapa kerana kami percaya melalui kejadian seperti ini, kami akan lebih dewasa di dalam perniagaan," katanya.

Raya bermakna
Berkongsi antara aktiviti sepanjang Ramadan lalu, menurut Mawi di dalam melakukan promosi untuk produk UneQuein, dia dan Ekin juga tidak ketinggalan melakukan amal dengan melawat beberapa keluarga tidak bernasib baik di beberapa daerah di Johor.
“Sebenarnya ini merupakan kali pertama UneQuein melakukan aktiviti seperti ini. Tahun ini, hanya di sekitar Johor sahaja.
“Selain melawat, kami juga kenal pasti jenis bantuan yang diperlukan dan cuba membantu," katanya.
Bercakap soal sambutan Syawal yang lalu, menurut Mawi tahun ini lebih bermakna buat dirinya apabila anak tunggalnya Cahaya Malaika sudah mula berjalan. Tidak menolak untuk mengadakan rumah terbuka, Mawi berkata, semuanya bergantung kepada jadualnya selepas pulang beraya nanti.
“Memang tahun ini berbeza, sebab anak saya sudah boleh berjalan, jadi kebanyakan persiapan yang dilakukan juga lebih kepadanya.
“Rumah terbuka pula, kami belum ada tarikh yang sesuai, tetapi memang kami sudah rancang untuk mengadakannya," katanya.
Melihatkan penglibatannya di dalam bidang nyanyian semakin senyap, Mawi menjelaskan memang tahun ini, dia mahu memberi tumpuan untuk UneQuein. Bagaimanapun, dia tidak menolak untuk bergerak aktif mulai tahun hadapan.
“Tahun ini memang sibuk sedikit, bagaimanapun saya tidak pernah melupakan bidang nyanyian.
“Selain syarikat produksi, saya juga akan terus mengeluarkan produk-produk yang menarik, cuma buat masa ini saya mahu berikan tumpuan lebih untuk memantapkan UneQuein," katanya.

5

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
4

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PITTSBURGH 18-8-2013 03:52 PM
jom jadik stokis podak mawi sblm terlambat
Quote sueism 18-8-2013 04:10 PM
Mawi dah gemuk
Quote PITTSBURGH 18-8-2013 04:12 PM
sueism posted on 18-8-2013 04:10 PM
Mawi dah gemuk

dah jadik stok bapak2 la kan..
Quote PITTSBURGH 18-8-2013 04:13 PM
klu tak kerana si ekin tu rasanya peminat mawi lbh ramai dr masa dia menang AFkot..teori aku la..sume salah binik nya
Quote sueism 18-8-2013 04:15 PM
PITTSBURGH posted on 17-8-2013 10:13 PM
klu tak kerana si ekin tu rasanya peminat mawi lbh ramai dr masa dia menang AFkot..teori aku la..sum ...

Dah binik pandai jaga laki bagi bahagia makan sampai topui hahahaha
Quote enybelle 18-8-2013 04:17 PM
PITTSBURGH posted on 18-8-2013 03:52 PM
jom jadik stokis podak mawi sblm terlambat

Nape sblm trlmbt lak??
Quote PITTSBURGH 18-8-2013 04:18 PM
sueism posted on 18-8-2013 04:15 PM
Dah binik pandai jaga laki bagi bahagia makan sampai topui hahahaha

napa mawin tk buat open haus lagi kat kulai?tk de bajet ke..or tkde owang nk dtg?dulu2 penuh felda taib andak tu klu musim raya gitew..siyan mawi
Quote PITTSBURGH 18-8-2013 04:24 PM
enybelle posted on 18-8-2013 04:17 PM
Nape sblm trlmbt lak??

stokis tak sume blh apply..satu zon satu kot or satu negri satu
Quote enybelle 18-8-2013 04:25 PM
PITTSBURGH posted on 18-8-2013 04:24 PM
stokis tak sume blh apply..satu zon satu kot or satu negri satu

Ohhhhh okie2
Quote hyie 18-8-2013 04:26 PM
PITTSBURGH posted on 18-8-2013 04:18 PM
napa mawin tk buat open haus lagi kat kulai?tk de bajet ke..or tkde owang nk dtg?dulu2 penuh felda ...

Wujud lagi ke peminat heols? Yg i tau @dino je yang masih setia..
Quote PITTSBURGH 18-8-2013 04:26 PM
enybelle posted on 18-8-2013 04:25 PM
Ohhhhh okie2

klu masa ngetop dulu agak2 nya air kencing mawi pun peminat fanatik dia sanggup beli..
Quote PITTSBURGH 18-8-2013 04:27 PM
hyie posted on 18-8-2013 04:26 PM
Wujud lagi ke peminat heols? Yg i tau @dino je yang masih setia..

ada jah..tp mungkin malu nak ngaku
Quote PITTSBURGH 18-8-2013 04:28 PM
wartaman media malaya mmg buso hati dan dengki
siyan mawi..
siyal ekin
Quote enybelle 18-8-2013 04:30 PM
PITTSBURGH posted on 18-8-2013 04:28 PM
wartaman media malaya mmg buso hati dan dengki
siyan mawi..
siyal ekin

Marah tul ko ngan ekin haha
Quote PITTSBURGH 18-8-2013 04:32 PM
enybelle posted on 18-8-2013 04:30 PM
Marah tul ko ngan ekin haha

ye la..mawi tu sib bek banglo n keta dia free...tk kalo dah lama bankrap kot..
mmg betina tk sedo diri
Quote hyie 18-8-2013 04:40 PM
PITTSBURGH posted on 18-8-2013 04:32 PM
ye la..mawi tu sib bek banglo n keta dia free...tk kalo dah lama bankrap kot..
mmg betina tk s ...

Ngape uol marah beno kat kikin?
Quote enybelle 18-8-2013 04:40 PM
Tp ble mawi dh merundum x lari lak bini dia kan.  Aku igtkan x lama dia ngan mawi
Quote PITTSBURGH 18-8-2013 04:45 PM
enybelle posted on 18-8-2013 04:40 PM
Tp ble mawi dh merundum x lari lak bini dia kan.  Aku igtkan x lama dia ngan mawi

tk lama tu...
Quote PITTSBURGH 18-8-2013 04:46 PM
hyie posted on 18-8-2013 04:40 PM
Ngape uol marah beno kat kikin?

tak la marah tapi hangen dgn dia..mmg hanjeng pariah..

Lihat semua komen(158)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.061804 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top