CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Matt Damon, Tetap Hebat!

19-8-2013 11:26 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3204| Komen: 2

Description: Mula Dikenali Sebagai Pelakon Menerusi Filem Good Will Hunting Pada 1997, Aktor Hebat, Matt Damon Bukanlah Calang-Calang Bintang.
MULA dikenali sebagai pelakon menerusi filem Good Will Hunting pada 1997, aktor hebat, Matt Damon bukanlah calang-calang bintang.

Selain menggalas tanggungjawab sebagai teraju utama, Matt Damon atau nama sebenarnya, Matthew Paige Damon, 43, turut bertindak sebagai penulis skrip filem itu bersama rakan baiknya, Ben Affleck.

Menerusi filem tersebut, bintang kelahiran Cambridge, Massachusetts ini berjaya merangkul Anugerah Layar Asal Terbaik di Anugerah Academy dan Anugerah Lakon Layar Terbaik di Anugerah Golden Globe.


Salah satu babak dalam filem Elysium.

Setelah percaturannya membuahkan hasil, Damon meneruskan kerja seninya menerusi beberapa filem termasuk, Saving Private Ryan (1998), The Talented Mr Ripley (1999), All The Pretty Horses (2000), Titan AE, (2000), The Majestic (2001), Stuck On You (2003), Jersey Girl (2004), Syriana, The Good Shepherd (2006), The Departed (2006), We Bought A Zoo (2011), dan Contagion (2011).

Sehingga kini, Damon telah menjayakan lebih daripada 40 filem yang kebanyakannya mendapat sambutan hebat daripada peminat.

Pernah di senaraikan dalam kelompok 40 aktor terkenal, Damon turut menerima pengiktirafan di Walk of Fame Hollywood dan dipilih sebagai Lelaki Paling Seksi oleh sebuah majalah antarabangsa.

Bukan sahaja aktif sebagai pelakon, penerbit dan pengarah, Damon juga terlibat secara aktif menerusi kerja-kerja amal termasuk program, One Campaign, H20 Africa Foundation dan Water.org.


Cabaran filem aksi

Selepas tampil sebagai Benjamin Mee menerusi filem We Bought A Zoo pada 2011, Damon kini diberi peranan penting menerusi filem terbarunya, Elysium.

Berdasarkan pembabitan seni Damon, aktor ini jarang diberi peluang dalam membintangi filem bercorak aksi.

Namun, menerusi filem lakonannya bersama bintang cantik, Jodie Foster itu, kredibiliti Damon seakan diuji selaku tunjang utama.

Bakal ditayangkan pada 22 Ogos ini, filem sains fiksyen arahan Neil Blomkamp mengisahkan mengenai kehidupan dan kekacauan bumi di tahun akan datang iaitu pada 2154.

Ia turut menceritakan dua kelas kehidupan yang berbeza termasuk golongan yang sangat kaya dan kelompok yang tinggal di sebuah ruang buatan manusia, Elysium.

Menelan belanja setinggi RM400 juta, ia merupakan tekanan dan percaturan besar bagi Damon yang menggalas watak Max untuk menjayakan filem hebat ini.

Menurut Damon, walaupun menghadapi beberapa kesukaran dalam menjayakan filem itu, namun ia memberi pengalaman yang sangat teruja.

"Walaupun filem ini berlainan dengan peranan saya dalam filem terdahulu, namun saya benar-benar terhibur dan cuba memberikan yang terbaik. Memang tekanan yang diterima dalam filem ini cukup hebat, apatah lagi saya diberi tanggungjawab sebagai penggerak.

"Saya perlu menyelami kehidupan akan datang menerusi penyampaian yang diberikan oleh Blomkamp. Pun begitu, saya seronok bekerja dengan mereka yang berusaha untuk menjadikan filem ini sebagai yang terbaik," katanya.

Selain filem hebat itu, Damon juga bakal muncul dalam filem lain termasuk The Zero Theorem dan Monuments Men.


Pencinta setia

Mengenai kehidupan peribadinya pula, Damon pernah terjebak dalam cinta lokasi bersama pelakon yang digandingkan menerusi filem Good Will Hunting, Minnie Driver. Namun, hubungan itu tidak bertahan lama apabila cinta Damon beralih pada pelakon,
Winona Ryder.

Setelah dua tahun bersama Ryder, Damon dikaitkan bersama Odessa Whitmire, bekas pembantu peribadi rakan baiknya, Ben Affleck.

Ketika menjayakan filem Stuck On You, Damon bertemu dengan Luciana Bozan Barroso yang bekerja sebagai pelayan di sebuah bar.

Mereka buat keputusan berkahwin pada 9 Disember 2005 dan hubungan itu masih kekal hingga sekarang.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini mempunyai tiga anak, Isabella, 6, Gia, 4 dan Stella, 2. Manakala, Barroso pula mempunyai seorang anak perempuan, Alexia, 14, hasil hubungan terdahulu.

1

Bagus
1

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
7

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nicuya 19-8-2013 01:24 PM
owh...uniforn tu green screen saje ke.....hm...cangih2...
Quote wanitajelita 20-8-2013 08:19 AM
suka sangat dia dlm citer The Bourne Identity... Supremacy... & Ultimatum

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 07:50 PM GMT+8 , Processed in 0.105174 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top