CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tragik Keluarga: Bayi 11 Bulan Rentung, Ibu Bapa Teruk Melecur

12-5-2017 11:44 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6228| Komen: 47|Original author: Kentang.Goreng

Description: Seorang bayi rentung manakala ibu bapanya cedera dalam kebakaran rumah kongsi di Ladang Tangkarason di Beluran, kira-kira 200 kilometer (km) dari Sandakan, malam semalam.
Seorang bayi rentung manakala ibu bapanya cedera dalam kebakaran rumah kongsi di Ladang Tangkarason di Beluran, kira-kira 200 kilometer (km) dari Sandakan, malam semalam.


Mangsa yang menemui ajal baru berusia 11 bulan dikenali sebagai Ainur Jiman, manakala ibu bapanya bernama Adittri Rahman dan Jiman Alimuddin didapati melecur dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam itu. 

Memetik laporan Bernama, jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan hanya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 8.45 pagi tadi. 

Katanya, pasukan bomba mengambil masa tujuh jam untuk sampai ke lokasi terbabit berikutan jarak yang jauh dan keadaan jalan yang hanya boleh dihubungi kenderaan pacuan empat roda. 

"Sebaik tiba di lokasi, didapati sebuah rumah kongsi yang mempunyai 10 pintu jenis separuh kekal musnah terbakar."


"Mayat bayi yang rentung dibawa keluar dari lokasi itu oleh pihak polis pada jam 2 petang tadi untuk dihantar ke Hospital Pitas," katanya.- CARI



1

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
5

Sedih
7

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ronapink 11-5-2017 11:02 PM
sedihnya..

Quote Pajeri_Nenas 11-5-2017 11:03 PM
sana takdak tnb kan? tnb agak cekap
Quote laili_nur 11-5-2017 11:07 PM
sedihnya.. takziah kepada keluarga mangsa
Quote mommymonster82 11-5-2017 11:07 PM
Ya rabbi..jarak 200km lebih???

Allah..kesiannya
Quote beautifulliar 11-5-2017 11:12 PM
Jauhnya jarak?dh sama mcm i nk balik kampung.memang la bomba tak sempat buat pape klo jarak pun dh jauh gitu..api trbakar ni cepat  je marak
Quote WhiskeyScotch 11-5-2017 11:13 PM
Astaga! Innalillah. Al-fatihah.
Quote shernazz 11-5-2017 11:21 PM
sadis
trauma mak dia
Quote cha-cha 11-5-2017 11:41 PM
Sedihnya.
Quote emelia1509 12-5-2017 02:24 AM
innalillah...sedihnye
Quote Deidra 12-5-2017 05:51 AM
Allahu....

Anak rentung tak sempat diselamatkan.kalau parent umur pjg harus troma sepanjang hayat. Penderitaan emosi lagi dasat dari penderitaan fizikal

Al-fatihah buat anak syurga
Quote FanTasyCreaTioN 12-5-2017 06:20 AM
harap suami tabah dan dapat bagi sokongan moral kepada isteri yang pasti nya sangat trauma

Quote zull4rs 12-5-2017 07:21 AM
Seingat aku, JBPM dh mulakan projek balai bomba beluran 3 thn lepas.

Masalah yg timbul, lokasi yg digazettekan utk buat balai tu atas tanah paya. Kos treatment dan kerja tanah je dh sama dgn harga balai.

Ini la jd bila kerajaan negeri/persekutuan x plan dgn baik. Rakyat jd mangsa.
Quote mawarika 12-5-2017 07:45 AM
Homai jauh like jb to somban
Quote insulin 12-5-2017 07:47 AM
Takziah kepada keluarga mangsa...
Quote Peya 12-5-2017 07:49 AM
Al fatihah n takziah kepada keluarga mangsa
Quote haryatie 12-5-2017 08:06 AM
siannya...
Takziah kepada keluarga mangsa
Quote WawaRaRa 12-5-2017 08:08 AM
Pajeri_Nenas replied at 11-5-2017 11:03 PM
sana takdak tnb kan? tnb agak cekap

sabah kan?? sabah electricity yg ada pon...
Quote cocorex 12-5-2017 08:10 AM
Takziah..kesiannyer
Quote zameyla 12-5-2017 08:12 AM
Allahu, takziah..

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 05:35 PM GMT+8 , Processed in 0.145156 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top