CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak Rentung Dalam Kebakaran

29-9-2013 06:07 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3592| Komen: 8

Description: Hutan Melintang - Seorang Kanak-Kanak Rentung Dalam Satu Kebakaran Melibatkan Empat Buah Rumah Di Kampung Teluk Baru, Batu 17, Sungai Sumun, Di Sini, Petang Semalam.

Keadaan empat buah rumah hangus terbakar dalam kejadian petang semalam

HUTAN MELINTANG - Seorang kanak-kanak rentung dalam satu kebakaran melibatkan empat buah rumah di Kampung Teluk Baru, Batu 17, Sungai Sumun, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, mangsa dikenali sebagai J Gerihari Gopa rentung dalam kebakaran tersebut.

Katanya, polis menerima panggilan kira- kira 3.50 petang berkaitan kebakaran melibatkan empat buah rumah di lokasi kejadian.

Menurutnya, dalam kejadian tersebut, seramai 12 penghuni berjaya menyelamatkan diri manakala mangsa, berusia setahun dua bulan gagal diselamatkan.

“Mangsa ditemui oleh anggota bomba dan penyelamat di lokasi kejadian dalam keadaan rentung dan dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Hutan Melintang, Rahmad Nazlan berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.41 petang dan sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Teluk Intan bersama sembilan anggota telah dikerahkan ke tempat kejadian.

Katanya, ketika kejadian itu anggota dan jentera dari Balai Bomba Hutan Melintang sedang memadamkan  kebakaran di Sungai Samak melibatkan tiga jentera.

Beliau berkata, pihaknya juga meminta bantuan daripada bomba sukarela Bagan Sungai Tiang dengan kekuatan anggota seramai enam orang dan satu jentera untuk ke tempat kejadian.

“Ketika anggota kami tiba di tempat kejadian pada 4.20 petang tadi (semalam) lebih kurang 80 peratus rumah tersebut sudah  terbakar.

“Dalam operasi itu, pihak kami menemui mayat mangsa dalam keadaan rentung di bilik tidur utama pada jam 4.30 petang tadi (semalam),” katanya.
.
Hadir sama di tempat kejadian,  Penguasa Bomba, Jaafar Sidek.

Ketika kejadian juga difahamkan ibu mangsa berjaya menyelamatkan dua anaknya yang berada di rumah berkenaan.

Bagaimana pun, cubaan masuk oleh ibu mangsa ke dalam rumahnya untuk menyelamat seorang lagi anaknya dihalang jiran dan orang ramai memandangkan api sudah semakin marak.

Rahmad berkata, operasi memadam kebakaran tamat pada jam 6.18 petang manakala  punca dan kos kerugian masih dalam siasatan.

13

Bagus
6

Marah
12

Terkejut
10

Sedih
7

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (62 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jazaa001 28-9-2013 03:35 PM
Siannya......
Quote honda_jazz 28-9-2013 07:56 PM
kesiannya

Quote md_nana 28-9-2013 07:58 PM
Sedihnye.
Kesian bdk tu....
Quote syafiq79 28-9-2013 08:06 PM
Siannya...
Quote MissNigga 28-9-2013 08:25 PM
kasihannya ...


next comment.... sambung erk ngan word kasihan
Quote rospinki 28-9-2013 09:14 PM
MissNigga posted on 28-9-2013 08:25 PM
kasihannya ...



Kasihan..tu je nk kata
Quote koondoor 28-9-2013 09:46 PM
RIP adik Gopa
Quote mak_wa95 28-9-2013 10:06 PM
sedihnya.....

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.150345 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top