Model British, Cara Delevingne, memilih dua selebriti, Kate Moss dan Rihanna sebagai idolanya. Mempunyai hubungan yang baik dengan dua selebriti terkenal itu, Delevingne, turut menjadikan mereka sebagai tempat meminta nasihat dan pendapat. "Mereka banyak membantu saya dari segi mental dan sering berada di sisi ketika saya menghadapi sebarang masalah. "Jika dahulu saya hanya tahu menangis jika gagal berdepan dengan masalah, sekarang saya mampu menyelesaikannya dengan bantuan mereka. "Mereka seperti penasihat dan doktor ketika saya sakit," katanya.
|
ADVERTISEMENT