CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Lelaki Ini Halau Tiga Beranak Kerana Tak Bertudung Dalam Masjid

12-4-2017 12:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12857| Komen: 84|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: Gara-gara tidak memakai tudung ketika berteduh di dalam masjid dari hujan lebat dan guruh petir sabung-menyabung, seorang wanita bersama ibu bapanya dihalau keluar dari masjid berkenaan.
Gara-gara tidak memakai tudung ketika berteduh di dalam masjid dari hujan lebat dan guruh petir sabung-menyabung, seorang wanita bersama ibu bapanya dihalau keluar dari masjid berkenaan.



Dalam kejadian yang berlaku di masjid Hospital Besar Kuala Lumpur, Lisza Laressa bersama ibu bapanya didatangi seorang lelaki yang mengherdik sambil menghalau mereka dari situ.

"Ni masjid kan? Kau tu tak pakai tudung, tolong hormat masjid. Kau boleh keluar sekarang!" tengkingnya.

Mereka memutuskan untuk beredar selepas ibunya selesai makan, namun lelaki berkenaan kembali membuat kecoh.


"Kan aku dah kata kan? Ni masjid kan? Kau ni tak hormat masjid ke?!" tengkingnya lagi.



Menerusi video berdurasi 15 saat itu, lelaki berkenaan mendakwa dirinya seorang polis bantuan di kawasan terbabit.

Persengketaan itu terpaksa dileraikan beberapa orang yang enggan perkara itu berlarutan dan tiga beranak terbabit terpaksa pergi dari masjid meredah hujan lebat.


Loading FB Post...

Perkongsian itu mencetuskan reaksi berbeza daripada netizen. 

"Dok dengaq sebelah pihak je. Kalau kita salah komen nanti kita pula yang dapat dosa," komen netizen.



Dalam masa keluarga itu dibela atas perlakuan polis bantuan berkenaan, tak kurang juga yang menyokong tindakannya itu.


Foto: FB Lisza Laressa

Berdasarkan situasi ini, keduanya-duanya bersalah. Baik yang tidak bertudung, mahupun yang mengherdik mereka. Semua masalah ada penyelesaiannya, selesaikanlah dengan cara baik, apatah lagi dengan orang lebih tua. Tak begitu? - CARI
23

Bagus
22

Marah
22

Terkejut
15

Sedih
19

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (121 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote palmolive 12-4-2017 12:54 PM
dekat masjid je ker kena pakai tudung???
Quote fynnkakiblock 12-4-2017 01:06 PM
akak tu tak pakai tudung jer bukan bogel. perangai mcmni ler yg buat org bukan islam skeptikal  dgn islam
Quote lipajepung 12-4-2017 01:09 PM
kalau iya pon cakap laa molekk2 bknnya ssh nk jd org mulia..

Quote aduhaiya 12-4-2017 01:10 PM
bagi aku... dua dua pihak kena tegur... satu phiak - ada wanita buka aurat (bukan setakat dkt masjid je)... satu pihak... bersuara tinggi dekat masjid (tidak menjaga adab dekat masjid)
Quote meklalala 12-4-2017 01:13 PM
kurang ajarla..apa salahnya bagi berteduh sekejap...apa masalah kalau tak pakai tudung masuk masjid, perempuan pun kalau nak solat kena bukak tudung jugak dalam tu, nak ambil wuduk semua tu..kan lepas ni ada alasan ''saya tak boleh solat sebab saya tak boleh masuk masjid sebab saya tak pakai tudung''....mohon dijauhkan dari mek dan keluarga mek..
Quote RatuDunia94 12-4-2017 01:21 PM
Dua2 salah..abg tu pon x pyh la jerit2 sampai 1 masjud bergegar.. Yg akak tu pon xde rasa sensitiviti ke? Dh tau nk duk situ g la suruh sesape amik telekung or kain pelikat kt dlm buat tutup sementara.. Lg 1benda mcm ni x perlu post kt sosmed!!!!
Quote CiliPadiSedap 12-4-2017 01:28 PM
Eh babi nya kau , sama dgn kes dkt tbs dulu ada gerek.. kau sbg polis patutnya tunjuk adab baik.. ada budi bicara.. polis lain ok je ada budi bicara.. jgn kerana perangai kau org benci polis.. tempat masjid negara xboleh makan rasanya.. harap yg berkenaan take note ye..
Quote myakayina 12-4-2017 01:32 PM
yg jantan tu pun dah kenapa terjerit mcm tu?
Quote pwincezboom 12-4-2017 01:34 PM
Kalau nak tegur, tegur lah elok2. Memang salah pompuan tu. Tapi, sepatutnya laki tu suruh pompuan tu pakai kejap telekung yang ada dalam masjid tu. Bukannya halau. Kesian mak abah dia
Quote aldilla_zahraa 12-4-2017 01:40 PM
Bajet tuhan pulak. Hal akak tu tak pakai tudung tu hal dia dgn tuhan, takyah nak jadi proksi tuhan pun kat dunia ni. Kalau akak tu tumpang beteduh kat masjid pun sambutlah dgn kata2 baik. Ni betul2 buat org lagi benci pada agama
Quote sabar_sabariah 12-4-2017 01:43 PM
Bagi aku dua2 ada tak betulnya.
Niat tak menghalalkan cara
Quote haliamerah 12-4-2017 01:43 PM
tegur la elok2..bahasa budaya kita..

tutuplah aurat krn itu kewajipan seorang wanita islam yg dh cukup akal...
Quote nisako 12-4-2017 01:49 PM
mcm ni pun nak viral
Quote Orix 12-4-2017 01:51 PM
Huk aloh. Deme tau dok hok kat kelate nun, ore kasi bogel budak laki kt masjid slumber badak jah. Siap ummah dlm lemari berkopiah bgai ambil gmbar bebird budak laki yg kena bogel tu. setakat tak pkai tudung just a piece of cake
Quote Nenasketum 12-4-2017 02:06 PM
Overnyer. Berapa peratus minah bertudung yang solat lima waktu. Rukun islam solat ke pakai tudung. Hihihihi.... lobai nanti bash aku ler ni masa aku kat uni minah bertudung ler yang tak solat. Kije asik carik laki jer, takdak masa nak solat
Quote rosasa 12-4-2017 02:07 PM
yang record ni ke tak bertudung, tak nampak pulak kat video tu

tourist china pun bertudung kak masuk masjid untuk melawat, ini kan kita islam sejak lahir
Quote capiloton 12-4-2017 02:12 PM
tak pakai tudung, tu dosa dia dengan Tuhan.
dia boleh taubat dan minta ampun.
dia tak pakai tudung, tak merosakkan akidah orang lain pun.
lain la kalo bagi statement pasal Tuhan macam siti kassim.

tapi dosa dengan manusia,
selagi dia belum maafkan, sampai ke sana la ko tanggung.
buduss.
Quote CrowneGlory 12-4-2017 02:15 PM
polis bantuan konon...padahal guard jah...kekonon naik status la tukar jd polis bantuan bagai...

perangai cam haram.... selayaknya di amik gmbr dr depan.... mcm otak x betul pun ya jugak...
Quote rospinki 12-4-2017 02:19 PM
Itulah contoh mnusia yg hnya tau hukum agama kehulu kehilir..sikap serta akhlak mcm takde akal. Byk jugak aku perati anak2 skrg..ibubapa sebok bgi anak tahfiz masuk sekolah agama..tapi lupa mendidik erti budi akhlak dlm pergaulan dalam kehidupan sebgai manusia yg bertemadun.

Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 05:38 PM GMT+8 , Processed in 0.132992 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top