CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Unik, Mengapa Agaknya Kebanyakan Bangunan Di Hong Kong Berlubang?

31-3-2017 07:51 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 11473| Komen: 30|Original author: Oleh: Adib Za

Description: Hong Kong merupakan sebuah bandar metropolitan yang sangat pesat membangun dan tidak hairanlah menempatkan ratusan bangunan pencakar langit.

Hong Kong merupakan sebuah bandar metropolitan yang sangat pesat membangun dan tidak hairanlah menempatkan ratusan bangunan pencakar langit.

Namun, dalam pada itu ada sesuatu yang unik pada reka bentuk kebanyakan bangunan tinggi di sini. Bagi anda yang pernah menjejakkan kaki ke sini, mahupun biasa melihat imej bandaraya Hong Kong pasti perasan tentang satu perkara.

Kebanyakan bangunan di sini, memiliki struktur yang 'berlubang' di bahagian tengahnya. Unik, kan? Mengapa ia sedemikian rupa? Jom baca selanjutnya untuk mengetahui jawapannya.


Memetik laman Amusing Planet, kaum Cina sememangnya terkenal dengan feng shui, dan ia diaplikasikan bukan sahaja di dalam kediaman, perabot dan juga posisi kerja di pejabat. Ia turut disuntik ke dalam reka bentuk bangunan khususnya bangunan pencakar langit seperti di Hong Kong.

Dipercayai ia mampu mengelak dari energi negatif yang boleh menyebabkan perkara tidak baik dan juga kerugian.

Melihatkan landskap Hong Kong itu sendiri, ramai percaya pertumbuhan pesatnya disebabkan ia terletak di tengah-tengah kawasan pergunungan dan juga laut. Dan menurut sejarahnya, gunung merupakan rumah bagi haiwan naga, makhluk yang membawa energi positif yang sangat kuat.


Melalui kepercayaan itulah terhasilnya bangunan yang menambahkan 'lubang naga' di tengahnya agar si naga dapat melakukan perjalanan dengan lancar, menurut ahli fengshui.

Dan akhirnya energi positif sentiasa hadir dan terpancar di seluruh bandaraya Hong Kong. Begitulah legenda yang dipercayai mereka.

Pastinya ia bukan sesuatu yang pelik kerana setiap bangsa di dunia mempunyai kepercayaan masing-masing dan mempengaruhi rekabentuk bangunan tertentu di negara mereka, bukan? - CARI 

Foto: amusing planet
6

Bagus
17

Marah
28

Terkejut
24

Sedih
17

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (95 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BebeQ 31-3-2017 09:36 AM
dekat malaysia pun banyak juga bangunan berlobang, rupanya ikut feng shui lettew~
Quote nisako 31-3-2017 09:37 AM
ooo patutle ..
Quote CiliPadiSedap 31-3-2017 10:05 AM
dh di jajah british pun masih fengshui lagi...
Quote AMDTurion 31-3-2017 10:14 AM
CiliPadiSedap replied at 31-3-2017 10:05 AM
dh di jajah british pun masih fengshui lagi...

sekurang2nya diorg masih ada sifat ingin mengekalkan kebudayaan diorg walaupun dijajah.

kita....suma kena tukar...baru urban katanya.
Quote leylapple 31-3-2017 10:24 AM
bagus jugak buat lubang tu...atleast blh reduce wind force to the building so tak shaky sangat
Quote CiliPadiSedap 31-3-2017 10:42 AM
AMDTurion replied at 31-3-2017 10:14 AM
sekurang2nya diorg masih ada sifat ingin mengekalkan kebudayaan diorg walaupun dijajah.

kita... ...

jamban kaka berlubang lg kuat fengshui
Quote Fienomenology 31-3-2017 11:00 AM
Kalo kat mesia slalunya 'lubang tu jd skygarden or community area.
most chinese developer kat mesia pikir dollar and cents je. asal bole buat duit semua jalan.  
Quote Artemesiaa 31-3-2017 12:44 PM
HK dan Shangai antara tempat2 yang bangunannya banyak dipengaruhi feng shui sebab tu banyak bangunan unik kat sana
Quote imransulaiman 31-3-2017 12:51 PM
Kalau di Malaysia, yang banyak lubang tu jalan raya
Quote bulan_gerhana 31-3-2017 01:13 PM
imransulaiman replied at 31-3-2017 12:51 PM
Kalau di Malaysia, yang banyak lubang tu jalan raya

haaa ni memang betul
Quote mzzenma 31-3-2017 02:53 PM
ooh ni nak bagi smaug lalu tu yang buat lubang tu
Quote AMDTurion 31-3-2017 02:55 PM
CiliPadiSedap replied at 31-3-2017 10:42 AM
jamban kaka berlubang lg kuat fengshui

haha....lubang tu halanya ke mana tu kaka....


Quote obical 31-3-2017 08:59 PM
Oh gitu..
Quote Aizuzu 31-3-2017 10:19 PM
Macam Macam aih
Quote Leo_Gurlz 31-3-2017 11:15 PM
Macam tuhh pulak. Tapi diorg memang kuat percaya dgn feng shui
Quote devilito2 3-4-2017 08:26 AM
imransulaiman replied at 31-3-2017 12:51 PM
Kalau di Malaysia, yang banyak lubang tu jalan raya

win....

Quote -electrifying- 3-4-2017 12:47 PM
lubang kt jalan raya kte xde feng shui lgsg
Quote tri-max 3-4-2017 01:01 PM
aku klu tgk lubang kat tgh2 bangunan mesti pikir... reginyer developer nih,
klu tutup mau dapat 2- 3 unit rumah
Quote miemiecha 3-4-2017 04:12 PM
teringin nk tgk naga terbang2.. hahahaha

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-2-2024 07:29 PM GMT+8 , Processed in 0.069144 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top