CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Baru 9 Tahun, Budak Lelaki Dah Pandai Racun Kawan Sekelas

27-3-2017 12:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 9317| Komen: 45|Original author: Oleh: Adib Za

Description: Siapa sangka, seorang budak lelaki berusia 9 tahun tergamak membalas dendam terhadap seorang rakan sekelasnya, dengan meracunnya melalui minuman.

Siapa sangka, seorang budak lelaki berusia 9 tahun tergamak membalas dendam terhadap seorang rakan sekelasnya, dengan meracunnya melalui minuman. 


Memetik laman Stomp, kejadian di Jurong, Singapura itu menyaksikan budak lelaki tersebut memasukkan sabun pencuci tangan Dettol ke dalam air minuman si mangsa. 

Ini menyebabkan mangsa jatuh sakit, demam serta muntah-muntah  selepas meneguk minuman tersebut. 

Difahamkan, budak lelaki tersebut kononnya ingin memenangi hati dan membantu membalas dendam seorang budak perempuan yang lain, lalu sanggup melalukan perlakuan tersebut terhadap mangsa yang merupakan rakan sekelasnya.

Foto: Worldofbuzz

Pada 22 Mac, budak lelaki tersebut mulakan rancangan membalas dendam dengan memasuki kelas pada waktu rehat. Dia kemudiannya memasukkan cecair Dettol itu ke dalam air minuman si mangsa tanpa sesiapa melihatnya. 

Tidak lama selepas itu, mangsa jatuh sakit dan pihak sekolah membenarkan ia pulang. Hal itu disedari oleh pembantu rumah si mangsa yang mendapati botol air itu penuh dengan buih sabun ketika mencucinya. 

Ketika itulah pihak sekolah ditanya tentang kejadian itu dan akhirnya budak lelaki itu mengaku salah dan meminta maaf kepada si mangsa. 

Menurut mangsa, di masih mengingati kata-kata budak lelaki itu kepadanya sebelum itu, "Aku akan racun kau sampai mati!"

"Saya sangkakan dia bergurau, tak sangka dia sanggup meracun saya," ujar mangsa.

Foto: Stomp
Pun begitu, budak lelaki itu telah melawat mangsa sambil ditemani ibunya yang berusia 27 tahun, lapor The Straits Times. 

Ramai di kalangan netizen yang sukar menerima keadaan tersebut kerana ia dilakukan oleh kanak-kanak yang hanya berusia 9 tahun. 

"Hari ini dia masukkan sabun Dettol, bagaimana pula dengan masa akan datang?"

"Semua bercakap tentang budak lelaki itu, sedangkan 'mastermind' adalah budak perempuan yang menyuruh dia membalas dendam itu."


Kejadian seperti ini memang menakutkan kerana ia melibatkan keselamatan nyawa. Kepada ibu bapa, lakukan sesuatu agar anak-anak tidak mudah terpedaya dengan sifat negatif dan lebih teruk, terlibat dalam jenayah pada usia yang sangat muda. - CARI 
32

Bagus
13

Marah
40

Terkejut
22

Sedih
15

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (141 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote NekNgah 27-3-2017 01:48 PM
Semoga dihantar kaunseling, masih terlalu muda.....
Quote virusracun 27-3-2017 01:51 PM
biasa la, budak tarak ajaran agama. anak2 orang tarak agama.
Quote pearl.silver 27-3-2017 01:55 PM
Pengaruh upin ipin dan boboiboi?
Quote mieymiey 27-3-2017 01:56 PM
Astaga, menakutkan sangat budak-budak sekarang
Quote sukacactus 27-3-2017 01:59 PM
Scary wei!
Budak2 pun dah pandai plotting bunuh bagai
Quote Artemesiaa 27-3-2017 02:04 PM
Mak aiii kecik lagi dah berani buat kerja cam tu.  Harap yang menyuruh pun dihukum sama.
Quote xy_daen 27-3-2017 02:16 PM
Hebat minda budak ni...
Quote Borak_Ola 27-3-2017 02:19 PM
NekNgah replied at 27-3-2017 01:48 PM
Semoga dihantar kaunseling, masih terlalu muda.....

setuju, pendidikan yang baik perlu diamalkan
Quote ronapink 27-3-2017 02:19 PM
kerana wanita..
Quote matchstick 27-3-2017 02:37 PM
Yg kena racun tu pun togok jugak ke air berperasa dettol n berbuih sabun mcm tu...
Quote intan_smsb 27-3-2017 02:40 PM
amboi dek macam mna nak sabitkan kesalahan ni nanti
Quote Prickford 27-3-2017 02:44 PM
Kecik2 bunuh kawan. Dah besar sok bunuh mak pak plak.
Quote Ammar80 27-3-2017 03:16 PM
minta dijauhkan lh anak2 .. anak2 selalu jg cerita pasal ragam kwn2 diorang kt sekolah... kita fikir mungkin sbb budak lg kan akal pendek tp ada je budak2 yg baik dan hormat org lain.. moga anak2 kita baik adab dan dilindungi dr perbuatan jahat ..
Quote manehnya 27-3-2017 03:24 PM
kt melaysia ka ni/

negri mana?
Quote aHoi83 27-3-2017 03:32 PM
manehnya replied at 27-3-2017 03:24 PM
kt melaysia ka ni/

negri mana?

Tak membaca ker?  
Quote sabbath_shalom 27-3-2017 03:37 PM
Jahat2 dulu mendajjal jah dek...letak biji gatal ka...kunyit ka..

Xda la sampai letak racun.
Quote gigahertz 27-3-2017 04:39 PM
pearl.silver replied at 27-3-2017 05:55 AM
Pengaruh upin ipin dan boboiboi?

cina sana x layan kartun mcm tu
Quote batmana 27-3-2017 05:00 PM
bdk2 , xde akal

dulu ada juge kes abg cmpk adik dlm unggun api
msa tu dia umo 6 thn ke apa.

mak pak tarak pantau
Quote chacon 27-3-2017 05:00 PM

pengaruh fake taxi la ni




Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 09:49 AM GMT+8 , Processed in 0.222324 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top