CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Aziz M Osman Rindu Kenangan Beraya Di Singapura

15-8-2013 10:10 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7824| Komen: 22

Description: Memiliki Keluarga Besar Merupakan Satu Kelebihan Dalam Meraikan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Dengan Suasana Yang Lebih Meriah.


MEMILIKI keluarga besar merupakan satu kelebihan dalam meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan suasana yang lebih meriah.

Bukan sahaja diceriakan dengan suara anak-anak, malah kehadiran sanak saudara yang datang berkunjung pasti memberikan seribu satu pengalaman manis ketika menyambut Syawal.

Bagi pengarah dan penerbit terkenal, Aziz M Osman, 51, Aidilfitri yang disambut setiap tahun lebih bermakna dengan melihat kegembiraan anak-anaknya yang semakin membesar dan meningkat remaja.

"Alhamdulillah, tahun ini kami sekeluarga beraya di Damansara sahaja kerana semua adik-beradik dan bonda, Afida Es berada di sini.

"Pada hari raya ketiga, kami sekeluarga berangkat pulang ke kampung halaman isteri, Puteri Lily Lokman di Serkam Pantai, Melaka.

"Seminggu selepas itu, barulah kami pulang beraya ke Singapura dan menziarahi sanak saudara yang masih ada di sana," katanya yang memiliki tujuh anak.

Hasil perkahwinan pertama, Aziz dikurniakan seorang anak perempuan, Puteri Nur Fatihah, 25, manakala lima anak lagi bersama bekas isteri, Datin Nor Aliah Lee iaitu Puteri Nur Asyikin, 22, Putera Mohd Aiman, 19, Puteri Nur Aishah, 15, Puteri Nur Ain, 13 dan Putera Mohd Ameen, 11.

Selepas mendirikan rumah tangga bersama Puteri Lily, 25, yang juga anak kepada pelakon, Lokman Ghani, Aziz yang juga pemilik syarikat produksi, Ace Motion Sdn Bhd, dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Puteri Nur Azzahra, dua tahun.

1 Syawal yang bermakna

Sejak kelahiran Puteri Nur Azzahra atau lebih manja disapa Ara, 1 Syawal Aziz sekeluarga lebih bermakna.

Mana tidaknya, si kecil itu turut berkongsi tarikh 1 Syawal dengan ulang tahun kelahirannya.

"Ara dilahirkan pada 31 Ogos 2011 bersamaan 1 Syawal. Jadi, dia memiliki dua tarikh hari lahir.

"Jika diikutkan bulan Islam, setiap 1 Syawal adalah hari lahirnya. Jadi, ia memberi 'extra special' buatnya.

"Selain beraya, kami juga menyambut ulang tahun kelahiran Ara dan 31 Ogos nanti sambut lagi," katanya yang memilih pakaian sedondon ketika berhari raya.

Rindu suasana dahulu

Walaupun dunianya dikelilingi suara hiruk pikuk anak-anak, namun jauh di sudut hati, Aziz merindui zaman sambutan perayaan satu ketika dahulu.

Menurut anak kelahiran Singapura ini, sambutan hari raya di Singapura jauh lebih meriah berbanding di ibu kota.

"Saya sering merindui suasana beraya di sana, memang kami sekeluarga akan beraya sakan dan berkumpul semua ahli keluarga.

"Kalau dulu, musim raya itu menjadi detik-detik yang dinantikan. Namun, segalanya telah berubah dan ianya hanya tinggal kenangan.

"Saya merindui sambutan perayaan ketika saya kecil-kecil dahulu. Ianya sangat meriah dan semuanya dapat berkumpul dan menyediakan juadah bersama.

"Kami tinggal di sebuah kawasan kampung dan suasana itu sangat berbeza dengan budaya hidup di ibu kota. Namun kini semuanya memiliki keluarga sendiri dan kami akan berkumpul di ibu kota sahaja untuk beraya," katanya yang masih memilih juadah pilihan dari Singapura, Sambal Goreng Pengantin hidangan di pagi raya.

Luahan Aziz turut diakui oleh ibu tercinta, Afida Es, yang sentiasa merindui sambutan raya di Singapura.

"Zaman dah berubah. Kini, raya hanya disambut semata-mata menghabiskan puasa sahaja. Tidak sama seperti dahulu.

"Bukan sahaja kanak-kanak, malah orang dewasa juga beraya sakan," katanya.

Terkenang arwah bapa

Hampir 12 tahun kehilangan bapa tercinta yang juga pelakon dan penyanyi terkenal di era 60-an, Allahyarham M Osman, namun rasa rindu Aziz pada arwah tidak pernah berubah.

Setiap kali tiba 1 Syawal, Aziz pasti terkenangkan arwah bapanya yang menjadi orang yang paling sibuk menjelang Syawal.

"Pada malam raya, ayah tak akan tidur. Dia akan tukar langsir dan membersihkan seluruh rumah. Malah, kerja-kerja memaku dan menukang serah sahaja kepadanya. Bonda yang menjadi orang yang mengarah dan dia akan buat.

"Bila kami bangun pagi-pagi, tengok rumah dah siap dan kemas. Jadi, sambutan raya yang pertama tanpa ayah sangat-sangat dirasai kami sekeluarga," katanya sayu.

Bercerita mengenai pengalaman raya ketika anak-anak masih kecil, bonda, Afida Es juga tidak ketinggalan dalam berkongsi kisah nakal Aziz.

"Dulu, kalau tiba musim raya, bonda buat sendiri biskut raya. Tak pernah beli. Jadi, anak-anak juga turut membantu.

"Tapi, kalau Aziz yang buat, dia tekap kuih tu jadi macam-macam bentuk. Ada yang macam ulat, ular dan bentuk binatang lain.

"Apa nak buat, anak-anak tengah membesar ketika itu. Kadang-kadang, tergelak seorang bila mengingatkan gelagat mereka," katanya.

Pengalaman raya di Melaka

Walaupun tidak berkesempatan untuk meraikan minggu pertama raya di Singapura, namun kerinduan Aziz terubat setelah beraya di kampung isterinya di Melaka.

Menurut Aziz, kampung isterinya itu masih mengekalkan budaya setempat seperti kunjung-mengunjungi yang diamalkan kebanyakan kampung.

"Kampung isteri saya tu memang meriah sebab ia betul-betul di kawasan kampung. Malah, adat kunjung mengunjungi mereka masih diamalkan.

"Kalau di ibu kota, orang lebih suka menghias rumah agar cantik, namun di Melaka, mereka tidak tertumpu pada hiasan rumah. Walaupun rumah mereka tidak seberapa, namun mereka tetap mengunjungi antara satu sama lain.

"Sekurang-kurangnya, rindu saya pada suasana kampung terubat bila melihat budaya mereka. Sebenarnya, itulah budaya yang sebenar ketika menyambut Aidilfitri," katanya mengakhiri perbualan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bantal_busuk 14-8-2013 06:23 PM
sendu..
Quote yipun_78 14-8-2013 07:09 PM
Apa bestnya raya kat Spore?
Quote maxim 14-8-2013 07:10 PM
ramai gile anak
Quote pakwetizzaqyah 14-8-2013 07:28 PM
filem tak laku..drama tak laku..tolong la produce sitkom balik abang aziz..

dah la bini gebu..gerraaaaaam aku nengok eh
Quote tepisket.. 14-8-2013 08:15 PM
Ee.. x abes2 asek tngok pompuan je.. silap2 abeh dah lupe sume ayat quran.. nyampah tol!!
Quote cheeman 14-8-2013 08:20 PM
Zaman dia dah lepas...

Nak buat citer hantu, Devid Tio lagi terrer

Bikin pelem komedi, Senoroi dah sendu

Kat Singapore yang meriah pun kat Geylang itu pun sendu gak, suma impot dari Johor kekdahnya hahaha
Quote kak_sue 14-8-2013 09:10 PM
cheeman posted on 14-8-2013 08:20 PM
Zaman dia dah lepas...

Nak buat citer hantu, Devid Tio lagi terrer

Barang2 yang terpilih & yg terbaek je dapat masuk singapore..... Pi tanya apek durian & sayur. Termasuk kueh Raya. Yg terbaek je dapat lulus ke singapore. though they are from Jo'or

Kat Singapore anak anak yg belum berkeja tak kira umor. asal masih sekolah dapat duit raya..... Kat malaysia budak kecik kecik tonet je yang dapat duit raya. Secondary school dah tak dapat.... Meriah kan kat singapore?

Quote biozipstar 15-8-2013 06:00 PM
ni pengarah demi dia kan? mesti sdey sebab ramai orang kritik drama ni.. tapi yg aku nak cakap.. die skang bergabung ngan lily (isteri die) lak.. kalau dulu.. mesti join venture ngan aliah lee.. bagus2.. laki bini uruskan same2...

cam shiela rusly n laki die... cam rosyam nor ngan bini die...
Quote kakikuDibibirmu 15-8-2013 06:03 PM
swamp swamp kukuiyyy
Quote melinda_kerr 15-8-2013 06:09 PM
Movie dia dah tak best... Demi Dia series plg sendu aku tgk.. Mungkin tak berkenan kat Elfira Roy berkening misai ituhhhh
Quote ira_229 15-8-2013 06:35 PM
kak_sue posted on 14-8-2013 09:10 PM
Barang2 yang terpilih & yg terbaek je dapat masuk singapore..... Pi tanya apek durian & sayur. T ...


ns pun dpt duit raya...bangkrupt..
tengok tempat la n keluarga..klu keluarga besar best la riuh..ndak2 klu semua berkumpul kat rumah orang tua..semua makcik n pakcik..sepupu sepipit..adik beradik berkumpul tak keco rumah? yg takde cuma mercun..lepas tu ramai2 konvoi raya kat famili yg lain..meriah la tu..
Quote edoraixora 15-8-2013 06:45 PM
7 anak dr 3 bini....
Quote bantal_busuk 15-8-2013 06:45 PM
sendu nyer benang nie..
Quote NonaNaga 15-8-2013 08:09 PM
Masterpiece dia Fenomena...masa tu muda dh hasilkan karya hebat. May be dh tepu ni...
Quote tomet05 15-8-2013 10:38 PM
selmat hari raya bang
Quote viva_gerl 15-8-2013 10:51 PM
seronok jugak celebrate raya di singapore...mungkin sama di malaysia...cuma takde balik kampung...families will be dressed sedondon...pegi jln raya...ada naik van, naik lori or sewa bus...ahhahahaha
Quote batman_2007 15-8-2013 10:59 PM
NonaNaga posted on 15-8-2013 08:09 PM
Masterpiece dia Fenomena...masa tu muda dh hasilkan karya hebat. May be dh tepu ni...

Yg xx ray tu arahan dia jgk kan?
Tu bench mark filem2 sci fi msia kononnya.
Quote biskut_milo 16-8-2013 01:09 AM
Anak sulong sama umur ngan bini....
Quote leenaz 16-8-2013 03:31 AM
biskut_milo posted on 16-8-2013 01:09 AM
Anak sulong sama umur ngan bini....

aku pun perasan baca camtu


Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 03:33 PM GMT+8 , Processed in 0.057442 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top