CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Meluat Betul Dengan Iklan Nak Bagi Semua Besar, Ketat Alat Sulit Ni!

10-3-2017 04:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 12313| Komen: 45|Original author: Oleh: Adib ZA

Description: Berasa jelik dengan iklan-iklan yang mengumpan wanita agar menjaga 'aset' mereka, seorang netizen meluahkan perasaannya

Berasa jelik dengan iklan-iklan yang mengumpan wanita agar menjaga 'aset' mereka, seorang netizen meluahkan perasaannya berhubung perkara itu di laman sosial.


Katanya, tak salah menjaga kecantikan dan begitu juga dengan iklan yang dipaparkan itu. Namun, netizen ini berasa tidak selesa dengan kebanyakan iklan untuk membesarkan dan juga mengetatkan aset. 


"Semuanya (iklan) aset sulit pula tu."

"Tagline standard yang diguna untuk mengumpan ialah 'suami asyik perli' atau 'suami tak peduli' atau 'suami asyik pandang gegel lain'."

Begitu juga dengan paparan testimoni, semuanya indah-indah belaka dan menggunakan bahasa seperti 'semenjak guna, suami asyik nak berkepit je!'. 


"Sejak bila kedudukan wanita dalam rumahtangga hanya sebagai objek seks semata-mata? Itu sahaja ke peranan wanita di atas dunia ini?" bebel netizen ini. 

Sebenarnya apa yang diluahkan itu semuanya betul dan tak keterlaluan dikatakan iklan untuk penjagaan alat sulit wanita sengaja menggunakan ayat pancing provokatif.

Yang tak sedapnya, bila pengguna pun semakin 'daring' dan tiada lagi rasa segan silu bila memberikan testimoni mereka. Ada juga yang sampai menayangkan aset mereka kononnya produk yang digunakan sudah membuahkan hasil. 

Manakala, dari kalangan netizen lain mereka bersetuju dengan pendapat ini. Katanya, mereka meluat dengan cara iklan tersebut dipaparkan. 


"Kita ini orang Islam, orang timur, biarlah ada had dan rasa malu sedikit."

"Serius macam haran jadah ayat dan post testimoni dari pengguna. Sampai cerita dalam bilik tidur pun nak di share di FB."

Malah, ada juga yang memberi nasihat agar orang ramai tidak mudah terpukau dengan iklan yang belum tentu menjanjikan kebaikan kepada kesihatan itu.

Kesimpulannya, penulis faham sebagai penjual mereka memerlukan ayat copywriting yang provokatif dan membangkitkan elemen kontroversi, barulah produk mereka laris dan 'jalan'. 

Pun begitu, jangan sampai segala perkara 'dalam kain' dan juga taboo diuar-uarkan seolah-olah anda begitu terdesak dan juga tiada pegangan agama. Banyak lenggok bahasa dan juga cara lain untuk melariskan produk, kan? - CARI 
16

Bagus
21

Marah
23

Terkejut
28

Sedih
15

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (127 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote WhiskeyScotch 10-3-2017 04:14 PM
Bila otak, akal dan minda hanya bernafsukan wang sebagai motif keuntungan dalam berniaga, maka terhasillah iklan-iklan yang sebegitu rupa. Mereka tidak berfikir soal moral, maruah dan harga diri seseorang wanita mahupun masyarakat. Janji dapat kaut untung yang berlipat ganda melalui pengiklanan tersebut. Mission accomplished!
Quote haryatie 10-3-2017 04:19 PM
mmg menyampah pun dgn iklan2 yg mcm ni
Quote EvieWanKenobi 10-3-2017 04:20 PM
memang menjelikkan.. yang lelaki, yang pompuan, yang pondan sama je..
Quote dridri 10-3-2017 04:36 PM
Some of iklan ubat kuat and rapat ni  guna khidmat pakcik makcik yang dah tua yelah sebab dibayar jadi rasa malu buang dalam parit.
Quote CiliPadiSedap 10-3-2017 04:49 PM
akak tahu kelas copywriting siapa guna headline camtu.. harap sifu tersebut insaf..
Quote cik-jaja 10-3-2017 05:02 PM
jangan dilayan..skrol laju2
Quote chacon 10-3-2017 05:18 PM


apa ko meroyan ni dik. x payah main facebook la.. orang jual ubat ketat pun marah. ada aje xpuas hati

Quote Lollipop111 10-3-2017 05:26 PM
Sebab larislah, mereka guna tagline2x hara* ja*ah mcm tuh... tp tak lama. sekejap je tuh. Org skg maken celik dari hari ke hari.
Quote Super-M 10-3-2017 05:38 PM
haha..org bodoh je percaya.. iklan pam beso, cite panjang padat.ramai yg guna konon berjaya panjang terlaris lah... hujung2 tangga tercorot gak saiz zakar sedunia. kihkih...pakai ubat tipu bg panjanh ni 'umpama tunggu pensel ikea menjadi panjang pensel 2b'
Quote siskepoh 10-3-2017 06:23 PM
orang niaga mmg gitula nak lariskan. ko tu xtau niaga diam2 ye dik.
tapi selalu iklan2 gini bukan bleh pcaya. jgn le terpengaruh
Quote missyL 10-3-2017 06:43 PM
Malu ape kate depa.. kami x malu tok bejaya haktuihhh barang hangpa pon besa lidi je...
Quote ~boolean 10-3-2017 06:46 PM
Sebab peniaga pandai...dia tahu target pasaran...kita tengok akhbar harian metroseks paling laku, macam tu lah gambaran sebenar mentaliti melayu kita..
Suka disogokkan dengan benda2 lucah dan sensasi..

Jadi jangan salahkan peniaga...salahkan orang kita sendiri..
Quote axl_bach 10-3-2017 07:35 PM
CiliPadiSedap replied at 10-3-2017 04:49 PM
akak tahu kelas copywriting siapa guna headline camtu.. harap sifu tersebut insaf..

Sape woi?? yg ada iklan dekat tepi hiway PLUS ker??
Quote bellxx 10-3-2017 07:42 PM
betulll tuuuu setuju banget !!
Quote CiliPadiSedap 10-3-2017 07:43 PM
axl_bach replied at 10-3-2017 07:35 PM
Sape woi?? yg ada iklan dekat tepi hiway PLUS ker??

tak payah sebut. dah pergi ke kelas dia beribu yang premium? anak murid 3 in 1 phd.. ilmu dia ajar bagus tapi at the end market akan jadi crowded saturated dengan copywriting teknik yang sama..


Quote Sayaaa 10-3-2017 07:58 PM
setuju 100%
Quote insulin 10-3-2017 08:52 PM
axl_bach replied at 10-3-2017 07:35 PM
Sape woi?? yg ada iklan dekat tepi hiway PLUS ker??

Dah lama x nampak dr. Off topic jap...
Quote ayjay 10-3-2017 09:07 PM
~boolean replied at 10-3-2017 06:46 PM
Sebab peniaga pandai...dia tahu target pasaran...kita tengok akhbar harian metroseks paling laku, ma ...

Exactly.
Tengok saja segala iklan tu ramainya yang respond berminat nak beli.
Alahai kalau Nek T pun tak segan silu promote jus goyang dia bagi pepek ketat and entah apa lagi ....
Quote axl_bach 10-3-2017 10:30 PM
insulin replied at 10-3-2017 08:52 PM
Dah lama x nampak dr. Off topic jap...

Hahahaha,  ada jaaa dok masuk kadang2.... bz hidup bekeluarga....

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 12:16 PM GMT+8 , Processed in 0.066816 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top