CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dipenjara Kerana Tiada Mykad

14-8-2013 09:28 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7917| Komen: 18

Description: Kluang - Kegagalan Seorang Bapa Mendaftarkan Anak Sulungnya Untuk Mendapatkan Kad Pengenalan (Mykad) Menyebabkan Anak Itu Dipenjarakan Selama Lebih Kurang Empat Bulan Di Penjara Kluang, Bermula 23 Mac ...
KLUANG - Kegagalan seorang bapa mendaftarkan anak sulungnya untuk mendapatkan kad pengenalan (MyKad) menyebabkan anak itu dipenjarakan selama lebih kurang empat bulan di Penjara Kluang, bermula 23 Mac lalu.
       
Penghuni penjara yang berusia 24 tahun itu, ditahan pihak berkuasa sewaktu pulang dari kerja di Masai, Pasir Gudang, kerana tidak memiliki kad pengenalan diri.
       
Anak jati Sabah yang berhijrah ke Semenanjung sejak 1997 itu berkata, sewaktu kecil, dia mempunyai sijil kelahiran, tetapi disebabkan kesilapan bapanya membuat pembetulan pada namanya yang tertulis pada dokumen itu memberi padah kepadanya.

 

Mat Rasid (dua, kiri) turut sama pada sesi penyerahan bayi itu di Penjara Kluang, semalam.
       
       “Bermula daripada kesilapan itu, saya sukar membuat kad pengenalan hanya kerana nama bapa tidak sama dengan nama yang tertera dalam sijil surat beranak.
       
       “Disebabkan ketiadaan kad pengenalan, sudah dua kali saya ditahan pihak Imigresen. Kali pertama saya ditahan ketika bekerja di Johor Bahru semasa berumur 15 tahun, tetapi saya hanya ditahan sehari sahaja kemudian dibebaskan.
       
        “Kali ini, saya terpaksa menghadapi kenyataan hidup sebagai banduan di dalam Penjara Kluang untuk tempoh yang agak lama selain turut akan berada di dalam pusat tahanan Imigresen sementara menunggu pengesahan saya sebagai warganegara Malaysia,” katanya yang selamat melahirkan bayi perempuan di dalam Penjara Kluang, di sini, 8 Ogos lalu.
       
        Sementara itu, ayahnya yang berusia 63 tahun, meluahkan rasa kesal dengan kejadian itu dan akan segera mendapatkan pengesahan kewarganegaraan agar anaknya dibebaskan daripada pusat tahanan tersebut.
       
        Akuinya, kejahilan tentang urusan pendaftaran kad pengenalan anak ketika berada di Sabah menyebabkan dua daripada enam anaknya tiada dokumen pengenalan diri.
       
        “Waktu itu, tiada siapa yang mahu membantu saya untuk menguruskannya.
       
        “Keadaan ini juga telah menyebabkan dua anak saya langsung tidak bersekolah dan hanya belajar sendiri di rumah bersama adik yang berjaya disekolahkan,” katanya.
        Pengajaran buat ibu bapa
       
Insiden yang menimpa penghuni penjara itu adalah salah satu contoh yang boleh dijadikan tauladan kepada semua ibu bapa, demikian kata Pengarah Penjara Kluang, Timbalan Komisioner Penjara (TKPj) Mat Rashid Jahlil.
       
        “Dalam kes ini, dia dimasukkan ke Penjara Kluang pada 23 Mac lalu, kerana tidak memiliki kad pengenalan ketika pemeriksaan polis di tempat kerjanya di Masai, Johor.
       
        “Namun, apa yang menyedihkan, dia dalam keadaan sarat mengandung sedangkan dia belum bernikah dengan tunangnya ketika dimasukkan ke dalam tahanan kami,” katanya ketika hadir menyempurnakan penyerahan anak penghuni penjara kepada keluarga kandung wanita itu, di Penjara Kluang, di sini, semalam.

        
Menyerahkan anaknya yang baru lahir kepada ibu untuk dijaga sementara dia dipenjarakan.
       
Mat Rashid berkata, merujuk kepada peraturan penjara, setiap tahanan wanita yang melahirkan anak ketika dalam penjara hanya dibenarkan untuk menjaga anaknya sehingga berusia tiga tahun.
       
Jelasnya, berlainan dengan kes yang dilalui wanita itu, kerana pada Rabu ini (14 Ogos) dia akan dipindahkan ke Pusat Tahanan Imigresen Pekan Nenas, Pontian, berikutan kesalahannya tidak memiliki kad pengenalan.
       
        Tambahnya, dia akan berada di sana sehingga menanti proses mendapatkan pengesahan pengenalan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
       
        “Disebabkan keadaan di sana berlainan dengan suasana di penjara, maka kami membenarkan dia menyerahkan anaknya untuk dijaga ibu bapanya sementara waktu.
       
        “Anaknya masih kecil dan baru dilahirkan 8 Ogos lalu, serta perlu penjagaan rapi oleh ahli keluarganya,” katanya.
       
Mat Rasid turut menasihatkan masyarakat agar mengambil iktibar dengan kejadian yang berlaku yang boleh dijadikan pengajaran khususnya ibu bapa agar tidak mengabaikan tanggungjawab yang sepatutnya menjadi keutamaan mereka.
       
Katanya, dengan peristiwa yang berlaku itu diharap selepas ini tiada kes seperti itu akan berulang kembali.
3

Bagus
1

Marah

Terkejut
9

Sedih

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mak_wa95 13-8-2013 09:28 PM
taraf warganegara macam pendatang haram....dapat pula anak h*r*m...................
Quote freebird 13-8-2013 09:31 PM
mak_wa95 posted on 13-8-2013 09:28 PM
taraf warganegara macam pendatang haram....dapat pula anak h*r*m...................

layanan ni lebih teruk dari pendatang haram...
kalau pendatang haram, kalau takde mykad, diberi maykad...
Quote chazey 13-8-2013 09:33 PM
buduh mo mati.

ini sebab sindri pemalas.

apa tak malas; umur tingkatan 3 sudah berenti sekolah?

bapa kau boleh buat balik IC betulkan nama dia. kasi sama dengan itu surat beranak..

kau boleh minta surat akuan sumpah dari ketua kampung yang mengesahkan bapa kau dalam IC dan dalam surat beranak itu orang yang sama. kau, boleh kasi kuat lagi itu surat akuan sumpah kau dengan meminta dokumen sokongan dari D/O atau majistret anak negeri.

atau paling sinang pun kau jumpa YB saja bah minta tulung.

ikhtiar bah ikhtiar.

tapi kau malas.

end up sudah 24 tahun umur pun masih tiada IC.

buduh.

patut la itu Suluk lagi berkat hidup dari kau.

buduh.
Quote chazey 13-8-2013 09:34 PM
mak_wa95 posted on 13-8-2013 09:28 PM
taraf warganegara macam pendatang haram....dapat pula anak h*r*m...................

anak haram kalau comel tak dimaki.

seperti anak parit kamil dan diana danielle.
Quote mak_wa95 13-8-2013 09:41 PM
freebird posted on 13-8-2013 09:31 PM
layanan ni lebih teruk dari pendatang haram...
kalau pendatang haram, kalau takde mykad, diberi ...

sian dia....bapa dia tahu nak salahkan orang tak bantu dia....pompuan pula tu...ingatkan lelaki....tunang dah lari pe...sian kat dia lagi...
Quote mak_wa95 13-8-2013 09:44 PM
chazey posted on 13-8-2013 09:34 PM
anak haram kalau comel tak dimaki.

seperti anak parit kamil dan diana danielle.

hahaha....... terbaik.............orang kaya p luar negeri cover malu.....orang susah lahir anak dalam penjara..sedih sangat....bayi tak berbapa lahir d penjara.....
Quote chazey 13-8-2013 09:48 PM
mak_wa95 posted on 13-8-2013 09:44 PM
hahaha....... terbaik.............orang kaya p luar negeri cover malu.....orang  ...

itulah kuasa duit.

orang meskin usah jeles.
Quote mak_wa95 13-8-2013 09:51 PM
chazey posted on 13-8-2013 09:48 PM
itulah kuasa duit.

orang meskin usah jeles.

ya duit segala2 nya.......pompuan ni pun kalau ada duit mungkin dia tak masuk penjara.....
Quote chazey 13-8-2013 09:56 PM
mak_wa95 posted on 13-8-2013 09:51 PM
ya duit segala2 nya.......pompuan ni pun kalau ada duit mungkin dia tak masuk penjara.....

tak mungkin yang.

orang kaya Malaysia takkan masuk penjara.

lain lah Amerika; kokesen seperti Paris Hilton, Martha Stewart, sebagai contoh.  
Quote mak_wa95 13-8-2013 10:00 PM
chazey posted on 13-8-2013 09:56 PM
tak mungkin yang.

orang kaya Malaysia takkan masuk penjara.

hehehe...itu realitinya di malaysiaku tercinta......
Quote prettyuglybabe 13-8-2013 10:23 PM
entah-entah memang pendatang. kalau ada surat beranak, walaupun salah ke apa, pasti jpn boleh bantu..
Quote Bedah.Cun 13-8-2013 10:25 PM
Sulu kew????
Quote teragia 13-8-2013 10:32 PM
betoi ka anak jati sabah ni?
Quote mysara 13-8-2013 10:48 PM
chazey posted on 13-8-2013 09:33 PM
buduh mo mati.

ini sebab sindri pemalas.

jahil + pemalas = bodoh
Quote chazey 13-8-2013 10:51 PM
prettyuglybabe posted on 13-8-2013 10:23 PM
entah-entah memang pendatang. kalau ada surat beranak, walaupun salah ke apa, pasti jpn boleh bantu. ...

no. kes sebegini takkan berlaku pada pendatang. kerana meka akan buat apa saja untuk survive.

pemalas sebegini sememangnya anak jati Sabah.
Quote Al-Patih 14-8-2013 04:47 AM
udang udang malaysia ...
Quote prettyuglybabe 14-8-2013 09:38 AM
chazey posted on 13-8-2013 10:51 PM
no. kes sebegini takkan berlaku pada pendatang. kerana meka akan buat apa saja untuk survive.

p ...

mungkin juga. beliau sendiri dah besar panjang pun tak ada usaha nak dapatkan ic sendiri. ngesek je rajin
Quote kambeng_masam 14-8-2013 09:57 AM
chazey posted on 13-8-2013 04:33 PM
buduh mo mati.

ini sebab sindri pemalas.

mungkin sebenarya bapak beliau dah jualkan identitinya kepada suluk ppl dari dulu?

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.167368 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top