CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Wajah 'Terbakar' Kerana Produk Kecantikan Palsu, Tiada Pengesahan KKM

30-12-2016 12:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 18271| Komen: 61|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: Aduh, muka sendiri pula yang terasa sakit melihat gambar perkongsian seorang netizen di laman sosial Facebook yang memaparkan seorang remaja perempuan dengan kulit wajahnya seperti terbakar.
Aduh, muka sendiri pula yang terasa sakit melihat gambar perkongsian seorang netizen di laman sosial Facebook yang memaparkan seorang remaja perempuan dengan kulit wajahnya seperti terbakar.




Menurut netizen itu, remaja berkenaan dimasukkan ke wad kecemasan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM),  kerana mengalami pengelupasan wajah yang teruk dipercayai akibat menggunakan produk pelembap aloe vera dari jenama Nature Republic.



Produk berkenaan dibeli secara online dan tidak mendapat pengesahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Produk itu berkemungkinan besar adalah sebuah produk tiruan yang mengandungi bahan-bahan palsu menyebabkan radang kulit yang serius.



Perkongsian gambar itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata bimbang untuk menggunakan produk kecantikan sama selepas melihat gambar di atas.

Pun begitu, ada juga netizen lain yang hairan kerana wajah mereka sesuai dan tiada masalah menggunakan produk sama, sekali gus menimbulkan spekulasi mengenai produk digunakan remaja berkenaan adalah produk tiruan yang membahayakan si pemakai.


Sumber foto: Facebook

Semoga pengguna lebih berhati-hati semasa memilih produk kesihatan dan kecantikan terutama yang didapati secara online. - CARI
8

Bagus
16

Marah
17

Terkejut
10

Sedih
12

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (72 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ipo 30-12-2016 12:55 PM
banyak lambakan produk kecantikan yang tak selamat
mostly datang dari Thailand dan Filipine..
nak selamat guna je bahan2 semulajadi..homemade masker,facial

cuba kisar beras pulut dan campur dengan telur putih
sapu kat muka..buat dua-tiga kali seminggu
hasilnya kulit mulus
Quote DayangKirana 30-12-2016 12:57 PM
sekarang dah melambak product fake.. lepas tu berselindung disebalik sale / discount. Ramai yang tertipu..
Quote panadolsoluble 30-12-2016 01:03 PM
aku setia dengan bodisop je dah. nak beli produk lain, aku beli kt watson je. konpiden sikit
Quote batman_2007 30-12-2016 01:27 PM
Dia ni beli yg fake kan. Yg rm10 hengget tu. Kalau nature republic dlm 29.90 biasanya.
Quote cahaya_almas 30-12-2016 01:39 PM
Produk ni untuk apa sbnrnya?
Quote nuyunnisa 30-12-2016 01:45 PM
Nature Republibc ni product korea jgk ke..packaging n products d hmpir sma dgn yg di jual kt Go sShop tu...O Nature Aloe Vera...sbb aku pkai yg tu.ade dlm tube n facial mist selain daripada dlm tub mcm picca kt ats tu.so far aku pakai ok.mula2 naik jerawat kecik2 pastu hilang n dh jadi ok.Nature Republic ni aku tgk add bnyk jual  kat Lazada and yes harga dlm RM 29.90
Quote tombolpintu 30-12-2016 01:48 PM
nuyunnisa replied at 30-12-2016 01:45 PM
Nature Republibc ni product korea jgk ke..packaging n products d hmpir sma dgn yg di jual kt Go sSho ...

nature republic mmg asal korea. tapi banyak dah yang tipu punya jual murah2 kat online. even pasar malam pun ada.
baik la beli yang ori punya. tak lah mahal sgt pun. insyaAllah ok
Quote matchstick 30-12-2016 01:56 PM
dia beli online yg tiruan ni..alo vera gel ni kt watson/ guardian pun ada. jahat btol yg menjual produk tiruan ni. jual rm10 bpa sgt untung. habis rosak muka org
Quote sebu 30-12-2016 01:57 PM
Kesian adek ni..
Quote CiliPadiSedap 30-12-2016 02:04 PM
akak pakai bedak sejuk je. sebab muka akak sensitif dengan produk mahal ni. al maklum orang kampung.
Quote suka2 30-12-2016 02:08 PM
Actually, aloe vera ni baik nature republic ke, face shop ke, bkn mahal pun. Dalam rm25 bole dapat kat kedai. Pun ada yg sanggup beli yg jual murah2 kat online. Hadoi laa...
Quote Zaien 30-12-2016 02:13 PM
aku rajin beli barang online.. tapi mmg byklah kan tiruan2 ni jual murah/sales katanya..
aku tak beli la klau tuk tepek2 kt kulit muka klau murah tiruan nih.. takut jadi cmtu lah..
kalau rasa nak pakai keluarlah duit lebih sikitkan..
kalau kat elianto pun ada yang aloe vera jenis cmtu soothing tu.. pun okay gak.
Quote sabar_sabariah 30-12-2016 02:15 PM
aku pernah beli yg kat lazada punye
tak ingat harga berapa
pastu aku ada jugak check kat internet cara nak bezakan yg mana ori, yg mana fake
in the end aku pun tak tau yg aku beli tu ori ke fake
aku pakai je
bape kali pakai
banyak pulak jerawat keluar
since adik aku pakai
aku pass je lah kat dia
aku tengok muka dia takde improvement pun
so, pas nak habis sebotol tu
tak beli pun lagi
lagipun tak selesa pakai
Quote prettyuglybabe 30-12-2016 02:28 PM
nak cantik tapi kedekut.. gi je la farmasi beli..
berlambak kot yang mampu milik kalau tak de budget nak beli counter product..
benda pakai kat kulit pun nak berkira..
kalau tak mampu sangat, jangan pakai apa-apa..
go natural bak kata orang..
Quote Rayna90 30-12-2016 02:31 PM
Penah beli 3 kali from one seller ni kat lzd. Claim ori and beli pun sebab harga mmg murah sikit seller murah yg lain. Packaging dia out bebenor.. sticker pun x terletak cantik. Muka jadi kering. Baik lah beli dekat kedai yg ori walaupun mahai sikit
Quote yasinfi 30-12-2016 02:39 PM
dia jual dekat lazada
Quote shitakee 30-12-2016 02:40 PM
ade blogger ni share cara nak beza ori & fake nature republic

http://beauty2everything.blogspo ... c-soothing.html?m=1

nak selamat beli ori kat hermo or althea
Quote yasinfi 30-12-2016 02:40 PM

Capture.JPG
Quote Nenasketum 30-12-2016 02:51 PM
Apa chemical dia letak ni. Asid sulfurik ke. Sebenarnya kak ipar aku terlibat jual perfume kat JB. Manufacturer orang local JB. Entah pakai komponen apa tah nak buat perfume tahan lama, ada orang mati sebab letak atas badan dan meresap masuk dalam darah. Yang manufacturer dah lari kluar malaysia. 2 tahun operasi puluh juta dia dapat. Yang kluar masuk balai si penjual ni. Aku heran sebab tak publish langsung kat berita. Sampai sekarang tak settle lagi, dan ini cerita awal tahun ni. Maka aku ban diri aku beli apa2 produk dari ig.

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-2-2024 07:59 PM GMT+8 , Processed in 0.062669 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top