CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tidak Menguntungkan, Malaysia Henti Anjur F1 Selepas 2018- Nazri

22-11-2016 10:35 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 9035| Komen: 103|Original author: R2D2

Description: Kontrak Grand Prix Formula Satu (F1) Malaysia tidak akan dilanjutkan apabila ia tamat pada 2018 kerana pulangan yang mengecewakan.
Kontrak Grand Prix Formula Satu (F1) Malaysia tidak akan dilanjutkan apabila ia tamat pada 2018 kerana pulangan yang mengecewakan.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata demikian kepada pemberita di lobi Parlimen kelmarin. 


Memetik laporan Bernama, beliau berkata kerajaan membelanjakan RM300 juta setahun untuk F1 tetapi nilai pulangan untuk perlumbaan itu adalah kurang daripada apa yang dibelanjakan.

"Kontrak sedia ada adalah dari 2016 hingga 2018. Kita dapat lihat kehadiran penonton F1 menurun saban tahun, mungkin kerana kurang tarikan."

"Saya rasa orang dah tak berminat. Namun bagi MotoGP, jika ia dimansuhkan tahun depan, ia pasti akan menjejaskan pelancongan kita." 

Tambah Mohamed Nazri lagi, pada masa yang sama Malaysia juga gagal menampilkan pelumba F1 berkualiti sejak negara menganjurkannya pada 1999, tiada sebab untuk menerus penganjurannya. 


Pada 27 Okt lepas, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata pembangunan bakat tempatan dalam sukan bermotor lebih penting daripada mengeluarkan perbelanjaan besar bagi menganjurkan Grand Prix F1 yang tidak menguntungkan.- CARI

sumber foto: dinmerican.files.wordpress.com

24

Bagus
18

Marah
29

Terkejut
15

Sedih
22

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (118 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 22-11-2016 07:27 AM
ini legasi siapa agaknya??
Quote tricomonas 22-11-2016 07:33 AM
Elok pun batal...takde faedah pun F1 tu..
Quote R2D2 22-11-2016 07:34 AM
SIC masih cuba selamatkan F1 Malaysia


KUALA LUMPUR 21 Nov. – Meskipun pengurusan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menerima banyak tekanan untuk menghentikan penganjuran Formula 1 (F1), namun Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali berkata, mereka akan berusaha sebaik mungkin untuk menyelamatkan perlumbaan.

Katanya, SIC akan cuba sedaya upaya mencipta impak positif dalam baki dua tahun kontrak penganjuran bersama Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) iaitu pada 2017 dan 2018

Begitupun Razlan mengakui, seandainya dua pengajuran tersebut masih tidak memuaskan maka beliau menyerahkan kepada kerajaan sama ada mahu menyambung kontrak penganjuran atau tidak.

“Kita masih mempunyai dua kali lagi penganjuran F1 iaitu tahun 2017 dan 2018. Pastinya kita akan melakukan yang terbaik dengan merencanakan perancangan sebaik mungkin bagi musim depan dan 2018.

“Bukan tahun sebelum ini kita tidak melakukan yang terbaik, sebaliknya setiap tahun kita sentiasa memperbaiki, meningkatkan dan mencari jalan penyelesaian.

“Masalah utama kita adalah kemerosotan kehadiran penonton tempatan yang mungkin tidak lagi berminat melihat perlumbaan tersebut. Kalau dibandingkan dengan penonton luar negara memang konsisten dari segi jumlah kehadiran.

“Jika impak ekonomi dan pulangan tidak memuaskan dalam dua edisi akan datang... ia terpulang kepada kerajaan sama ada mahu sambung atau tidak,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Datuk Seri Mohamed NazriAbdul Aziz hari ini memberitahu, Malaysia tidak akan menjadi tuan rumah F1 selepas kontraknya tamat pada 2018 kerana ia tidak memberi pulangan setimpal.

Kata Nazri, kerajaan perlu membelanjakan sehingga RM300 juta untuk menganjurkan perlumbaan tersebut.

Tambah Razlan lagi, SIC mempunyai tanggungjawab untuk memastikan peruntukan dana yang diberikan kerajaan bagi membayar hak penganjuran kepada FIA digunakan dengan baik.

“Kita tidak mahu sambung penganjuran dari segi sentimental semata-mata walaupun kita telah anjur perlumbaan ini sejak 1999.

“Tidak boleh terlalu emosinal kerana kita perlu lihat daripada segi ekonomi negara, perniagaan dan pulangan. Kalau penganjuran itu tidak memberi pulangan positif kami bertanggungjawab membentangkan kepada kerajaan bahawa pelumbaan ini tidak lagi memberi impak positif seperti yang kita harapkan dahulu.

“Kita tidak mahu membebankan kerajaan dan mungkin dana yang diperuntukan itu dapat digunakan untuk kebaikkan pembangunan sukan permotoran negara lain,” ujarnya.
Quote Bell 22-11-2016 07:56 AM
Sinagapore pun sama - ura2 tak mahu sambung kontrek.
Quote mehmet 22-11-2016 07:57 AM
Amboi. Holiday bini sanun over the sea not Kuala Lumpur boleh pula. Nak
Bagitahu duit membazir tengok diri dulu lah.

Boss AAM boleh holiday sana sini. Tonggak sana sini. Akhirnya co itu muflis. Kasihan ex workers. Semoga Ex Workers diMurahkan Rezeki & Kesihatan yang baik. Amin.
Quote syadq 22-11-2016 07:58 AM
Owh guna duit kerajaan rupanye. Ingatkan ada organizer lain.
Quote MatDeghem 22-11-2016 08:02 AM








Quote MatDeghem 22-11-2016 08:03 AM
Ini spork punya litar F1



Quote otai_g 22-11-2016 08:06 AM
Abeh trek kat spg tu nk buat apa? Jd hiasan? Aku rasa byr gaji nazri ni lg rugi drp anjurkan F1
Quote Manjahati 22-11-2016 08:07 AM
Klu dah tau dari dulu x menguntungkan napa ler x dihentikan awal-awal... Ni dah nazak baru ler ... Guna duit rakyat mcm duit mak bapak dorang sendiri jer..
Quote fishcracker 22-11-2016 08:38 AM
litar sepang bole convert jadi litar rekreasi

paling tak tempat berselfie
Quote kambeng_masam 22-11-2016 08:45 AM
fishcracker replied at 22-11-2016 03:38 AM
litar sepang bole convert jadi litar rekreasi

paling tak tempat berselfie

litar berselfie?

anyways, kat SIC masih banyak events yg dibuat tapi takdelah yg segempak F1. Kalau tanya aku, aku pun setuju F1 tu takyahlah anjur dah..sebab aku pun tak minat F1. Well, maybe tujuan asal penganjuran F1 hanyalah untung dari segi menaikkan nama baik Malaysia di mata dunia, imbuhan balik tak seberapa pun. SIC lebih banyak buat duit anjur event2 lain.




Quote Bdkkg 22-11-2016 08:48 AM
Time bang jib je semua benda merugikan negara!  hmmmmm...
Quote dekmieDandy 22-11-2016 08:49 AM
lepas tarik ni, chances nak anjur smeula F1 macam zero sebab F1 biasa xkan amik dah
Quote fishcracker 22-11-2016 08:54 AM
kambeng_masam replied at 22-11-2016 08:45 AM
litar berselfie?

anyways, kat SIC masih banyak events yg dibuat tapi takde ...

ye uol...sambil2 jogging kat litar bole check in location,selfie 7-8 kali,upload kat insta  

di samping itu adik2 sekolah rendah/acik2 yg datang dari luar bandar pun bole tour around d litar,
charge sorang rm20 untuk menjana pendapatan
Quote deezeck 22-11-2016 09:10 AM
PAP di temasik juga akui yang sama

SIC wajar tumpu pada acara lumba motor dan kereta lain
yang kurang kos, sebaliknya lebih menguntungkan selain F1
Quote mushroomsup 22-11-2016 09:11 AM
baru nak ngaku takde untung..
Quote kemaruk 22-11-2016 09:23 AM
Akhirnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote Loloq89 22-11-2016 09:40 AM
sape tah minat f1 tu..

baek layan motogp..

kona baring

Lihat semua komen(103)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 09:39 AM GMT+8 , Processed in 0.322519 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top