CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Senggugut Datang Lagi, Cuba Ramuan Yang Melegakan Otot Dan Uterus Anda

15-11-2016 01:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 4467| Komen: 16|Original author: Oleh: Adib Za

Description: Ahh! Senggugut datang lagi!

Ahh! Senggugut datang lagi!

Rasa sakit perut, tak selesa pada belakang badan, sakit kepala, mood swing dan berdarah teruk bukan asing lagi kepada wanita bila sampai masanya setiap bulan. 


Period pain atau senggugut terutamanya membuatkan ramai wanita sengsara sehingga ada yang terpaksa mengambil cuti sakit. 

Sebenarnya, ada beberapa petua dan bahan yang digunakan untuk meredakan kesakitan seterusnya menyebabkan anda kembali segar serta ceria. 

Yang penting, penggunaan bahan semula jadi ini dilihat lebih sihat berbanding mengambil pil tahan sakit. 


1. Minyak bijan


Sangat terkenal dalam perawatan ayurveda, minyak bijan mengandungi asid linoleic yang bersifat anti-radang dan juga anti-oksidan. 

Caranya, anda sapu dan urut perut menggunakan minyak bijan ini ketika datang bulan. Ia membantu melegakan senggugut dengan baik sekali. 


2. Tuam

Teknik tuam telah terbukti melegakan senggugut dan juga kejang perut. Ini kerana haba membantu melegakan otot dan juga uterus. 

Tuamkan pada perut dan juga lower back anda. Gunakan botol plastik yang diisi air panas. Selain itu, anda boleh menuam dengan menggunakan tuala yang direndam air panas. 

Mandi air hangat juga melegakan kesakitan pada badan anda seterusnya menjadikan badan lebih segar. 


3. Kulit kayu manis

Kulit kayu manis yang sering digunakan dalam masakan mempunyai fungsi hebat iaitu anti-radang yang mampu meredakan kesakitan akibat senggugut. 

Caranya, sediakan teh kulit kayu manis dengan memasukkan sedikit serbuknya ke dalam secawan air panas. Biarkan ia selama 5 minit, kemudian tambahkan madu. 

Ambil dua hingga tiga cawan sehari, dua hari sebelum period anda datang. Ia dapat mengelakkan senggugut berlaku. 


4. Parsley

Bukan setakat herba dan juga sayuran biasa, parsley mengandungi elemen yang mampu melancarkan haid dan melegakan kekejangan. 

Caranya, masukkan 1/4 cawan parsley ke dalam mug. Masukkan air panas. Biarkan ia selama 5 minit.

Kemudian habiskan air parsley tersebut. Minum dua kali sehari ketika period untuk mengurangkan kesakitan. 



5. Betik

Siapa sangka betik rupanya membantu mengurangkan kesakitan ketika datang bulan. Ini kerana ia mengandungi elemen anti-radang, selain tinggi dengan nutrien seperti vitamin A dan C, iron dan karoten yang melegakan dinding rahim. 

Caranya, sebelum dan ketika datang bulan, ambil betik sebagai salah satu diet anda. Ia membantu melegakan kesakitan anda. - CARI 
16

Bagus
16

Marah
19

Terkejut
16

Sedih
19

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (101 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote she 15-11-2016 02:05 PM
Macik sengugut sgt trok...smpi krem kaki x boleh drive x boleh makan...terbaring sajok..boss pn mesti suh balik umah

Memacam dah cuba...last2 pegi spital scan upenye ade cyst..tp x operate sbb kecik cuma rahim bengkak terok bila period

Tp skg bergantung dgn ubat spital hmmmmm
Quote kuzaime 15-11-2016 02:19 PM
Zaman2 anak dara dulu prnahlah merasa sesekali kena senggugut..paling azab nk jln pun mcm nk tumbang menahan sakit.. seb baiklah dh beranak pinak ni x kena lg..
Quote seramado 16-11-2016 11:07 AM
baguslah yg air prasley tu
Quote mybarbie 16-11-2016 11:46 AM
patutla hrtu baca dekat satu website ni pregnant woman xboleh mkn parsley ni...
Quote nipskacang 16-11-2016 12:02 PM
ai senggugut jugak, tapi lately ai consume air halia dlm sminggu 2x, period lancar, xde senggugut lagi dah!
Quote mitz@r 16-11-2016 02:36 PM
pernah few years back kena sakit senggugut yang teramat teruk.

setiap kali datang preiod pakej dengan sakit senggugut dengan sakit belakang sekali. check dengan doctor rupanya ada fibroid.

lepas dah operate, dah tak de dah sakit senggugut yang teruk. kalau ada pun very mild je sakitnya.
Quote cik-jaja 16-11-2016 06:55 PM
biasa wat no3 tu..sedap..huhuhu
Quote mieymiey 16-11-2016 07:34 PM
Ai tetiap bulan confirm senggugut. Bila baca komen, takut pula ai. Senggugut ada kaitan dengan cyst, dengan fibroid kerr?
Quote Xoppie 17-11-2016 10:03 PM
Hey bro! Hi kawan2!!


Nikmati bonus deposit anda dialu-alukan pada deposit pertama, kedua dan ketiga anda sehingga 254% sekarang !!!




Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!
Quote mujer_in_espejo 19-11-2016 10:15 PM
ai bukan jenis senggugut.
dalam hidup ai, cuma skali ja rasa sakit yg amat masa period tu pn zmn skola msa umo 17... tu pun xtau senggugut ke tidak? eh senggugut ke tu? ai kalo period siap bole lompat2 main badminton.
bersyukurlah.. cuma kesian kwn2 jenis senggugut siap baring xleh bangun.. sepanjang hari
Quote cikputih15 24-11-2016 11:23 AM
nipskacang replied at 16-11-2016 12:02 PM
ai senggugut jugak, tapi lately ai consume air halia dlm sminggu 2x, period lancar, xde senggugut la ...

boleh try gak nnt
Quote cikputih15 24-11-2016 11:24 AM
kalu dah sakit sgt. panaskan iron jap. pastu iron perut. ada alas kain, selimut ke, kain batik ke...
Quote wana89 24-11-2016 05:27 PM
wana sengugut setiap bulan  
terasa nak patah pinggang..paling teruk, sampai muntah..
tapi wana redho jer..
dah check..buat scan kat pusht perubadan U..alhamdulilah, tiga kali buat..xada detect cyst..
bila masa period, wana akan duk dalam rumah la...
Quote Fatimaguo 26-11-2016 10:47 PM
Hey bro! Hi kawan2!!


Nikmati bonus deposit anda dialu-alukan pada deposit pertama, kedua dan ketiga anda sehingga 254% sekarang !!!




Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!
Quote Amaiyae 27-11-2016 07:13 PM
Hey bro! Hi kawan2!!


Nikmati bonus deposit anda dialu-alukan pada deposit pertama, kedua dan ketiga anda sehingga 254% sekarang !!!




Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!

Quote Adamansih 2-12-2016 11:41 PM
Hey bro! Hi kawan2!!


30% Welcome bonus sehingga MYR 1,288 Sportsbook hanya untuk anda!!!


Membuat deposit pertama kali dengan MYR minimum 100 dan mendapatkan MYR tambahan 30 untuk bermain



Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.075425 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top