CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Himpunan Baju Merah 'Gempur' Pejabat Malaysiakini Petang Ini

5-11-2016 04:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 6764| Komen: 82|Original author: GhostWalking

Description: Seperti yang 'dijanjikan' Gerakan atau Himpunan Baju Merah Versi 2.0 telah diadakan di hadapan pejabat portal berita Malaysiakini di Petaling Jaya.

Seperti yang 'dijanjikan' Gerakan atau Himpunan Baju Merah Versi 2.0 telah diadakan di hadapan pejabat portal berita Malaysiakini di Petaling Jaya.

Himpunan yang diketuai oleh Datuk Seri Jamal Md Yunos, antara lain bertujuan menuntut penjelasan daripada Malaysiakini berhubung sumber kewangan mereka yang didakwa diperoleh daripada Open Society Foundation (OSF) yang dikaitkan dengan George Soros.


Sebelumnya pada Khamis, Jamal dan 100 penyokongnya telah hadir ke pejabat Malaysiakini dan disambut mesra oleh Ketua Pengarangnya Steven Gan, RK Ana dan Jimadie Shah Othman. Jamal juga dikatakan berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan iaitu mereka menerima dana daripada OSF.

Berikut merupakan butiran himpunan merah yang diadakan di hadapan pejabat Malaysiakini hari ini, memetik laporan portal tersebut:

1. Petang ini, kira-kira jam 2.00 petang peserta baju merah telah mula tiba di pejabat Malaysiakini dan memetik portal berkenaan kira-kira 700 orang peserta hadir dengan slogan Anti-BERSIH dan Anti-Malaysiakini.

2. Seorang peserta yang digelar Abang Hulk Hogan telah menarik perhatian media dan juga peserta lain di situ.



3. Jamal dilihat hadir pada lebih kurang jam 3.30 petang dan disambut dengan bunyi vuvuzela. Turut mengiringi beliau ialah Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwandin Hamzah.

4. Namun, para peserta tidak dapat mara ke pejabat Malaysiakini kerana terdapat penghadang besi yang menghalang dan diletakkan oleh pihak polis.

5. Jamal akhirnya memujuk dan mengarahkan semua peserta baju merah untuk bersurai lebih kurang jam 4.18 petang. Beliau kini dilaporkan sedang mengadakan sidang media. - CARI


Sumber foto: Malaysiakini

18

Bagus
21

Marah
19

Terkejut
19

Sedih
28

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (115 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote GhostWalking 5-11-2016 02:51 PM
Ingatkan semalam dah setel
Quote GhostWalking 5-11-2016 03:34 PM
LINTAS LANGSUNG: Baju merah masih tunggu Jamal

5 Nov 2016, tengahari 2:10 (Dikemaskini 5 Nov 2016, petang 3:13)



Gerakan baju merah diketuai oleh Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos bertekad untuk mengadakan demonstrasi berhampiran pejabat Malaysiakini petang ini.

Mereka membantah aktiviti pembiayaan beberapa organisasi tempatan oleh Open Society Foundation (OSF), sebuah organisasi pemberi geran yang dikendalikan oleh jutawan George Soros.

[Galeri foto di sini]

Menurut Jamal, Soros bertanggungjawab terhadap krisis kewangan Asia pada tahun 1997 dan membiayai revolusi di banyak negara di seluruh dunia.

Pada asalnya, gerakan baju merah sepatutnya berkumpul hari ini di Dataran Merdeka sebagai permulaan untuk himpunan 19 November ini sebagai penentangan terhadap perhimpunan BERSIH 5.

Pihak berkuasa telah melarang mereka daripada berkumpul di Dataran Merdeka dan kumpulan itu menukar rancangan dengan memilih untuk berhimpun di pejabat Malaysiakini.

Pihak polis dari ibu pejabat daerah Petaling Jaya dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) telah berlegar-legar di sekeliling kawasan Business Park PJ51 yang menjadi lokasi pejabat Malaysiakini.

Laporan LINTAS LANGSUNG:

2.45 petang: Himpunan kini berjumlah kira-kira 300 peserta dan melaungkan beberapa slogan Anti-BERSIH dan Anti-Malaysiakini.

Seorang lelaki berucap di hadapan orang ramai dan berkata bahawa kumpulan itu mewakili semua rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa dalam tentangan terhadap BERSIH 5.

Terdapat sekurang-kurangnya dua peserta bukan Melayu dalam kumpulan berkenaan.

Salah seorang daripada mereka yang memanggil dirinya Anil berkata, beliau dari Ipoh dan menjadi sebahagian daripada perhimpunan untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

Ditanya sama ada beliau menyokong Jamal, Anil berkata: "Ya, kami sokong kerajaan.".

2:30 petang: Seorang peserta baju merah yang masih muda berkata kumpulannya yang terdiri daripada 300 orang, kebanyakannya remaja datang dari Meru.

Mereka telah berada di sini sejak tengah hari tadi. Ramai yang memakai skaf yang tertera "Himpunan Maruah Melayu" untuk menutup muka.

Satu peserta yang memperkenalkan dirinya sebagai Faiz, 15 memberitahu Malaysiakini bahawa mereka dibawa menaiki bus.

Satu lagi peserta yang bernama Haziq, 14, tidak pasti tujuan perhimpunan tersebut.

"Saya tidak tahu. Ada orang suruh saya datang bersama-sama," katanya.

Sesetengah daripada mereka memegang sepanduk yang berbunyi: "Lindungi kerajaan yang dipilih oleh rakyat."

Satu lagi sepanduk, disertai dengan gambar penyokong BERSIH memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tertera: "Orang Melayu masih ingat".

2.20 petang: Laungan "Tutup Malaysiakini" dan "Hancur Malaysiakini" bergema.

Satu kain rentang dengan tulisan "Maria Chin & BERSIH 5 boneka Soros & Cina DAP".

Satu lagi kain rentang tertera: "Kami sedia bertempur".

Dengan ketiadaan pemimpin mereka, peserta baju merah kelihatan berkecamuk.

2:15 petang: Sekumpulan wanita dalam usia pertengahan umur dari Sungai Buloh kelihatan terpinga-pinga dalam perhimpunan tersebut.

"Kami tidak pasti. Mungkin kita berada di sini untuk menyokong orang Melayu," kata seorang wanita berbaju merah memberitahu Malaysiakini.

Terdapat kira-kira 80 peserta dalam kumpulan itu.

1:50 petang: Bunyi mercun berdentum di luar Business Park PJ51.

Kira-kira 100 peserta baju merah berkumpul agak jauh daripada pintu masuk utama dan dilihat sedang makan tengahari di tepi jalan.

Kebanyakan mereka adalah golongan belia.

1:45 petang: Sebahagian daripada baju merah tiba dengan beberapa buah bas bertanda 'Bas Kilang'.

Terdapat beberapa gerai di luar Business Park PJ51 sedang menjual baju-T merah.

Beberapa anggota polis telah ditempatkan di sekitar kawasan itu. Terdapat sebuah trak meriam air diletakkan di dalam kompaun.
Quote GhostWalking 5-11-2016 03:36 PM
Kemain dek non  
Quote GhostWalking 5-11-2016 03:38 PM
Hulk hogan pun ada  
Quote ronapink 5-11-2016 03:38 PM
maju umngok..
Quote ronapink 5-11-2016 03:39 PM
hahahahaha..
Quote GhostWalking 5-11-2016 03:40 PM
      
Quote GhostWalking 5-11-2016 03:42 PM
Kami tolak campur tangan asing  :zz
Quote dizzzek 5-11-2016 03:46 PM
sian
demi duit rm30 petrol
Quote GhostWalking 5-11-2016 03:47 PM
Jambu betoi abam polis nih
Quote GhostWalking 5-11-2016 03:48 PM
dizzzek replied at 5-11-2016 07:46 AM
sian
demi duit rm30 petrol

Tu pun agaknya ada yg x dapat.nasi bungkus pun jadi lahhhhh  
Quote GhostWalking 5-11-2016 03:51 PM
Berapa ramai agak2nya nih
Quote OmJualGas 5-11-2016 03:52 PM
Mereka ni sambut tahun baru cina ka?
Quote GhostWalking 5-11-2016 03:53 PM
OmJualGas replied at 5-11-2016 07:52 AM
Mereka ni sambut tahun baru cina ka?

Aku pun dah kompius sebenarnya
Quote hijrah8 5-11-2016 03:56 PM
GhostWalking replied at 5-11-2016 03:36 PM
Kemain dek non

Sian tengok org sabak bernam berdemo..
Quote GhostWalking 5-11-2016 03:56 PM
Laporan LINTAS LANGSUNG:

3.30 petang: Jamal akhirnya tiba dan berucap kepada para peserta.

3.25 petang: Terdapat sekurang-kurangnya 500 peserta di lokasi. Lebih ramai yang turun dari bas.

Seorang lelaki memberitahu Malaysiakini bahawa kumpulan lain yang berjumlah kira-kira 100 peserta datang dari Kepong.

Polis mengarahkan bus untuk berpatah balik, memaksa kebanyakan penunjuk perasaan untuk berjalan.

3:15 petang- Lebih 150 peserta himpunan Baju Merah tiba dan berkumpul di hadapan kilang Nestle.

Kebanyakan mereka dari golongan anak muda.

3.10 petang:  Seorang penyokong baju merah, yang digelar 'Abang Hulk Hogan', berkata mereka berada di situ hari ini untuk menunjukkan mereka adalah "berani".

Lelaki itu juga mengatakan dia bersedia berdiri di hadapan FRU walaupun kepalanya dicederakan.

Mendakwa dia adalah seorang pembela Islam, lelaki itu mengatakan mereka mahukan negara ini menjadi aman.

3.05 petang:  Exco Pemuda Umno Armand Azha Abu Hanifah menemui orang ramai dari belakang trak dan memberitahu bahawa mereka berada di sini untuk menentang Malaysiakini kerana menerima dana Yahudi.

Bagaimanapun beliau berkata kumpulan itu menghormati media dan polis yang hadir.

"Tulis yang benar, tidak putar-belit dan menulis berita palsu. Ini bukan satu perhimpunan perkauman, ia adalah satu perhimpunan nasionalis," tambah beliau.
Quote ajinomotonosuga 5-11-2016 04:00 PM
Nak afundi dah tuaa

Nak gagak vaganza sore cam.cengkerik

Nk berlakun cameraman pun takut nk shoot muka tu
Nk sambung phd , eja S I P U T pun tak reti, orang kira berapa lama lai umur tinggal dia kira apa nomo ekoq naik besok sooo nk wat pe, dapat 50 inggit bas mai.angkut dapat t shirt pree onnn je laaa, orang jerit kita jerit orang lari kita lari orang kayaaa dpt projek kita kayap hahahaha bodow, agak agak kaum.apa ni?
Quote ronapink 5-11-2016 04:01 PM
hahaha hulk hogan..
Quote GhostWalking 5-11-2016 04:03 PM
hijrah8 replied at 5-11-2016 07:56 AM
Sian tengok org sabak bernam berdemo..

Pagi2 dah kena bangun pergi demo muka pun sendu.biasa bangun tengahari  

Lihat semua komen(82)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 05:44 AM GMT+8 , Processed in 0.280481 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top