CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Suami Makin Sayang - Ayu Raudhah

2-8-2013 02:37 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 26662| Komen: 122

Description: Biarpun Sudah Lama Tidak Muncul Di Kaca Televisyen Tempatan, Sebenarnya Ayu Kini Sedang Meniti Kebahagiaan Bersama Putera Kesayangan, Muhammad Aisy Qaiser Dan Suami Tercintanya, Zaquan Adha.


SEJAK melahirkan putera sulungnya, memang agak jarang kita mendengar kisah pelakon jelita, Ayu Raudhah tambahan pula karier lakonannya juga agak sepi.

Biarpun sudah lama tidak muncul di kaca televisyen tempatan, sebenarnya Ayu kini sedang meniti kebahagiaan bersama putera kesayangan, Muhammad Aisy Qaiser dan suami tercintanya, Zaquan Adha.

Menurut Ayu, dia mengambil keputusan untuk berehat dari bidang lakonan sementara usia anaknya yang masih kecil.

"Memang sepanjang bulan puasa ini Ayu rehat di rumah jaga Aisy. Sebelum ini Ayu ada ambil satu tawaran tapi sepanjang sesi penggambaran kepala asyik teringatkan dia.

"Kesian sebab masih kecil sudah ditinggalkan. Tunggulah dia besar sedikit sampai lima atau enam bulan baru saya akan kembali aktif berlakon," ujarnya.

Tambah Ayu bukan sahaja dirinya merasai perkara itu, malah suaminya juga turut menunjukkan perubahan sepertinya.

"Sekarang ini apa sahaja saya dan suami lakukan mesti ada berbezaan sejak ada Aisy dalam hidup kami. Suami pun kalau keluar akan selalu telefon dan buat panggilan video bertanyakan tentang anak kami. Padahal setiap hari sudah jumpa.

"Saya boleh lihat perubahan itu, suami semakin menyayangi dan lebih mengambil berat," katanya.

Raya lebih meriah

Menyentuh mengenai persiapan raya yang tinggal kurang seminggu saja lagi, Ayu akui semuanya telah disediakan awal-awal lagi.

Menurutnya, walaupun segala persiapan sambutan Aidilfitri kali ini dilakukan secara sederhana, namun kemeriahannya masih terasa.

"Semuanya saya sudah sediakan awal-awal sebab takut kelam kabut. Maklumlah sekarang kami sudah bertiga.

"Untuk saya dan suami memang biasa-biasa sahaja tapi untuk Aisy memang kami utamakan. Setiap kali keluar beli barang-barang mesti akan beli baju dia. Memang kami tidak sabar sambut raya dengannya," kata Ayu teruja.

Bercerita lebih lanjut mengenai sambutan hari raya, Ayu memberitahu tahun ini dia akan beraya di kampung halamannya di Kedah.

"Hari raya pertama saya akan berada di Kedah sampai hari raya ketiga dan selepas itu baru balik ke Seremban.

"Tahun ini juga kami ada merancang untuk buat rumah terbuka. Tapi mungkin selepas dua minggu beraya," tambahnya.

Kongsi kenangan lucu

Pelakon jelita ini turut tidak ketinggalan berkongsi memori lucu ketika pertama kali menyambut hari raya bersama suami yang sehingga kini masih lagi segar dalam ingatannya.

"Bila cerita pasal raya, Ayu memang tidak boleh lupa kisah lucu kami berdua semasa sambut hari raya dua tahun lalu.

"Masa itu saya memang sudah siapkan persiapan baju raya kami awal-awal. Lepas tempahan siap kami terus hantar baju-baju itu untuk dicuci di dobi.

"Bila pagi raya, baju suami saya nampak senteng dan kecil berbanding sebelumnya. Masa kami cuba pakai semasa tempahan siap memang kami tidak ada masalah dengan ukurannya.

"Mujurlah ketika itu kami ada baju lain. Memang itulah memori kelakar saya bersama suami ketika pertama kali sambut raya," katanya sambil tertawa.  

Dalam perkembangan lain, Ayu bakal tampil dengan telemovie raya 'Tiba Masanya' untuk siaran TV Alhijrah pada hari raya kedua nanti.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hussycancer 2-8-2013 11:57 AM
dah xdek produk..tepakse la jaja cite kebahagiaan rmh tgga plak..ye dak
Quote miawpink 2-8-2013 11:58 AM








comel ank dia ni
Quote skymania 2-8-2013 11:58 AM
anak die comey...
Quote watie79 2-8-2013 12:04 PM
mujur takdak rupa laki dia, kalau tak mau meroyan AZ
Quote khailya 2-8-2013 12:04 PM
alhamdulillah..... bagus la mcm tu...
nampak bertambah cantik setelah berhijab ni...
Quote bluecrystal 2-8-2013 12:09 PM
bese2 je statement dia...suami dia berubah lebih menyayangi dan amik berat lepas ada anak..cuba kalau irma ke yang cakap gitu..ada yang menyampah tak agak2

dabel stenderd
Quote ais_kosong 2-8-2013 12:11 PM
habang pestoi jeles ropenyer..
Quote September14 2-8-2013 12:15 PM
tt dengki la tuh, tp laki dia mmg hensem...
Quote Syd 2-8-2013 12:18 PM
skymania posted on 2-8-2013 11:58 AM
anak die comey...

hahahahah

terus aku terbayang akak2 ipaq RR bila hang ckp mcm tuh

anak ayu jahh yang comey

anak RR tak comey katanya

Quote toby79 2-8-2013 12:22 PM
miawpink posted on 2-8-2013 11:58 AM
comel ank dia ni

A'ah comel Sgt anak dia. :-)
Quote jula7 2-8-2013 12:22 PM
anak dia cumel ko..
Quote watie79 2-8-2013 12:23 PM
Syd posted on 2-8-2013 12:18 PM
hahahahah

terus aku terbayang akak2 ipaq RR bila hang ckp mcm tuh

khennn...kuasa ALLAH, dia bagi rupa anak ikut ayu..cer kalau ikut rupa laki dia ? tak ker rupa mcm Ryan ? mcm mana depa nak hadap...
Quote af_1993 2-8-2013 12:25 PM
ferlu ke citer psl memori klakar
serious tk klakar..
Quote siputsedut 2-8-2013 12:37 PM
af_1993 posted on 2-8-2013 12:25 PM
ferlu ke citer psl memori klakar
serious tk klakar..

kan kan? tak kelakar pon
Quote ahlisihircute 2-8-2013 12:38 PM

yolah ayu raudah ....
nasib baik anak tomey....
Quote lasagnaklcc 2-8-2013 12:39 PM
Org laki ni kalau nampak perempuan cun blh lupa bini...
Nampak anak org comel baru teringat anak kat rumah.


Quote Matakilat 2-8-2013 12:54 PM
Alahai. Cerita hal rumahtangga. Bosan.
Quote tomet05 2-8-2013 12:55 PM
sama nama dengan anak aku
aisy gak hehe
Quote myakayina 2-8-2013 12:58 PM
klon muka Ayu betul anak dia ni ek..takpelah sejuk sikit.. jaga laki tu baik2 Ayu jgn jadi mcm kembar dia tu..selisih..!

Lihat semua komen(122)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 01:53 PM GMT+8 , Processed in 0.092074 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top