CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Pengedar Ketum Nangis Teresak

1-8-2013 04:37 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12677| Komen: 60

Description: Baling - Terfikir Perayaan Aidilfitri Yang Bakal Menjelang, Seorang Pemuda Menangis Teresak Setelah Ditahan Polis Kerana Memproses Dan Menjual Air Ketum Di Sebuah Rumah Di Kampung Tok Kaya, Pulai Kira ...

Anggota polis melihat bungkusan air ketum yang berjaya dirampas.

BALING - Terfikir perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang, seorang pemuda menangis teresak setelah ditahan polis kerana memproses dan menjual air ketum di sebuah rumah di Kampung Tok Kaya, Pulai kira-kira jam 12.45 pagi, semalam.

Pemuda yang baru berusia 19 tahun itu dikatakan penjual utama air ketum kepada penduduk sekitar kawasan Pulai.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Mat Daud Mat Hassan berkata, polis pernah membuat beberapa kali serbuan di rumah terbabit sebelum ini, tetapi suspek berjaya melarikan diri.

Menurutnya, seramai enam anggota yang diketuai oleh Inspektor Mohamad Helmi Abdul Hamid melakukan serbuan ketika suspek ingin keluar dari rumah terbabit.

“Hasil serbuan, polis berjaya menemui 88 bungkus air ketum bersama daun yang belum diproses dalam rumah terbabit. Manakala, 23 botol ubat batuk ditemui dalam beg pemuda terbabit,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, pemuda terbabit menangis teresak-esak ketika disoal siasat oleh anggota polis di Ibu Pejabat Polis setelah terkenang mengenai perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

“Kita percaya, masih ada lagi rakan mangsa yang menjadi ‘runner’ dalam penjualan air ketum ini. Polis akan memastikan kesemua yang terlibat akan dihadapkan ke muka pengadilan,” katanya.

Menurutnya, polis akan terus mengambil tindakan kepada mereka yang masih berdegil melakukan kegiatan penjualan air ketum.

Katanya, penahanan pemuda terbabit dapat melumpuhkan kegiatan menjual air ketum di sekitar Pulai dan berhampiran kawasan itu.

Pemuda tersebut bakal menyambut Aidilfitri di dalam penjara sekiranya mahkamah memutuskan hukuman penjara kepadanya.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mak_wa95 1-8-2013 03:01 PM
padan muka...raya dalam penjara....kena soalsiastat dgn polis pun dah nangis...pagi raya dalam penjara mau dia meraung.....nak buat jahat tak agak2.......
Quote batmana 1-8-2013 03:12 PM
kalu jual kat bazar ramadhan, nmpk mcm jual air tebu gamaknye...
Quote SiMontel 1-8-2013 03:15 PM
sorry la soalan aku mmg agak bimbo laa....cemana dorang minum air ketum ni? ala ala letak air batu terus minum..or kena mixed dgn gula or anything ke?
Quote izamahmed 1-8-2013 03:21 PM
habislah kau... sumbat dlm jail
Quote prettyuglybabe 1-8-2013 03:22 PM
padan la muka..


Quote axl_bach 1-8-2013 03:24 PM
pelik,biasanya thread bergambo camnih akan ada makhluk yg dok puji "wah hensemnya abam polis sekian2" maybe baru lagi kot.....hehehehheheheh
Quote perang_sivil 1-8-2013 03:24 PM
best minum air ketum... sehari tak minum rasa tak segar badan.. aku suka minum lapik dengan oren dan air kickapoo waktu malam... bangun pagi rasa fresh dan ready to farming...
Quote perang_candu 1-8-2013 03:24 PM
SiMontel posted on 1-8-2013 03:15 PM
sorry la soalan aku mmg agak bimbo laa....cemana dorang minum air ketum ni? ala ala letak air batu t ...

sedut guna straw lalu hidung..

Quote zorrro_03 1-8-2013 03:27 PM
pelahap nya polis.  siap posing bagai.  bukan anggota keselamatan kena low profil ke?   
Quote TipahTernoda 1-8-2013 03:29 PM
SiMontel posted on 1-8-2013 03:15 PM
sorry la soalan aku mmg agak bimbo laa....cemana dorang minum air ketum ni? ala ala letak air batu t ...

ioul rasa  boleh dipelbagaikan cara meminumnya...bagi yg kreatif boleh tambah soda atau perisa vanilla agar lebih menyelerakan...nak lagi kaw tambah margarita

Quote TipahTernoda 1-8-2013 03:30 PM
hensem gak mamat2 yg berdiri tu...abg polis ker?
Quote FanTasyCreaTioN 1-8-2013 03:31 PM
Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang. Bagaimanapun air rebusan daun Ketum telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa.

Pokok Ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003 kerana ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952. Dengan itu pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.


oooo.. baru tau ..
mula2 sebelum tanyer pakcik google ..
heran gak kenapa kena tangkap..
rupa2 nya

Penggunaan Tradisional

• Diguna semenjak berzaman-zaman

• Ubat tradisional bagi:

• Merawat cirit birit, demam dan batuk,

• Mengelakkan dari penyakit cacing,

• Meningkatkan selera makan,

• Menambah tenaga untuk melakukan kerja-kerja berat,

• Diadun dengan herba lain – penawar kepada penyakit darah tinggi, lemah tenaga batin dan lelah



Kegunaan-Kegunaan Lain

• Detoksifikasi penagihan metadon (seperti di New Zealand). Pesakit melaporkan kesan mimpi yang sangat jelas (vivid hypnagogic dreams).

• Sebagai stimulan – mempengaruhi mood dan tahap kegelisahan

• Sebagai analgesik – berkesan sebagai ubat pelali seperti Morfin

• Drug narkotik – menghasilkan kesan bak-narkotik dan euforia bak-heroin

• Drug gantian untuk candu

• Penyembuhan sementara untuk penagihan candu kerana ia menghalang gejala tarikan opiate

• Ketum digunakan untuk menghentikan penggunaan drug narkotik secara beransur-ansur; penagih akan berhenti mengambil dadah, keinginan (gian) dan gejala tarikan akan diredakan melalui pengikatan alkaloid mitraginin kepada reseptor delta (Kajian perintis di National Institute of Thai Traditional Medicine, 1999).




Last edited by FanTasyCreaTioN on 1-8-2013 03:35 PM

Quote annehuda 1-8-2013 03:33 PM
aku ade despatch minum air ketum ni. ade 1 hari tu die tak minum accident smpi 2 bulan mc tau. so berhati2la ye
Quote nurfariezza 1-8-2013 03:35 PM
perang_candu posted on 1-8-2013 03:24 PM
sedut guna straw lalu hidung..

hahaha...xsmpat nk rasa high, da mati lemas...
Quote sitihawa 1-8-2013 03:37 PM
SiMontel posted on 1-8-2013 03:15 PM
sorry la soalan aku mmg agak bimbo laa....cemana dorang minum air ketum ni? ala ala letak air batu t ...

aku pun nak tanya soalan yg sama tapi nak tambah lagi, camana rasa air ketum ni?
mcm air nira/tuak ke atau camner?



Quote aqissa 1-8-2013 03:40 PM
mesti kes carik duit raya lebih neh... btw mmg di utara ramai yang jual n minum ayaq ketum neh...
Quote cikatilia 1-8-2013 03:41 PM
ngada... tau plak sedih nangis ingat raya
puih!!
Quote AdamBillionaire 1-8-2013 03:52 PM
SiMontel posted on 1-8-2013 03:15 PM
sorry la soalan aku mmg agak bimbo laa....cemana dorang minum air ketum ni? ala ala letak air batu t ...

campur dengan air hudrend plus lepas tu duduk berjoget atas kereta preve ramai2
Quote SiMontel 1-8-2013 04:53 PM
perang_candu posted on 1-8-2013 03:24 PM
sedut guna straw lalu hidung..

biar betul ko..sedut guna straw kat hidung? ker jawapan memain je ni..

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 07:38 PM GMT+8 , Processed in 0.070976 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top