CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Jehan Kembali Bujang?

31-7-2013 10:50 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 19531| Komen: 96

Description: Biarpun Sudah Mendirikan Rumah Tangga Beberapa Bulan Lalu, Namun Kehidupan Pelakon Dan Pengarah, Jehan Miskin Tidak Ubah Seperti Orang Bujang. Menurut Jehan, Sejak Hari Pertama Menyambut Ramadan, D . ...


BIARPUN sudah mendirikan rumah tangga beberapa bulan lalu, namun kehidupan pelakon dan pengarah, Jehan Miskin tidak ubah seperti orang bujang.

Menurut Jehan, sejak hari pertama menyambut Ramadan, dia terpaksa menguruskan segala kelengkapan hariannya sendiri memandangkan isterinya, Julie Camelia Rhee tinggal berjauhan dengannya.

"Setakat ini semuanya berjalan seperti biasa cuma saya agak sedih dan sunyi kerana isteri tidak ada bersama saya buat masa ini. Dia sekarang ada di Jepun kerana ada kerja yang perlu diselesaikan.

"Jadi terpaksalah saya berpuasa sendiri, buka sendiri, macam orang bujang," katanya sambil tertawa.

Tambah Jehan, kesibukan bekerja sepanjang Ramadan ini sedikit sebanyak mengurangkan kesunyiannya dalam menjalani rutin hariannya secara berseorangan.

"Saya baru selesai menjalani penggambaran program travelogue di Sabah. Sejak 1 Ramadan, memang saya berpuasa di Sabah dan berbuka dengan kru-kru produksi.

"Mujur juga ada kerja, sekurang-kurangnya tidaklah saya berseorangan. Mungkin dalam masa beberapa hari isteri saya akan pulang dan saya memang tidak sabar mahu berpuasa bersamanya," jelas Jehan.

Dalam perkembangan lain, drama bersiri pertama arahan Jehan, What If, kini sedang rancak ditayangkan pada setiap Rabu, jam 9.30 malam di saluran 8TV.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nw111 31-7-2013 10:41 AM
Ingat nak ucap takziah dah tadi...bikin saspen je..
Quote therauna 31-7-2013 10:45 AM
hahaha sian jehan selamat berpuasa yeaaa
Quote dellema 31-7-2013 10:47 AM
sabar je jehan, raya nnti leh jumpa
Quote ankgajah7578 31-7-2013 10:48 AM
Statement takleh blah..........
Quote beldandy 31-7-2013 10:53 AM
tajuk misleading betol!
Quote aderaderker 31-7-2013 10:54 AM
Tajuk mesti nak gempak ek...
Quote WawaRaRa 31-7-2013 10:55 AM
terkejut iolllsss lantas terbukak tread ni... ble baca... ohhhh x benda pon... igt apa hal la td... hishhh
Quote fatehana 31-7-2013 10:57 AM
TT saja wat tajuk gitu supaya poremer masuk sini dan baca kisah jehan
Quote biggirlduncry 31-7-2013 11:00 AM
sajer jer tau nak suruh orang berduyun masuk benang...ingatkan dah cerai
Quote nurfariezza 31-7-2013 11:02 AM
igt kn da b'cerai td...tajuk xhengat...
Quote NaylaArisha 31-7-2013 11:02 AM
cehh.... ingat ada citer gempak tadi
Quote pakwetizzaqyah 31-7-2013 11:04 AM
tidak sabar mahu bersama isteri... hahahahahahaha alahai jehan miskon
Quote cheeman 31-7-2013 11:05 AM
Tajuk mmg saspen tapi isi hampeh sampah sarap btol
Quote z_k 31-7-2013 11:06 AM
amboi tajukkkkkkkkkk
Quote aikee04 31-7-2013 11:08 AM
Tajukkkkk....
Quote chupachups 31-7-2013 11:09 AM
bikin suspens je!!
Quote hanezana 31-7-2013 11:12 AM
dh agak dh...
Quote hussycancer 31-7-2013 11:15 AM
haha..hadoi tajukkkk
Quote DeHanna 31-7-2013 11:19 AM
Tajuk 2 x boleh tahan...

Lihat semua komen(96)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 05:54 PM GMT+8 , Processed in 0.119788 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top