CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Misteri Terungkai, Kenapa Sudu McFlurry Seperti Straw

21-7-2016 05:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 15217| Komen: 42

Description: Pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa sudu pada aiskrim McFlurry di McDonalds berbentuk seperti straw?
oleh Adib Za

Aduh, ini topik pun ada ke? Memang nampak macam lawak dan tak penting, namun rasanya pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa sudu pada aiskrim McFlurry di McDonalds berbentuk seperti straw?


Ya, sekali pandang memang nampak macam straw sebab ada lubang di tengahnya. Apatah lagi bentuknya agak berbeza daripada sudu biasa, dengan bentuk empat segi pada bahagian pemegangnya, apakah fungsinya?

Sudah hampir 20 tahun aiskrim McFlurry diperkenalkan, namun sehingga kini masih ramai yang tak tahu fungsi sudu tersebut. 

Seorang bekas pekerja di restoran makanan segera itu, menerusi Tumblr berkongsi informasi dan rahsia mengapa sudu McFlurry sedemikian rupa.



Sumber foto: diply.com



1. Bentuk empat segi pada pemegang sudu ini memudahkan anda memegang dan mencedok aiskrim.

2. Bahagian berlubang seperti straw bertujuan menjimatkan penggunaan plastik dan bertindak lebih efisien dengan suhu sejuk aiskrim.

3. Reka bentuk sudu tersebut sengaja dibuat agar mudah dipasang pada mesin aiskrim. "Kami mengisi aiskrim dalam bekas, tabur Orea ke atasnya dan menyambungkan sudu pada mesin aiskrim yang berfungsi untuk mengadunnya!," jelas bekas pekerja McDonalds itu. 

Nah, sekarang dah terungkai kan mengapa sudu McFlurry berbentuk seperti straw! - CARI 
25

Bagus
19

Marah
17

Terkejut
21

Sedih
24

Lawak
37

Bosan

Friends Rank (143 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rioster 21-7-2016 06:56 PM
Misteri lah sgt.
Quote rigorsamsa 21-7-2016 08:32 PM
tgk sudu pun dah tau direka utk perkara nomot 3 tu.
Quote MamaMima711 21-7-2016 08:54 PM
Aku dh lama dh tau fungsi sudu tu utk letak kt mesin dia. x de la misteri mana pun
Quote merrissa 21-7-2016 09:27 PM
misteri lagi kenapa artikel ni dipanggil misteri
Quote jetonkepoh 21-7-2016 11:26 PM
Mampu tergelak je
Quote BebeQ 22-7-2016 12:14 AM
ingat misteri nusantara sangat. rupanya fakta dan auta je pun.
Quote chichik 22-7-2016 09:06 AM
misteri yg tak misteri
Quote -electrifying- 22-7-2016 10:04 AM
xamek peduli pon
Quote AisyDani13 22-7-2016 10:19 AM

Yang penting SEDAP
Quote -electrifying- 22-7-2016 10:30 AM

Taw xpe huhu
Quote whadda 22-7-2016 10:37 AM
tau lame dah tuk mesin mengadun... time beli pon slalu boleh nmpak pekerja tu cucuk sudu tu kat mesin
Quote dyana612 22-7-2016 10:52 AM
TT ni kelakar la..
Quote ALWAYSREDA 22-7-2016 10:55 AM
Selalunya yg mesterinya ......kalau order cerewet sangat dan pulang balik pada kichen crew untuk betulkan balik order tu.
Quote tompie 22-7-2016 11:09 AM
Adoii... terungkai dah misteri  adehhh

Tapi lagi misteri yang aku dengar sudu ni aelah hasil rekaan rakyat tempatan..
That was the urban legend lah.. taktau betul ke tak..
Tapi yang mmg aku tau dia design mcm tu sebab nak connect dengan mesin pengacau tu
Quote Loloq89 22-7-2016 11:26 AM
xmisteri mana..

lg 1 tumblr byk benda xsenonoh je
Quote AJMatt 22-7-2016 11:43 AM
aku baru tau..kikiki
Quote ms.mango 22-7-2016 01:19 PM
x misteri pun.. xpe yg penting sodap
Quote HazeLJoseph 22-7-2016 04:01 PM
20 tahun lepas pun dah tau kan bla nampak mereka sediakan
Quote eizarz 22-7-2016 04:05 PM
aku tgk skang dah tak bagi sudu yg mcm tu..dia bagi sudu plastik biase je

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:21 PM GMT+8 , Processed in 0.063092 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top