CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Fear Factor bersama artis!

25-7-2013 10:00 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2947| Komen: 9

Description: Berikutan kejayaan dan penerimaan positif program realiti, Fear Factor Selebriti Malaysia, yang ternyata berjaya mencetuskan fenomena baru dalam industri seni hiburan tanah air, pihak Astro Ria meneru ...



ASTRO Ria buka peluang orang ramai untuk berganding bahu dengan 16 selebriti tempatan dalam program

Berikutan kejayaan dan penerimaan positif program realiti, Fear Factor Selebriti Malaysia, yang ternyata berjaya mencetuskan fenomena baru dalam industri seni hiburan tanah air, pihak Astro Ria meneruskan usaha dan komitmen dalam membekalkan kandungan program hiburan yang berkualiti dengan membawakan sebuah lagi program hebat di bawah payung penjenamaan yang sama iaitu, Fear Factor Malaysia, yang akan memulakan saringan pertama sesi uji bakat secara online bermula pada 22 Julai hingga 18 Ogos 2013.

Fear Factor Malaysia ialah sebuah program realiti yang diadaptasi daripada format program popular antarabangsa yang bakal menguji ketahanan mental dan fizikal para peserta. Format antarabangsa ini telah diubahsuai dan diberi nafas baru mengikut kesesuaian budaya dan kehidupan masyarakat di Malaysia.

Buat julung kalinya untuk musim ini, kesemua peserta yang terpilih akan bergandingan dengan 16 selebriti tanah air yang mana setiap kumpulan pasangan bakal berdepan dengan pelbagai ujian yang pastinya menguji tahap ketahanan serta keberanian masing-masing. Bukan itu sahaja, mereka juga harus bersedia untuk melakukan pelbagai aksi-aksi lasak dan mencabar untuk memastikan mereka terus kekal dalam program ini.

16 selebriti yang bakal beraksi dalam Fear Factor Malaysia adalah Yana Shamsudin, Shuib Sepah, Dira Abu Zahar, Izzue Islam, Erin Malek, Norman Hakim, Thanuja, Zain Saidin, Sari Yanti, Azura Zainal, Bambang Soteto, Nas T, Ungku Ismail, Shah Iskandar, Syed Ali, dan Rizal Jaafar.

Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad, berkata, Astro Ria tidak pernah jemu untuk terus memperkukuhkan strategi dan formula yang ada bagi menawan hati pelanggan menerusi penawaran program-program hebat daripada genre yang berbeza.

“Melihat kepada kejayaan dan sambutan menggalakkan ke atas program Fear Factor Selebriti Malaysia yang telah pun disiarkan tidak lama dahulu, kami bawakan pula sebuah lagi program baru di bawah payung penjenamaan yang sama iaitu Fear Factor Malaysia untuk memenuhi permintaan penonton.

"Melihat kepada kekuatan dan tarikan yang ditawarkan, kami yakin Fear Factor Malaysia mampu memikat hati sekali gus mencipta fenomena tersendiri dalam industri seni tanah air," katanya.
Seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin membangun, sesi uji bakat akan dilakukan secara online, di mana orang ramai boleh menghantarkan video penyertaan ke laman sesawang rasmi untuk penilaian.

"Berdasarkan video yang dihantar, kami akan menyenaraikan pendek calon peserta yang layak untuk memasuki peringkat saringan yang seterusnya,” ujar Raqim.

Penyertaan adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia ataupun mereka yang mempunyai status penduduk tetap yang berumur 18 tahun ke atas dan boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dengan fasih. Selain harus mempunyai perwatakan yang menarik, calon peserta juga mestilah berada dalam keadaan kesihatan fizikal dan mental yang baik.

Bermula pada 22 Julai hingga 18 Ogos 2013, calon dikehendaki menghantarkan rakaman video penyertaan yang tidak melebihi tempoh masa dua minit atau melebihi saiz 30MB ke laman sesawang rasmi di www.fearfactor.com.my. Juga untuk sebarang maklumat lanjut.



KAWAN KAWAN SILA DOA KAN SAYA DPT JOIN!!!!!

1

Bagus

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote khailya 24-7-2013 11:42 AM
wahhh..hehe
nak bergandingan ngn artis mane tu..
Quote Noraslinda 24-7-2013 11:44 AM
wah bestnya..artis2 pun menarik hehe
Quote berun 24-7-2013 12:56 PM
khailya posted on 24-7-2013 11:42 AM
wahhh..hehe
nak bergandingan ngn artis mane tu..

erin malik!! zain saidin!! dan shuib sepah! nak apply ni! harap dapt!!!!
Quote khailya 24-7-2013 12:59 PM
amboiii semangat..! hehheh apply2.. hope dapat la masuk........
Quote berun 24-7-2013 01:24 PM
khailya posted on 24-7-2013 12:59 PM
amboiii semangat..! hehheh apply2.. hope dapat la masuk........

boleh bantu saya isi borang sbb soalan2 yang buntu kan saya.. bg cadangan jawapan... please


Quote khailya 24-7-2013 02:10 PM
post la soklan kt sini.. kengkawna lain boleh tlg jugak..
Quote berun 5-8-2013 11:05 AM
khailya posted on 24-7-2013 02:10 PM
post la soklan kt sini.. kengkawna lain boleh tlg jugak..

kna masuk web... hmm xdpt join sbb kerja la ;(
Quote sesasaku 15-8-2013 02:06 PM
saya dh lepas saringan ke 2
Quote shuffeak 19-8-2013 01:12 PM
sesasaku posted on 15-8-2013 02:06 PM
saya dh lepas saringan ke 2

Saringan tu ape kene buat?

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 11:11 AM GMT+8 , Processed in 0.058136 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top