CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kecoh angkara cuai

25-7-2013 09:51 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3063| Komen: 10

Description: Georgetown: Kecuaian petugas sebuah syarikat keselamatan yang terlupa mengunci penutup sebuah mesin deposit tunai mencetuskan keadaan huru-hara apabila ia disangka menjadi sasaran kumpulan penjenayah ...
Georgetown: Kecuaian petugas sebuah syarikat keselamatan yang terlupa mengunci penutup sebuah mesin deposit tunai mencetuskan keadaan huru-hara apabila ia disangka menjadi sasaran kumpulan penjenayah yang cuba melarikan wang dalam mesin terbabit di sebuah bank di Jalan Datuk Keramat, di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 10.30 malam itu, anggota polis yang kebetulan membuat pemeriksaan di kawasan bank ternampak penutup mesin terbabit dalam keadaan terbuka.

Bimbang kemungkinan ia kerja penjenayah yang cuba melarikan wang, satu laporan awal dibuat dan sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian untuk menyiasat kes terbabit.

Selain itu, kawasan bank terbabit yang lokasinya berhampiran jalan utama turut menjadi tumpuan pengguna jalan raya yang memberhentikan kenderaan masing-masing untuk melihat dan mengetahui kejadian berkenaan.


NASIR (kanan) menyiasat kejadian mesin deposit tunai lupa dikunci di Jalan Datuk Keramat, kelmarin.

Mereka sanggup menunggu sehingga hampir tiga jam ketika polis melakukan siasatan di bank terbabit, namun masing-masing lega apabila mendapat tahu kejadian itu bukan satu rompakan atau jenayah, tetapi disebabkan kecuaian petugas syarikat kawalan keselamatan.





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SulurBidar 25-7-2013 08:03 AM
Masyarakat Malaysia semakin ramai yg cuai..

Ini sangat membimbangkan..

Aku harap, jgn Ajib Rajak cuai sampai terlupa negara sendiri
Quote kakiputaralam 25-7-2013 08:22 AM
Nasir Bilal Khan?
Quote ad_hoc79 25-7-2013 08:25 AM
apa yang dipikirnyer sampai lupa tutup.
tapi, bukan ke kalo bukak mesin ni, sorang bukak....sorang perati.... maksudnyer, bukan keje sorg2. haishhh dua2 pon terlupa nk kunci balik ke???
Quote kasibiman 25-7-2013 08:31 AM
pulau ppl
Quote Santeira 25-7-2013 08:32 AM
Dah tuhan tentukan dia lupa--kata ummah agama melayu.
Quote leylapple 25-7-2013 08:35 AM
abis la team tu...kene pecat semua...
Quote mieraAdriana 25-7-2013 08:37 AM
abesla ... kene buang keje la ...
encik encik yg lupe tu ... tau x klau prompak dpat amek duit tu, setaun gaji ooo nk kene bayo ...
tu blum kire denda sbb cuai lag ...
Quote manehnya 25-7-2013 09:04 AM
lerrr benda tu pun cuai leh lupa

posa kot
Quote kekure 25-7-2013 09:10 AM
Bukan da ada ke berita ni?
Quote kakikuDibibirmu 25-7-2013 09:12 AM
Nasir Bilal Khan: abang dah bagi anak kita panadol dah, tadi dia demam

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 10:20 PM GMT+8 , Processed in 0.094796 second(s), 54 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top