Georgetown: Kecuaian petugas sebuah syarikat keselamatan yang terlupa mengunci penutup sebuah mesin deposit tunai mencetuskan keadaan huru-hara apabila ia disangka menjadi sasaran kumpulan penjenayah yang cuba melarikan wang dalam mesin terbabit di sebuah bank di Jalan Datuk Keramat, di sini malam kelmarin. Dalam kejadian pada jam 10.30 malam itu, anggota polis yang kebetulan membuat pemeriksaan di kawasan bank ternampak penutup mesin terbabit dalam keadaan terbuka.
Bimbang kemungkinan ia kerja penjenayah yang cuba melarikan wang, satu laporan awal dibuat dan sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian untuk menyiasat kes terbabit.
Selain itu, kawasan bank terbabit yang lokasinya berhampiran jalan utama turut menjadi tumpuan pengguna jalan raya yang memberhentikan kenderaan masing-masing untuk melihat dan mengetahui kejadian berkenaan.
NASIR (kanan) menyiasat kejadian mesin deposit tunai lupa dikunci di Jalan Datuk Keramat, kelmarin.
Mereka sanggup menunggu sehingga hampir tiga jam ketika polis melakukan siasatan di bank terbabit, namun masing-masing lega apabila mendapat tahu kejadian itu bukan satu rompakan atau jenayah, tetapi disebabkan kecuaian petugas syarikat kawalan keselamatan.
|