CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Astro bakal sajikan 119 program raya

23-7-2013 02:26 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7724| Komen: 79

Description: Menjelang Aidilfitri, Astro menyajikan 119 program menarik termasuk 37 rancangan baru di 10 saluran Melayu Astro yang terpilih. Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh ber ...
Menjelang Aidilfitri, Astro menyajikan 119 program menarik termasuk 37 rancangan baru di 10 saluran Melayu Astro yang terpilih. Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, perancangan rapi dibuat bagi menyediakan program terbaik mengikut selera penonton.

"Selain itu, kami juga sajikan lapan telemovie baru seperti Hantu Telur, Janin Emas dan Opah Raya Style. Kami mahu menggunakan peluang ini untuk memenuhi program raya dengan produk terbaru dan belum pernah ditayang sebelum ini," katanya.

Menurut Khairul, dia berharap program-program yang akan disiarkan nanti dapat diterima dan memenuhi selera penonton sepanjang Ramadan dan Syawal. Bertepatan dengan tema kempen tahun ini iaitu Eratkan Jalinan - Satu Ikatan, Ribuan Kemungkinan, Astro menawarkan  pelbagai himpunan program daripada pelbagai genre berbeza seperti telefilem, komedi, muzikal, konsert, majalah, hiburan, kerohanian, drama, animasi, koleksi filem tempatan dan antarabangsa termasuklah dalam bentuk HD.

Sepuluh saluran bakal menyiarkan program terbaik itu adalah Astro Ria (104), Astro Prima (105), Astro Oasis (106), Astro Citra (131), Astro Warna (132), Astro Ceria (611), Bintang (141) dan Pelangi (142).

Astro First Eksklusif

Bagi tahun ini juga, pelanggan-pelanggan Astro dapat berkongsi kisah tiga selebriti yang merupakan Artis Eksklusif Astro iaitu Johan, Nabil dan Hanis yang belum didedah kepada umum sebelum ini.

Selain itu, bersempena musim perayaan ini juga Astro turut melancarkan Astro First Eksklusif iaitu produk filem premium yang dihasilkan khas setanding dengan karya ditayang di pawagam.

“Kami percaya Astro First Eksklusif bakal diterima baik terutamanya oleh penonton yang mementingkan kualiti dan sentiasa menantikan persembahan karya lain daripada lain.

"Selain itu, penonton juga berpeluang menyelami dan mengetahui kisah pengalaman sebenar tiga selebriti tersebut mengenai memori sambutan hari raya dalam hidup mereka.

"Menariknya, kisah ini belum pernah dikongsi kepada umum dan ia akan disiarkan menerusi iklan komersial televisyen Astro sempena Raya," katanya.

Ujar Khairul, sejak Astro First dilancarkan pada 2011, saluran tersebut memberikan satu pengalaman yang berbeza dengan membawakan filem pawagam terbaru terus ke televisyen pelanggan.

Dengan kehadiran Astro First Eksklusif, beliau berkata, mereka terus melangkah ke hadapan dengan menerbitkan produk filem premium yang bermutu tinggi setanding dengan filem-filem di pawagam.

"Kami percaya saluran baru ini akan diterima baik terutamanya penonton yang mementingkan kualiti dan sentiasa menantikan karya yang berbeza di kaca TV mereka," katanya.

Pelbagai saluran pilihan

Tambahnya, penonton akan dihidangkan dengan pelbagai program menarik menerusi 10 saluran itu sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

"Bagi meneruskan tradisi Astro dalam menyediakan hiburan yang berterusan meliputi setiap kelompok sasaran penonton yang mempunyai pelbagai lapisan masyarakat. Pihak kami merancang dengan rapi untuk meneruskan kesinambungan kemeriahan melalui pelbagai program hebat sepanjang Ramadan ini sempena sambutan Syawal kelak," jelas Khairul.

Menurutnya, sesuai dengan tahun ini, Astro telah melakukan penambah baikkan bagi memberi kepuasan kepada mereka yang membayar untuk menonton di saluran kami.

Antara program menarik bakal menemui penonton seperti Malam Raya (Astro Ria), Meletop Raya (Astro Ria), Primadona Khas Raya (Astro Prima), Tanah Kubur Istimewa Raya (Astro Oasis), Rabak Raya (Astro Warna), Lawak Ker Der 2 (Astro Warna) dan pelbagai lagi.

"Kami janjikan kelainan kali ini supaya penonton akan terus melekat di hadapan televisyen sepanjang hari. Seperti tahun lalu, penonton juga boleh tonton program kesukaan mereka menerusi perkhidmatan inovatif Astro On-The-Go ," kata Khairul.

Sementara itu, bagi aktiviti promosi jelajah atau on-ground, Astro  memulakan jelajah Eratkan Jalinan dan Marhaban NJOI di beberapa bazar Ramadan melibatkan bekas peserta Imam Muda, Akademi Fantasia serta Artis Ekslusif Astro.

Selebriti turun padang bagi sesi beramah mesra dengan masyarakat di lokasi terpilih.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stryder_cats 23-7-2013 03:13 PM
cite best tak??? atau byk yg membosankan
Quote dino 23-7-2013 03:15 PM
time raya tak tgk tv pun
Quote izamahmed 23-7-2013 03:21 PM
movie lah baru best
Quote redz85 23-7-2013 03:22 PM
dino posted on 23-7-2013 03:15 PM
time raya tak tgk tv pun

sama ah... bila sedara dah balik aku panjat katil tidur.. bila sedara mara datang.. bangun balik.. tv langsung tak on
Quote dino 23-7-2013 03:23 PM
redz85 posted on 23-7-2013 03:22 PM
sama ah... bila sedara dah balik aku panjat katil tidur.. bila sedara mara datang.. bangun balik.. ...

byk menda lg leh buat kan.... time2 ni je la berkumpul pun... lg nak hbiskan masa tgk tv...
Quote Bell 23-7-2013 03:25 PM
Sarkis ada tak?
Quote dino 23-7-2013 03:25 PM
Bell posted on 23-7-2013 03:25 PM
Sarkis ada tak?

itu zaman bdk2 dulu... tak sah klau takde sarkis
Quote Bell 23-7-2013 03:27 PM
Zaman dulu org terperuk dpn tv time raya sebab hari raya antara hari yg ada siaran tv start waktu pagi. Hari lain tv start petang. Skrg tv dah terlalu byk dan 24 hours. Takde saper lagi kebulur nak tgk tv sebab hari-hari boleh tgk bila-bila masa. Furthermore social networking lebih best dari tgk tv....
Quote Bell 23-7-2013 03:29 PM
dino posted on 23-7-2013 03:25 PM
itu zaman bdk2 dulu... tak sah klau takde sarkis

Masa tu sarkis amat exclusive - time raya wajib ada....muahahhaha
Quote redz85 23-7-2013 03:30 PM
Bell posted on 23-7-2013 03:25 PM
Sarkis ada tak?

ya lah baru ingat.. wajib ada sarkis.. dgn rancangan kanak kanak rasa sayang.. host pakcik yang pendek tu..(tak ingat nama dia) sangat boring rancangan tu
Quote dino 23-7-2013 03:32 PM
Bell posted on 23-7-2013 03:29 PM
Masa tu sarkis amat exclusive - time raya wajib ada....muahahhaha

dulu ade rtm je conquer.... zaman tu mana ade hiburan lain
Quote TanSriJess 23-7-2013 03:33 PM
Quote dino 23-7-2013 03:34 PM
TanSriJess posted on 23-7-2013 03:33 PM

siap piring astro wat mengoreng...
Quote TanSriJess 23-7-2013 03:35 PM
dino posted on 23-7-2013 03:34 PM
siap piring astro wat mengoreng...

kuali ajaib...

menggoreng boleh...wat tgk tv pun boleyy
Quote dino 23-7-2013 03:36 PM
TanSriJess posted on 23-7-2013 03:35 PM
kuali ajaib...

menggoreng boleh...wat tgk tv pun boleyy

kleatif... kleatif
Quote dino 23-7-2013 03:36 PM
lambat plak kul 5... nak balik nak baring2 plak
Quote TanSriJess 23-7-2013 03:37 PM
dino posted on 23-7-2013 03:36 PM
kleatif... kleatif

zaman skolah duk hostel dulu aku pernah goreng telur pakai starika
Quote dino 23-7-2013 03:39 PM
TanSriJess posted on 23-7-2013 03:37 PM
zaman skolah duk hostel dulu aku pernah goreng telur pakai starika

masak air pun pakai sterika la yea
Quote easternlane 23-7-2013 03:51 PM
pasal astro upgade system business skyBox berkubur..hidup dizaman kegelapan

Lihat semua komen(79)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 09:58 PM GMT+8 , Processed in 0.145578 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top