CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fatin, Peserta Dari Kelantan Muncul Juara Clever Girl Malaysia (CGM)

23-5-2016 10:00 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 14615| Komen: 53

Description: Program berkonsepkan kuiz, Clever Girl Malaysia (CGM) musim pertama terbitan..

Oleh : Dean BZ


Program berkonsepkan kuiz, Clever Girl Malaysia (CGM) musim pertama terbitan tv3 telah pun melabuhkan tirai malam tadi. Fatin Nuraisya Mohd Hanipha atau Fatin yang merupakan peserta dari Kelantan,  muncul juara edisi pertama malam tadi. 



Fatin membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi manakala tempat kedua dimenangi oleh pencabarnya, Arina Mohd Fairin Lum dari Selangor yang membawa pulang wang sebanyak RM10,000 beserta trofi. Hadiah disampaikan pengacara CGM Alif Satar. 


Program yang disiarkan sejak 13 Mac lalu selama 10 minggu diwakili 14 peserta kesemuanya yang mewakili setiap negeri di negara ini dan setiap minggu menyaksikan episod penyingkiran bagi peserta yang mendapat markah terendah. 

Malah rancangan itu juga tidak menggunakan sistem undian baik khidmat pesanan ringkas (SMS) mahupun juri profesional, sebaliknya setiap peserta CGM dinilai berdasarkan prestasi dan kebolehan mereka untuk menjawab soalan kuiz berdasarkan kepintaran dan pengetahuan semasa pada hari pertandingan setiap minggu.

Terdahulu, program ini banyak menerima kritikan dan pertikaian dari penonton kerana mendakwa peserta-peserta kurang bijak dalam menjawab soalan yang diberikan. Bagaimanapun, penerbit program itu menerima dengan hati terbuka dan mendakwa peserta-peserta masih gugup dan hilang fokus untuk menjawab soalan mudah. - CARI Infonet.



Anda juga boleh membaca "cerita2" sepanjang program berlangsung disini - Clever Girl Malaysia. Clever ke??? 



Sumber - bharian
28

Bagus
24

Marah
28

Terkejut
18

Sedih
24

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (146 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote iwan007 23-5-2016 10:30 AM
fatin ni bukan ke dah keluar ke hari tu? tp diserap masuk balik eh? sorry iols tgk gitu2 jer..
Quote minahsleepy 23-5-2016 10:30 AM
untong laa tembak mengena

Quote tagas 23-5-2016 10:58 AM

ade hints dr audiences jgk kot

a. garu mata
b. korek lobang idong
c. koreng telinga
d. garu dagu


Quote chinta89 23-5-2016 10:59 AM
iols bajet Mary Pahang juara sb dia nampak kompidem gtuh.. tp lbh suka Arina cuma xde rezeki je.

si Fatin ni tgk dlm siaran lansung pg td jam 7 kat TV.. Lahai.. sepatah tanya sepatah jawab. cover2 maluuu gtuh.. myb fisrt time kan depan kamera so dia jd gugup.
Quote chinta89 23-5-2016 10:59 AM
iwan007 replied at 23-5-2016 10:30 AM
fatin ni bukan ke dah keluar ke hari tu? tp diserap masuk balik eh? sorry iols tgk gitu2 jer..

dserap masuk sbg pilihan malaysia gtuh.. rasanya selain fatin ade sorg lagi yg boleh serap masuk balik. lupa dh sape.
Quote minahsleepy 23-5-2016 11:12 AM
tagas replied at 23-5-2016 10:58 AM
ade hints dr audiences jgk kot

a. garu mata


Quote silampumeja 23-5-2016 11:22 AM
Tgk xhabis pon smalam
Quote iwan007 23-5-2016 11:22 AM
chinta89 replied at 23-5-2016 10:59 AM
dserap masuk sbg pilihan malaysia gtuh.. rasanya selain fatin ade sorg lagi yg boleh serap masuk b ...

untung la diserap masuk terus jd juara gituuu.. dpt 100k. tuah badan
Quote offwhite 23-5-2016 11:48 AM
mula2 bodoh..pas tu jd clever..  untung la dpt 100 ribu..naib jora dpt 10 ribu mcm langit dgn bumi..
Quote kumen2 23-5-2016 11:51 AM
maaf x minat racangan ni
Quote alieyrina 23-5-2016 11:58 AM
Aku kdg2 tengok sbb tertengok..xdak rncgn lain dah...

yg xpaham bukan org sabah ka apa pandai gila..markah mula2 dia byk sapu..bila yg last2 episode mcm yg x clever pulak semua nya..tu yg i kenot brain ... apa motip ?
Quote ainie_1008 23-5-2016 12:01 PM
clever girl = lucky girl
Quote CrowneGlory 23-5-2016 01:47 PM
cantiknya dia ...patutla sana sini minat dia..
Quote dubuk 23-5-2016 01:48 PM
ما شاء الله‎
cantiknya Fatin

Quote lemon210 23-5-2016 02:14 PM
terlepas tgk smlm
Quote fazamania 23-5-2016 02:19 PM
Soalan pon mcm puaka susahnya. teringat yg rancangan dekat US.. pasal.oeg dewasa yg bersaing dgn budak skolah. Kalau buat gitu kan helok.

Ni dah lah namanya clever girl, peserta lak.cantik.mcm.model. apa yg buruk rupa mcm.aku ni x cerdik.keew
Quote Orange_7491 23-5-2016 02:21 PM
dia play safe kan? Org lain byk kali try jawab sampai markah byk kena potong. Dia stay jer diam2 markah x kena potong pun. Last2 juara eh??
Quote melisakokcap 23-5-2016 02:24 PM
cantiknya mek mek kelate ...aummm

jutawan uber ?
Quote Nham22 23-5-2016 02:35 PM
Orange_7491 replied at 23-5-2016 02:21 PM
dia play safe kan? Org lain byk kali try jawab sampai markah byk kena potong. Dia stay jer diam2 mar ...

Katenye konsep strategy gituhhh.... nak adil salah jawab xyahlah potong markah...xadil langsung yg byk mencuba salah kene potong markah...yg ddk diam2...juara...

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.178098 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top