CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

'Dianggap Musuh Oleh Mertua' - Bagaimana Pengakhirannya?

18-5-2016 04:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 3967| Komen: 4

Description: Pengalaman ditengking, dimarah dan disindir bukan lagi sesuatu yang asing
oleh Adib Za

Alam perkahwinan bukan sahaja menjalin hubungan bahagia dengan pasangan, sebaliknya ada pepatah yang mengatakan berkahwinlah dengan keluarganya.

Namun, nasib tak menyebelahi, wanita ini dianggap musuh oleh mertuanya. Pengalaman ditengking, dimarah dan disindir bukan lagi sesuatu yang asing. 

Itulah antara yang diluahkan oleh netizen ini melalui Facebook Kisah Rumah Tangga. Bagaimana akhirnya hubungan dia dengan mertuanya? Mari sama-sama kita baca dan hayati ketabahan wanita ini. 



Erti kebahagiaan sebenar berlainan bg setiap individu.
Alhamdulillah,kini saya mampu senyum seikhlas hati.
Saya mampu ketawa sejujur nurani.

Saya mampu berkata tanpa berselindung di sebalik bayang bayang.


Memaafkan memang mudah bg seorang wanita tetapi melupakan amat payah. Mungkin persoalannya kerana tidak ikhlas memaafkan..tidak saya katakan dari pengalaman..saya ikhlas memaafkan tetapi saya sentiasa berhati hati dengan mereka yg pernah menyakiti hati saya.

Al kisah hubungan dengan mak mertua.
Suami pernah menjalin hubungan dengan seseorang yang jauh lebih rapat dgn keluarga mertua. Kebetulan sekampung. Kononnya dialah menantu pilihan. Tetapi jodoh Allah yang tentukan.Pada awal perkahwinan saya sentiasa dibandingkan dgn wanita berkenaan dalam pelbagai aspek...sampai mertua sanggup kata,,HIDUPKAH ANAK AKU DIBERI KAU MAKAN,mungkin dari aspek pandai memasak...

Saya menangis sampai kembang mata,saya merintih tanpa suami tahu.Tetapi SABAR itu tetap menemani.
Mertua pernah tuduh saya ambil RM200 daripada RM10,000 wang dikeluar dari bank kebetulan hari gaji. Saya diberi kepercayaan oleh bapa mertua bawa duit itu semasa membeli belah...


Gambar hiasan. 



Saya menangis menafikan dan Allah nak tunjuk adik ipar saksi mertua sendiri yang minta RM200 semasa membeli belah. Suami waktu tu masih di tempat meletak kereta dan tidak tahu hal ini...SABAR itu tetap menemani.

Adik ipar saya berkahwin,isteri dia disambut bagai puteri,dengan suapan mertua dan segala pujian buat dia...saya memang terasa kerana tidak pernah merasai itu semua, SABAR itu tetap menemani.

Belum kisah saya berpantang anak sulung. Hanya Allah yang tahu..kena marah,kena tengking..maklumlah kami menumpang.

Alhamdulillah,rezeki Allah luas,sebelum anak kedua lahir,kami bina rumah tetapi belum duduki. Saya berpantang rumah mertua.saya belajar dr masa silam, saya buat semua biar terpaksa tanggung kesakitan...

Rezeki pun bertambah kerana saya bekerja tetap. Saya hantar anak kedua kepada adik mertua untuk asuh..suami menggangur tetapi ada sedikit simpanan. Lahir anak bongsu kami dah mendiami rumah. Saya memang puas belajar. Saya pantang seorang seorang sebab suami bekerja negeri lain. Anak lain dah bersekolah.

Alhamdulillah, SABAR itu BAHAGIA..Kini doa saya makbul.segala dah nyata...Allah menyayangi hamba yang SABAR. Kini hubungan dengan mertua amat rapat, sayalah sahabat,sayalah menantu kesayangan (perasan sedikit ye).Dia jugalah peneman saat sy jauh dr keluarga kandung.

Setiap dugaan kita ada hikmah. Allah Maha Adil.
Roda itu bulat. Pepatahnya.

Yakinilah setiap doa doa kita dan salah satu kunci kebahagiaan adalah SABAR.carilah bersama pasangan masing masing kunci kebahagiaan anda..saya mendoakan sesiapa membacakan status ini moga dipermudahkan segala urusan anda. - CARI Infonet


Sumber: Facebook Kisah Rumah Tangga
20

Bagus
8

Marah
21

Terkejut
25

Sedih
22

Lawak
26

Bosan

Friends Rank (122 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninja boy 18-5-2016 08:57 PM
kepada mak2 mertua sila sedar diri, bermusuh2 dapat apa, nanti bila sakit xde org melawat takde tukang mandi tkang masak tukang urut tukang hulur duit, kerana mulut jahat dihujung usia nnt dilayan macam sampah gituh.
Quote mizlily 19-5-2016 09:30 AM
[quote][url=forum.php?mod=redirect&goto=findpost&pid=62404769&ptid=1002065]ninja boy replied at 18-5-201<script id=

byk nye mak mertua kat luo sana xbaca
Quote mizsrose 22-5-2016 10:10 AM
banyak dah kes dengar... nak buat macam mana.. sabar jee laa sepahit mana pon sebab manis dia ada penghujung.. setiap yang terjadi tu ada hikmah dia.. jangan terlalu ikutkan hati muda..
Quote Lemon_juice 18-7-2016 06:02 PM
Sabar je la.in syaa Allah akan ada bahagia di penghujungnya.x semua org bernasib baik mendapat mertua yg baik.dan xsemua mertua yg baik akan dpt menantu yg baik jugak.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 04:43 AM GMT+8 , Processed in 0.044261 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.