CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Bayi patah tulang paha didera pengasuh

19-7-2013 09:55 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7811| Komen: 32

Description: KUALA TERENGGANU - Seorang bayi lelaki berusia enam bulan patah tulang paha kanan selepas dipercayai menjadi mangsa dera pengasuhnya, dalam kejadian di Kampung Biji Surau, Teluk Menara, Manir, di sini ...
Bayi patah tulang paha didera pengasuh

KUALA TERENGGANU - Seorang bayi lelaki berusia enam bulan patah tulang paha kanan selepas dipercayai menjadi mangsa dera pengasuhnya, dalam kejadian di Kampung Biji Surau, Teluk Menara, Manir, di sini.

Menurut sumber, kejadian hanya disedari ibu mangsa berusia 37 tahun selepas mendapati kaki anak bongsu daripada lima beradik itu tidak bergerak semasa mahu menukar lampin mangsa, kira-kira jam 12 tengah malam, 8 Julai lalu.

“Sebelum itu, ibu mangsa yang bekerja sebagai guru baru selesai menyusukannya dan mahu menukar lampin.

“Bagaimanapun, ibu mangsa mendapati ada sesuatu yang tidak kena pada kaki anaknya itu apabila langsung tidak bergerak dan tidak memberi sebarang respons semasa cuba mengangkat kaki bayi berkenaan,” katanya, semalam.

Katanya lagi, bayi terbabit menangis tidak berhenti sebaik sahaja kakinya diangkat menyebabkan ibunya panik dan segera menghantarnya untuk mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HNSZ), dengan ditemani suami.

“Hasil pemeriksaan, doktor mengesahkan tulang paha kaki kanan mangsa patah disyaki didera,” katanya.

Susulan itu, doktor yang merawat mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu, kira-kira jam 6.10 petang, Isnin lalu selepas mengesyaki mangsa didera.

Sumber berkata, hasil siasatan awal, ibu bapa mangsa mendakwa menghantar anak mereka ke rumah pengasuh seperti biasa tetapi langsung tidak dimaklumkan apa-apa insiden berlaku ke atas bayi berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan siasatan masih dilakukan.


Bagus
1

Marah
9

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote meya 18-7-2013 07:27 PM
Bilalah government nak buat sesuatu dengan nursery-nursery, babysitters dan yang sewaktu dengannya yer?  Mentang-mentang yang jadi mangsa yang mati anak rakyat marhaen aje...buat-buat tak reti ker atau taknak heran pun?

Apalah nasib dengan budak-budak yang parents kena keluar cari duit ni?  Takde kepentingan langsung ker?
Quote Zep 18-7-2013 07:32 PM
Mesti indon. memang dasar indon lahanat. bajingan lohhh  
Quote pakwetizzaqyah 18-7-2013 07:37 PM
mcm2 hal tengganu ni..ni pengasuh dia ni spesis caprut ataupun separa caprut yang tk mo ngaku caprut penoh (as always)
Quote shernazz 18-7-2013 07:58 PM
umur 6 bulan tu der...
alahai...
tu pasal aku sanggup brenti keje..
Quote lil_sparky 18-7-2013 08:04 PM
kesiannya kt baby
Quote mak_wa95 18-7-2013 08:07 PM
bila manusia dah hilang sifat2 kemanusiaan.........i
Quote kadijot 18-7-2013 08:13 PM
bagi patah juga tulang paha pengasuh baby nih..bagi peangajaran skit...bodoww sangat
Quote izamahmed 18-7-2013 09:08 PM
pengasuh tu import dari mana ?
Quote solstice 18-7-2013 09:13 PM
pakwetizzaqyah posted on 18-7-2013 07:37 PM
mcm2 hal tengganu ni..ni pengasuh dia ni spesis caprut ataupun separa caprut yang tk mo ngaku caprut ...

MungKIN caprut yg cuba menyamar melayu tulen dgn mengguna pakai nama melayu seperti normala & sebagainya

Quote solstice 18-7-2013 09:14 PM
Terengganu darul dera
Calling CK
Quote pakwetizzaqyah 18-7-2013 09:17 PM
solstice posted on 18-7-2013 09:13 PM
MungKIN caprut yg cuba menyamar melayu tulen dgn mengguna pakai nama melayu seperti normala & seba ...

normala omar ke normala samsuddin




Quote pakwetizzaqyah 18-7-2013 09:19 PM
Zep posted on 18-7-2013 07:32 PM
Mesti indon. memang dasar indon lahanat. bajingan lohhh

mana ko tau indon..ntah2 siam atau campa kamboja yang dah jadi melayu asli jati.... terengganu kan negeri miskin sejak hadi awang pegang..mana mampu upah amah indonesia..

sumber: tv3, berita harian, terengganu kite tv3 nik suryani megat deraman
Quote munchkin 18-7-2013 11:09 PM
hukum je pengasuh tu. sebat je.
Quote dani-rox 19-7-2013 12:04 AM
ramai betol org sakit mental yg jd babysitter skang nih... ke bila jd babysitter, jatuh stress terus mental
Quote choilah! 19-7-2013 04:56 PM
ya allah..sian nye~
Quote icha1905 19-7-2013 06:14 PM
Siannye baby tu..mmg x takut dosa agak nye pengasuh tu
Quote icha1905 19-7-2013 06:17 PM
shernazz posted on 18-7-2013 07:58 PM
umur 6 bulan tu der...
alahai...
tu pasal aku sanggup brenti keje..

Aku slalu rasa nk benti keje. Bg aku tips sket cmne ko bole decide benti keje..nk carik kekuatan nk buat decision.
Quote syasyafina 19-7-2013 06:58 PM
icha1905 posted on 19-7-2013 06:17 PM
Aku slalu rasa nk benti keje. Bg aku tips sket cmne ko bole decide benti keje..nk carik kekuatan n ...

ko tgok je berita2 pasal pengasuh dera anak..  

tp utk org yg dh biasa pegang duit, kawal dulu kemahuan berbelanja bile nk benti keje ni..

hehe, ni ikut pengalaman aku la.. tp mak mertua aku sebokkk lahh suh ak keje, so skarang ni ak apply je keje, dengan berlengah2.. semak gile everytime tepon laki ak dok tanye, syasya tu bile nk keje?? what the fishhh...
Quote alyafea 19-7-2013 07:04 PM
icha1905 posted on 19-7-2013 06:17 PM
Aku slalu rasa nk benti keje. Bg aku tips sket cmne ko bole decide benti keje..nk carik kekuatan n ...

Sng je beli rmh sebijik pastu sewakn kat org .. Bln2 duit msk je x yah keja ... Make sure sewa lg mhl dr installment la ...

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 12:38 AM GMT+8 , Processed in 0.057327 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top