CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Kanak-kanak mati ditinggal dalam kereta

19-7-2013 09:14 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 152688| Komen: 2073

Description: SUBANG JAYA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati dipercayai lemas di dalam kereta ibunya selepas ditinggalkan selama lebih lima jam, di sebuah sekolah, di sini, semalam.
Kanak-kanak mati ditinggal dalam kereta

SUBANG JAYA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati dipercayai lemas di dalam kereta ibunya selepas ditinggalkan selama lebih lima jam, di sebuah sekolah, di sini, semalam.


Mangsa, Nawal Iris Shamsudin ditemui ibunya, Norzatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, dalam keadaan kebiruan kira-kira jam 5.30 petang sebelum dibawa ke klinik berhampiran dan disahkan meninggal dunia.

Sebelum kejadian itu, Norzatusy Hazwa menghantar adiknya di Lapangan Terbang Subang sebelum terpaksa bergegas ke sekolahnya untuk menghadiri mesyuarat.
Beliau yang tergesa-gesa dikatakan tidak menyedari anaknya tidur di bangku belakang kereta.

Apabila kembali ke keretanya, Norzatusy Hazwa terkejut mendapati anaknya terbaring di bangku belakang dalam keadaan kebiruan dan kaku.

Mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nicuya 19-7-2013 08:43 AM
5 jam tinggal gi mane??!!!!!! grrr.............
Quote chaintea 19-7-2013 08:45 AM
besar sgt kot ketanya smpai x perasan anaknya tertido di blkg..

isk..mungkin ke
Quote haryatie 19-7-2013 08:46 AM
Innalilllah..
kesiannya budak tu...
ishhh...si emak ni pun lupa tahap apa ni...
Quote mdmyana 19-7-2013 08:46 AM

Again..
Cikgu yang tergesa-gesa
sperti kes Johor Bahru dulu.

Al-Fatihah.
Bertabahlah ibunya
Quote lady_tsunade 19-7-2013 08:46 AM
Rasa nak menyumpahnyer kat mak dia...
Quote zasssssss 19-7-2013 08:46 AM
gila bodoh mak nya........kot ye pun tergesa2 nak meeting takan ler tak ingat langsung kat anak dlm kete tu......meeting apa sampai 5 jam...???
Quote stryder_cats 19-7-2013 08:46 AM
lagi dan lagi dan lagi... mak bapak ni tolong la peka... dah banyak kali terjadi kes ni.. takkan boleh terlupa plak ada bwk anak sekali... tu la dalam otak ingat ke lain..
Quote izamahmed 19-7-2013 08:48 AM
bodohlah ibu dia
Quote gaara_X 19-7-2013 08:49 AM
tak amik action ke ngan kejadian sebelum nie dah berlaku......adush!!!
Quote hani2103 19-7-2013 08:52 AM
dalam masa meeting( 5 jam) langsung tak terfikir ke yg tadi ada bawa anak.....workholic betul...kepala fikir pasa kerja jer.....menyesal seumur hidup la pompuan ni.....
Quote ocho 19-7-2013 08:53 AM
baru pun 32 tahun , dah ada short term memory failure ?
Quote enchantedlurve 19-7-2013 08:53 AM
macam mane boleh lupa.. ya allah kesian nye..
tersiksa budak tu meninggal pelan2..
Quote fida75 19-7-2013 08:55 AM
innalillah...

aku lepas kunci kete, mesti aku tawaf 1 round.. tgk keliling kete.. dh puas hati xde apa2 baru aku gerak; amik masa la sket kot iye pun nak meeting urgent... ketar sgt nk msk meeting tu nape agenda psl bonus ke hape
Quote manehnya 19-7-2013 08:58 AM
sedihnya ingatkan kt luar negara ...

al fatihah, mak nya msti sedih sgt
Quote dilaOHdila 19-7-2013 08:59 AM
masyaallah....
Camana gaya lah ibunya leh lupa anak kat belakang tu
Quote khailya 19-7-2013 09:00 AM
al-fatihah....
carelesss sunggguhhhhh mak die tu!
Quote MsCinderella 19-7-2013 09:01 AM
pakai kter starex ker....alphard ker..atau van barang sampai x nmpk anak...
pastu leh lupa lak...
cuai nyer.....
Quote teky 19-7-2013 09:01 AM
merepek la mak die niee...

xkan xpasan time nak amek beg ker..nak tutup pintu.. anak 3 tahu da beso bukan kecik macam tikuss
Quote leylapple 19-7-2013 09:06 AM
dulu penah dicadangkan untuk mendenda parent yang ada sifat negligence in child handling...tapi sampai sekarang takder bunyi...

even kesian pun dgn keluarga tu...but by punishing them mampu mengajar parent2 lain di luar sana supaya jangan tau buat anak jer, jaga tak pandai....

Lihat semua komen(2073)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:10 PM GMT+8 , Processed in 0.071157 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top