CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Undilah Gadis Berhijab' Pelajar Bertudung Pertama Dinobat Ratu Majlis Tari

4-5-2016 02:58 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 9195| Komen: 33

Description: Diedarkan belon dengan tulisan "Jangan jadi penjahat, undilah gadis berhijab"
Oleh Izzah Abbasy

Jika di luar negara, beberapa kawasan beranggapan gadis berhijab dilabel sebagai pengganas dan penjahat.

Di Fontana, walaupun masyarakat masih trauma dengan kes tembakan berdekatan San Bernardino yang menyebabkan berbelas-belas maut namun tidak mematahkan semangat seorang pelajar bertudung yang telah berjaya dinobatkan sebagai ratu majlis tari, atau “prom queen” di Sekolah Tinggi Summit, California.

Zarifeh Shalabi, 17, pada mulanya ragu-ragu ketika dicalonkan, namun beliau mendapat galakan rakan-rakan bukan Islam sehingga berjaya memakai tiara itu dalam satu majlis tarian 26 April lalu.

Anggun berbaju putih labuh dan bertudung manik, Zarifeh menganggap kemenangannya “membuktikan tidak semua umat Islam itu membimbangkan.”

“Mereka tidak melihat saya sebagai ancaman, sebaliknya cuma sebagai sahabat,” katanya seperti dilapor akhbar New York Times.

Berpegang kuat pada ajaran agama menguji dirinya sebagai remaja apabila tidak dibenarkan oleh keluarga untuk pergi jauh dari kawasan perumahan dan jarang bergaul dengan lelaki.

Zarifeh juga terpaksa menolak jemputan berparti dan tidur di rumah rakan, malah tidak pernah dibenarkan menghadiri majlis tarian sekolah.

Namun rakan-rakan sebayanya menyatakan sokongan tidak berbelah untuk beliau memenangi anugerah itu, yang biasanya dimenangi pelajar paling popular di sekolah.

Mereka turut memakai hijab sebagai tanda solidariti. Malah semasa hari pengundian, mereka mengedarkan tudung berwarna-warni kepada pelajar sekolah.

Turut diedarkan belon dengan tulisan “Jangan jadi penjahat, undilah gadis berhijab.”

“Kami melihatnya sebagai peluang untuk melakukan sesuatu kebaikan. Cara ini dapat membuktikan bahawa kami menolak perbuatan buli dan rasisme,” kata rakan sebayanya Sarahi Sanchez.

Hanya empat pelajar yang memakai hijab di sekolah itu yang mempunyai lebih 2,000 murid. - CARI Infonet










26

Bagus
23

Marah
9

Terkejut
27

Sedih
23

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (120 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bluehedgehog 3-5-2016 10:22 AM
FONTANA, 1 Mei — Seorang pelajar bertudung berjaya dinobatkan sebagai ratu majlis tari, atau “prom queen” di Sekolah Tinggi Summit di California, walaupun masyarakat masih trauma dengan kes tembakan berdekatan San Bernardino yang menyebabkan berbelas-belas maut.

Zarifeh Salabi, 17, pada mulanya ragu-ragu ketika dicalonkan, namun beliau mendapat galakan rakan-rakan bukan Islam sehingga berjaya memakai tiara itu dalam satu majlis tarian 26 April lalu.

Anggun berbaju putih labuh dan bertudung manik, Zarifeh menganggap kemenangannya “membuktikan tidak semua umat Islam itu membimbangkan.”

“Mereka tidak melihat saya sebagai ancaman, sebaliknya cuma sebagai sahabat,” katanya seperti dilapor akhbar New York Times.

Berpegang kuat pada ajaran agama menguji dirinya sebagai remaja apabila tidak dibenarkan oleh keluarga untuk pergi jauh dari kawasan perumahan dan jarang bergaul dengan lelaki.

Zarifeh juga terpaksa menolak jemputan berparti dan tidur di rumah rakan, malah tidak pernah dibenarkan menghadiri majlis tarian sekolah.

Namun rakan-rakan sebayanya menyatakan sokongan tidak berbelah untuk beliau memenangi anugerah itu, yang biasanya dimenangi pelajar paling popular di sekolah.

Mereka turut memakai hijab sebagai tanda solidariti. Malah semasa hari pengundian, mereka mengedarkan tudung berwarna-warni kepada pelajar sekolah.

Turut diedarkan belon dengan tulisan “Jangan jadi penjahat, undilah gadis berhijab.”

“Kami melihatnya sebagai peluang untuk melakukan sesuatu kebaikan. Cara ini dapat membuktikan bahawa kami menolak perbuatan buli dan rasisme,” kata rakan sebayanya Sarahi Sanchez.

Hanya empat pelajar yang memakai hijab di sekolah itu yang mempunyai lebih 2,000 murid.

Pada Disember lepas, 14 orang maut dan 22 cedera ditembak suami isteri Syed Rizwan Farook dan Tashfeen Malik, yang dipercayai terpengaruh dengan ideologi dan fahaman kumpulan pengganas Islam.

themalaymailonline
Quote mesmerize 3-5-2016 10:42 AM
sopan pakaian prom nightnya
tahniah lah... boleh la ianya menjadi kenangan indah di alam persekolahan
Quote Acong 3-5-2016 10:44 AM
abes laa kena bakar kat neraka   
Quote sharlenetexas 3-5-2016 10:52 AM
designer leh wat design baru pas ni. tapi kalau design mcm karolina kurkova barut2 urat ni dah lama retis malaysia pakai.

Quote 4everMore 3-5-2016 10:55 AM
Cantik orgnya
Quote chinta89 3-5-2016 11:23 AM
mmg tongkatstyle la ni
Quote insulin 3-5-2016 11:28 AM
Boleh tahan cantik orangnya.
Quote cucuq 3-5-2016 11:31 AM
Cantiknya
Quote blackwidowbae 3-5-2016 11:38 AM
Tahniah lerr nakk oii~~ memang cantikk!

makcik dok,terimajin citer carrie, tengah syok menang atas stage tetibe mencurah jatuh darah babii~~ haper lagi terus kuo megasuperpower sheolls~
Quote hasmania 4-5-2016 04:05 PM
tu fesyen tudung tu mesti ada yg tiru lepas tu kata rekaan sendiri ....
Quote pinksarah 4-5-2016 04:16 PM
Ala cleopatra tp berhijab..

Quote bluehedgehog 4-5-2016 04:19 PM

tajuk wa diubahsuai
Quote noraidil_06 4-5-2016 04:19 PM
sharlenetexas replied at 3-5-2016 10:52 AM
designer leh wat design baru pas ni. tapi kalau design mcm karolina kurkova barut2 urat ni dah lama  ...

Mcm baju ahkak ziana zain
Quote sharlenetexas 4-5-2016 04:27 PM

tu la pasal..... baju ni dah lama dah. Rizman Ruzaini tiru sebijik. Dah la Ziana pakai tak lawa
Quote noraidil_06 4-5-2016 04:29 PM
sharlenetexas replied at 4-5-2016 04:27 PM
tu la pasal..... baju ni dah lama dah. Rizman Ruzaini tiru sebijik. Dah la Ziana pakai tak lawa
...

Rizman tiru eh?
Quote saladin780 4-5-2016 04:35 PM
muka persis toh puan ragad kurdi je
Quote sharlenetexas 4-5-2016 04:36 PM

kan dia pakai baju ni masa islamic fashion show (islamik la sgt) kat monaco ke kat paris tu. ada baju mcm lawyer/nun tu jugak.
Quote bluehedgehog 4-5-2016 04:36 PM
saladin780 replied at 4-5-2016 04:35 PM
muka persis toh puan ragad kurdi je

ni lagi comel tau
Quote Maideen. 4-5-2016 07:11 PM
Mintak mana mana pakar aurat dapat memberi komen samada pakaian ini menutop aurat atau tidak seperti yang dinyatakan di dalam certificate yang Allah SWT bagi kat dia tentang apa dia menutop aurat yang sebenerrrrr .....Prrrrrrrrrrrrpffffftght

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.158965 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top