CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Cantikkan Semula Wajah Dengan Vitamin, Tapi Vitamin Apa?

19-4-2016 04:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 4178| Komen: 2

Description: Vitamin yang diambil ini bukan sahaja baik untuk tubuh
Oleh Adib Za


Kombinasi vitamin tertentu memang dipercayai mampu membantu mencantikkan struktur kulit dan membuatkan ia kekal segar. 


Vitamin yang diambil ini bukan sahaja baik untuk tubuh, malah memberi kesan positif kepada kecantikan wajah. Seronok kan?


Jom lihat vitamin yang boleh anda ambil untuk kecantikan kulit dan wajah yang berterusan, memetik portal Eh.



1. Vitamin C

Kandungan Vitamin C kebiasaanya boleh didapati di dalam produk pelembab. Ianya berkesan untuk melawan noda di wajah seperti jeragat, kedutan serta bertindak sebagai ejen anti penuaan. 

Melalui pemakanan pula, buah betik, strawberi, nanas dan brokoli adalah pilihan yang sarat Vitamin C selain dari oren. 




2. Vitamin E

Vitamin ini berkesan dalam membekalkan kelembapan pada kulit dan juga bertindak dalam melawan sinaran UV. Ianya boleh didapati dalam produk pelindung sinar. 

Kekacang, avokado dan sayur bayam adalah antara makanan yang sarat Vitamin E.



3. Vitamin A


Jika anda mahu menghentikan usia dan inginkan wajah tampak muda remaja, Vitamin A berkesan dalam melawan kedutan dan melicinkan noda kasar di muka melalui teknik pengelupasan. 

Ianya boleh didapati dalam krim malam dan losen. Ubi kayu, lobak dan ikan tuna merupakan pilihan makanan yang kaya Vitamin A.


(Sumber foto: Carian google)



4. Vitamin K

Masalah lingkaran hitam di bawah mata boleh dirawat dengan pengambilan vitamin ini melalui sapuan krim mata yang kebiasaannya terkandung Vitamin K. Ianya turut berkesan dalam menghilangkan parut malahan digunakan secara meluas oleh pakar perubatan untuk merawat pesakit yang baru lepas menjalani pembedahan. 

Sayur kale, daun basil dan asparagus punya manfaat tinggi Vitamin K. - CARI Infonet


Sumber: Eh!
3

Bagus
2

Marah
7

Terkejut
8

Sedih
9

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (33 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizz_fatyn 21-1-2016 04:30 PM
nice sharing
Quote mujer_in_espejo 20-4-2016 02:54 PM
Nice sharing..

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 12:20 PM GMT+8 , Processed in 0.196557 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top