CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penjenayah 'Berehat' Jadikan Highland Towers Sebagai Markas

13-4-2016 12:14 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 7465| Komen: 48

Description: Enam penjenayah yang sedang berehat ketika itu menyebabkan mereka cuba menyerang polis
Oleh Izzah Abbasy

Kejadian atau kes-kes jenayah pecah rumah yang bermaharajalela sejak dua tahun berakhir semalam apabila tiga daripada penjenayah mati ditembak berhampiran hutan di Kondominium Highland Towers di sini.

Penyangak terbabit berjaya meloloskan diri ke arah hutan berhampiran kondominium terbiar itu dan sehingga lewat malam tadi mereka belum dapat dikesan.


Pasukan polis dari Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang yang memeriksa kawasan kondominium itu mendapati penjenayah dipercayai warga Indonesia itu menjadikan sebuah rumah kosong di tingkat 1, Blok C sebagai markas operasi, persembunyian dan lokasi menyimpan hasil pecah rumah.

Jarak tiga penjenayah ditembak mati dengan Blok C Kondominium Highland Towers ialah 50 meter. Blok C dan Blok B kondominium itu terbiar selepas tragedi Blok A kondominium itu runtuh pada tahun 1993.

Menurut beliau, kehadiran polis yang disedari enam penjenayah yang sedang berehat ketika itu menyebabkan mereka cuba menyerang polis menggunakan parang dan pistol angin sebelum kumpulan itu melarikan diri dari rumah tersebut menuju ke arah bukit berhampiran. - CARI Infonet

Kredit : Kosmo

38

Bagus
30

Marah
33

Terkejut
22

Sedih
30

Lawak
45

Bosan

Friends Rank (198 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 13-4-2016 04:41 AM
Edited by tongkatwaran75 at 13-4-2016 04:44 AM

Hulu Kelang – Kes-kes jenayah pecah rumah yang bermaharajalela sejak dua tahun berakhir semalam apabila tiga daripada penjenayah mati ditembak berhampiran hutan di Kondominium Highland Towers di sini.

Dalam kejadian pukul 5 pagi itu, tiga lagi penyangak terbabit berjaya meloloskan diri ke arah hutan berhampiran kondominium terbiar itu dan sehingga lewat malam tadi mereka belum dapat dikesan.

Pasukan polis dari Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang yang memeriksa kawasan kondominium itu mendapati penjenayah dipercayai warga Indonesia itu menjadikan sebuah rumah kosong di tingkat 1, Blok C sebagai markas operasi, persembunyian dan lokasi menyimpan hasil pecah rumah.

Jarak tiga penjenayah ditembak mati dengan Blok C Kondominium Highland Towers ialah 50 meter. Blok C dan Blok B kondominium itu terbiar selepas tragedi Blok A kondominium itu runtuh pada tahun 1993.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd. Adnan Abdullah berkata, sebelum kejadian, risikan dan siasatan polis menerima maklumat pada pukul 12.30 tengah malam me­ngenai kumpulan enam penjenayah itu bersembunyi di sebuah unit di kondominium tinggal di situ.

Menurut beliau, kehadiran polis yang disedari enam penjenayah yang sedang berehat ketika itu menyebabkan mereka cuba menyerang polis menggunakan parang dan pistol angin sebelum kumpulan itu melarikan diri dari rumah tersebut menuju ke arah bukit berhampiran.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... 1.htm#ixzz45eAn8nWN
Hakcipta terpelihara

p/s runtuhkan dan buat penempatan baru. Aku yakin penempatan tanpa izin, penagih dadah, pengamal ajaran sesat, kaki nomor ekor, kaki maksiat sume ada dalam tu klu tak dirobohkan !
Quote L211 13-4-2016 05:14 AM
dulu kata nak diruntuhkan sudahnya terbiar macam tu je.. benda disimpan kat situ xtaulah smpai susah sgt nk diruntuhkan..
Quote cmf_jeangrey 13-4-2016 06:03 AM
Rupanya hantu2 yg berkeliaran kt situ adalah mangkuk2 ni...
Quote awaynepian 13-4-2016 06:30 AM
Rajin abg tong bukak benang..xtdo ke??
Quote awaynepian 13-4-2016 06:31 AM
Rajin abg tong bukak benang...xtdo ke??
Quote sukacactus 13-4-2016 06:38 AM
Itu la...selagi xdirobohkan, segala jenis hantu ada kat situ
Quote cleopatralady 13-4-2016 06:40 AM
port baik punya
Quote blackwidowbae 13-4-2016 06:46 AM
BamTong duk oversea, sini malam sana siang


Ker bamtong insomnia?
Quote tongkatwaran75 13-4-2016 06:51 AM
awaynepian replied at 13-4-2016 06:31 AM
Rajin abg tong bukak benang...xtdo ke??

dah biasa studi awal pagi...
lagipun senang solat subuh berjemaah...
sume dah solat subuh?

Quote gaara_X 13-4-2016 07:39 AM
siapa nak runtuhkan persoalannya.....hihkhikhhihk
Quote iniaroonz 13-4-2016 07:42 AM
bom aje...
Quote AbukRokok 13-4-2016 08:36 AM
xyahla runtuhkn jadi je memorial statue
Quote hasniey 13-4-2016 09:01 AM
pg td dgr berita igtkan ade highland tower yg baru,rupenye yg lme tu la ye diorg jdkn markas
Quote brownstone 13-4-2016 09:18 AM
bukan setakat highland towers ja...bangunan lain yg x dpt CF tu patut diruntuhkan jugak.
Quote hungryhenry 13-4-2016 11:10 AM
Hantu2 yang bergentayangan dkt Highland Towers pun takut dgn depa ni. Giler kental
Quote cik_tonggek 13-4-2016 11:12 AM
akak teringin nak pi situ
nak tgk floor plan highland towers yg dikatakan mewah dan indah
Quote Suchi 13-4-2016 11:18 AM
cik_tonggek replied at 13-4-2016 11:12 AM
akak teringin nak pi situ
nak tgk floor plan highland towers yg dikatakan mewah dan indah

Mewah ke kak? Kalo tgk dr jauh mcm umah flat jaa, tp kondominium kan.
Kondo selalu lg besor dr flat kan.
Quote cik_tonggek 13-4-2016 11:21 AM
Suchi replied at 13-4-2016 11:18 AM
Mewah ke kak? Kalo tgk dr jauh mcm umah flat jaa, tp kondominium kan.
Kondo selalu lg besor dr fl ...

tu la yg akak teringin nak masuk tgk
katanye ada je lagi lemari2 kitchen cabinet yg org tinggal
skang ye la kot buruk, tapi kita boleh la imagine masa elok dulu caner kan
plus akak nak tgk floor plan dorang caner
katanye beso sangat setiap unit rumah

Quote AdamCopeland 13-4-2016 11:22 AM
tongkatwaran75 replied at 13-4-2016 06:51 AM
dah biasa studi awal pagi...
lagipun senang solat subuh berjemaah...
sume dah solat subuh?

kau study kuat2 ni nak jadi editor cari ke?

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:52 AM GMT+8 , Processed in 0.055539 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top