CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tiada Instagram Atau Twitter, Shima Lebih Suka "Face to Face"

12-4-2016 10:26 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12172| Komen: 50


Oleh : Dean BZ


Penyanyi Shima, 47, yang popular dengan lagu Teringin pada sekitar awal 90-an mengakui dia lebih gemar bersemuka dengan peminat dari menggunakan kemudahan media sosial yang ada pada masa kini.


Shima atau nama sebenarnya Ku Nazhatul Shima Ku Kamaruzzaman, juga menyifatkan artis-artis yang lahir pada zaman teknologi sekarang sangat beruntung dengan kemudahan yang ada berbanding ketika zamannya.

“Tiada istilah cemburu atau sebaliknya, cuma saya melihat artis-artis sekarang cukup beruntung kerana begitu mudah membuat promosi sendiri dan berkomunikasi dengan para peminat tanpa mengira waktu menerusi media sosial berbanding artis-artis di zaman saya yang dilihat agak sukar untuk melakukan semua itu.


“Bagaimanapun, saya akui lebih puas dan selesa dengan cara lama iaitu berdamping dengan pihak media dari aspek urusan promosi dan mendekati peminat secara berhadapan  menerusi persembahan pentas.

“Apa-apa pun, saya tidak nafikan impak penggunaan laman sosial sebenarnya bagus dalam urusan promosi. Cuma mungkin atas faktor usia sekarang, saya agak 'kurang mesra' menggunakan pendekatan cara ini dan lebih selesa dengan cara lama,” katanya kepada mStar Online.

Katanya, sehingga hari ini dia hanya mempunyai akaun Facebook yang dijadikan medium berhubung dengan peminat di laman sosial kerana tidak mempunyai kepakaran menggunakan aplikasi lain di telefon bimbit.

“Saya tidak ada Instagram, Twitter, blog atau yang seumpamanya buat masa ini selain Facebook dengan akaun fanpage 'Shima'. Jujur, saya memang tidak tahu menggunakan aplikasi tersebut di telefon.

"Lagi pula tiada siapa yang nak ajar. Itu antara sebab kenapa saya tidak menggunakan telefon yang canggih. Cukup sekadar yang ada sahaja,” akuinya jujur.

Ditanya mengenai perkembangan terbaru selepas menyertai rancangan nyanyian Gegar Vaganza, penyanyi yang pernah menjuarai Anugerah Juara Lagu pada tahun 1991 itu turut mengakui dia belum mempunyai lagu baru dan banyak menghabiskan masa dengan enam ekor kucing kesayangan.

Mohon sesiapa tolong ajarkan Shima cara menggunakan media sosial. Bukan apa, cara ini lebih mudah untuk peminat berhubung dan mengetahui perkembangan semasa artis kesayangan mereka.   - CARI Infonet.




Sumber - mStar


8

Bagus
13

Marah
10

Terkejut
11

Sedih
16

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (71 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote effara 12-4-2016 10:31 AM


Quote hangdenim 12-4-2016 10:33 AM
Bapak aku yang in his late 50s pun boleh bersosial media. Tepu sangat ke acik simah ni? Atau maybe plain ignorant kot.
Quote kenarikelabu 12-4-2016 10:36 AM
Kena paham. Dia pun dah kategori otai. Tak semua org tua ni suke benda2 cam media sosial ni...mungkin banyak benda lain yg dia nk fikir/buat.
Quote rokarina 12-4-2016 10:41 AM

iols suka lagu sheols yang ni.. tapi suara dia dalam gegar vaganza dah pancit. faktor usia kot


[youtube]O_dOtj58dEA[/youtube]

Quote applemy 12-4-2016 10:49 AM
Social media, utk bisnes takpe.. Kalo utk tunjuk-menunjuk/riak.. TAK PAYAH.. menambah dosa jerr
Quote sukacactus 12-4-2016 10:51 AM
Kesiannya la hai
Ada org jenis takut dgn tech

Acik shima, rasanya lebih manis kot kalau bertutup skit...sexy sgt tu
Quote minah_kidal 12-4-2016 10:55 AM
47?? wow pakaian ala2 muda2 lg tu
Quote dubuk 12-4-2016 10:56 AM
sepanjang malam keresahan satuuuuuuuuuu
Quote fifie_olin 12-4-2016 11:02 AM
pic ni gak ke...
adehhh
cite lain...bj sm
Quote -electrifying- 12-4-2016 11:03 AM
bulat segalanya
Quote pr3ttytw33ty 12-4-2016 11:04 AM
tembunnye acik
Quote mat_arof 12-4-2016 11:12 AM
siannyeee.

bnyk kucing dia

oleh lah tu teman di kala sunyi
Quote MH37O 12-4-2016 11:14 AM
ada sorang kawan ni...aku tanya ko ada facebook tak (time tu IG takde laie kot)....dia jawab facebook takde...kalau face to face tu ada la...wakakak
Quote damian_lee 12-4-2016 11:19 AM
shima ni macam dah hilang keyakinan dia kan???

curious .... apa yang dia lalui sepanjang perjalanan ini .... lembah dan lurah ku lewati ... **tetiba tersambung lagu kak ton**
Quote chinta89 12-4-2016 01:01 PM
better ikut perkembangan semasa.

houzmte ak dulu xde fb. tepon cikai. last2 mse lps kawin baru la ade fb, ade gajet. kemainnnn lagi seronok duk hapdet itu ini. buka fb asik gmbr dia yg x menarik (sb mende sama. setiap setengah jam skali kau update mmg kejakunan terserlah).

lps tu bila dia ckp je ngn ak mesti acah2 tahu semua mende "ade tgk kat kat fb psal bla bla bla.."pdhal kalau kau x tgk di fB, di Forum Cari lagi laju la bebbbb... then ri tu dia tnya "tgk tak di insta bla bla bla" slmba aku jawab "aku xde insta" then ditarbiah aku rugi xde insta sb bla bla bla..

kesian. ak tak jakun mcm tu skali lah. dulu ak ade wasap ko pakai tepon cikai je xde aku kutuk ko apa2.
conclusion : mcm ni la manusia kalau tetiba terkejut budaya..
Quote sepitsiput 12-4-2016 01:21 PM
damian_lee replied at 12-4-2016 11:19 AM
shima ni macam dah hilang keyakinan dia kan???

curious .... apa yang dia lalui sepanjang perjalan ...

Chuols tgk x teh tarik che ta? Kak Eton nyanyi lagu Hot Stuff power gile! Siap speaking london mcm nyanyi kt kelab. Terpaku2 che ta
Quote damian_lee 12-4-2016 01:28 PM
sepitsiput replied at 12-4-2016 01:21 PM
Chuols tgk x teh tarik che ta? Kak Eton nyanyi lagu Hot Stuff power gile! Siap speaking london mcm ...

yang TV1 tu ke sis??? .... meols x follow semua episode ....tapi suka konsep tancangan tu .... Che Ta pun very the cover cun hokeyyy

time Salwa meols very the nostalgia ok ..... happy salwa sekarang ....

pada yang nak tengok balik episode2 yang terlepas. Nah link dia:

http://myklik.rtm.gov.my/program/29148/29149

Quote pavlovachoc 12-4-2016 02:01 PM
dia ni ade anak x ek
Quote kuzaime 12-4-2016 03:32 PM
sedar pun dah tua.. tp dressing mcm bbnu..

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-10-2024 02:28 AM GMT+8 , Processed in 0.038942 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top