CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perli Pelanggan? Starbucks Letak Mesej 'Diabetes Here I Come' Pada Cawan

11-4-2016 11:01 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 6501| Komen: 21

Description: Sindiran tersebut memberi kesan mendalam kepada pelanggan tersebut
Oleh Izzah Abbasy

Bukan seorang, bukan dua malah ramai yang menjadi penggemar kopi Starbucks. Mungkin kerana jenama dan kopi ini lain daripada yang lain dan istimewa barangkali. Betul tak?

Biasanya pelanggan Starbucks akan menerima cawan kopi yang telah dilabel dengan nama sendiri, sama ada dengan tulisan pen penanda atau pelekat bercetak selepas membuat pesanan.

Namun bagi seorang pelanggan di St Augustine, Florida, namanya diganti dengan sindiran yang mengguris perasaan.

Menurut Action News Jax, pelanggan yang enggan dinamakan itu memesan white mocha bersaiz grande dan apabila kopinya diterima, pelekat yang sepatutnya memaparkan namanya tertulis:

DIABETES HERE I COME (Diabetes aku datang).



Sindiran tersebut memberi kesan mendalam kepada pelanggan tersebut kerana dia mempunyai dua adik-beradik perempuan yang benar-benar menghidap diabetes.

Pengurus cawangan Starbucks tersebut telah dimaklumkan mengenai insiden tersebut dan berjanji akan membuat siasatan lanjut.

Ketika dihubungi oleh Independent, Starbucks menyatakan kekecewaan terhadap insiden itu dan akan bekerjasama dengan pekerja syarikat agar perkara yang sama tidak berulang. - CARI Infonet





20

Bagus
16

Marah
22

Terkejut
13

Sedih
16

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (101 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote oak.balustrade 11-4-2016 09:34 AM
Hihi minum sedap datang bersama mesej yang pedas konsepnya!
Quote saladin780 11-4-2016 09:36 AM
Patut mesej yg sama ditulis kat pinggan mangkuk mamak.. Biar insaf sket org malaysia nih
Quote lurve82 11-4-2016 09:37 AM
hakak pedulik hape...klu tgh kelaparan hakak tetap mkn...
Quote periakuning 11-4-2016 09:48 AM
pernah terbaca diabetes ni penyakit attitude problem jugak...kalau yg bukan genetik punya problem la..
makan takleh control, exercise taknak buat..mendapat la
Quote bulan_gerhana 11-4-2016 09:54 AM
sentap la pulak...

kalo dah genetic tu dah ade diebetes.. terimalah lah hakikat.. yg penting di bagi peringatan suh jaga makan.. itu je mesej dia
Quote kucen_miang 11-4-2016 09:59 AM
saladin780 replied at 11-4-2016 09:36 AM
Patut mesej yg sama ditulis kat pinggan mangkuk mamak.. Biar insaf sket org malaysia nih

abis bedal dua keping roti banjir kuah kari kamben, tgk ada tulisan kat muka pinggan,'deyy tamby, lu tunggu darah tinggi datang'  
Quote noor2 11-4-2016 10:00 AM
Sindiran kat kotak rokok X de  siapa pun sentap...
Quote zhatul 11-4-2016 10:03 AM
kannnn

dh.... jgn minum kt starbak--- baikot
Quote ira79 11-4-2016 01:50 PM
hihii.. budak tu hangin kot
Quote semahsedut 11-4-2016 02:09 PM
kekdahnya lg banyak gula dr coke kan
Quote R2D2 11-4-2016 02:22 PM
kalau kedai2 mamak kena tulis mesej lain
"KAMI KINI AHLI UMNO"

biar tersentap macai2
Quote devilito2 11-4-2016 04:17 PM
xyah minum jer.... abis citer
Quote salimrock 11-4-2016 05:36 PM
noor2 replied at 11-4-2016 10:00 AM
Sindiran kat kotak rokok X de  siapa pun sentap...

kan?? sentap tul perokok bila baca, namum tiada tindakan...
Quote clarizsa 11-4-2016 05:45 PM
Ptut dia rsa terharu sbb kuli stabak tu gigih tulis byk2 & give a damn plak org tu ade diabetes ke tidak..
Quote noor2 11-4-2016 05:46 PM
salimrock replied at 11-4-2016 05:36 PM
kan?? sentap tul perokok bila baca, namum tiada tindakan...

Yg ada masalah kesihatan paru2 pun masih buat dek ja isap....hehe
Quote sgbuloh 11-4-2016 05:49 PM
kat malaysia tanak buat ke?
Quote 32kW 11-4-2016 05:57 PM
noor2 replied at 11-4-2016 05:46 PM
Yg ada masalah kesihatan paru2 pun masih buat dek ja isap....hehe

Yang dah ada sakit jantung pun berani je isap rokok noor
Quote noor2 11-4-2016 06:02 PM
32kW replied at 11-4-2016 05:57 PM
Yang dah ada sakit jantung pun berani je isap rokok noor

Hehe. ......
Quote honeybee1802 11-4-2016 07:24 PM
saladin780 replied at 11-4-2016 09:36 AM
Patut mesej yg sama ditulis kat pinggan mangkuk mamak.. Biar insaf sket org malaysia nih

Gelas teh tsrik ka...takde susu pekat manis stevia ka?

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 10:34 PM GMT+8 , Processed in 0.077815 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top