CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Janda mati dlm kebakaran jadi kes bunuh !

15-7-2013 05:21 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4409| Komen: 9

Description: SANDAKAN: Polis mengklasifikasi kes kematian seorang ibu tunggal dalam kebakaran di rumahnya di Taman Indah Jaya dekat sini pada Jumaat lepas sebagai kes bunuh.
SANDAKAN: Polis mengklasifikasi kes kematian seorang ibu tunggal dalam kebakaran di rumahnya di Taman Indah Jaya dekat sini pada Jumaat lepas sebagai kes bunuh.
Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan Supt Fadzil Mohd Ali berkata polis telah menahan seorang lelaki berusia 23 tahun disyaki terlibat dengan kes kebakaran itu di sebuah bilik hotel di Bandar Ramai Ramai dekat sini pada 1.30 tengah hari semalam.

Beliau berkata dalam serbuan itu, polis turut menjumpai dua anak mangsa iaitu seorang lelaki dan perempuan berumur tujuh dan enam tahun yang dilaporkan hilang selepas kejadian kebakaran itu, dalam keadaan selamat di sebuah bilik lain di hotel itu.

Dengan penahanan suspek lelaki itu, polis percaya akan dapat mengenal pasti motif kes itu, katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Dalam kejadian kebakaran 8 malam itu, mayat Hasnah Astan, 42, penjawat awam di Jabatan Perhutanan di sini ditemui di tepi katil di dalam bilik utama di tingkat atas rumahnya.

Sementara itu, Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sandakan Devi Rashedee Ensoi berkata tiga anggota Unit Forensik dari sini dan Kota Kinabalu masih melakukan siasatan di lokasi kejadian dengan mengambil beberapa sampel untuk mengenal pasti punca kebakaran.

Beliau berkata sampel yang diambil di tempat kejadian akan dihantar ke makmal untuk dianalisis.

"Apabila keputusan diperolehi, ia akan dihantar kepada polis bagi membantu siasatan yang dijalankan," katanya. 



8

Bagus
4

Marah
11

Terkejut
8

Sedih
10

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (47 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gede-bab 15-7-2013 04:11 PM
kalu betul2 kes jenayah...memang penjenayah tu betul2 bodoh sebab bawa sekali anak mangsa....
Quote haryatie 15-7-2013 04:15 PM
Innalilllah...
kesiannyer ...mangsa & ank2..
knpa smakin ramai org yg kejam..
Quote cocoagirl 15-7-2013 04:19 PM
Kesian kat bdk2 tu...jd anak yatim. Sedihnya. Apa la perasaan bdk2 tu. Dan apa motif kalu betul la tu kes bunuh
Quote dino 15-7-2013 04:19 PM
gede-bab posted on 15-7-2013 04:11 PM
kalu betul2 kes jenayah...memang penjenayah tu betul2 bodoh sebab bawa sekali anak mangsa....

motif dah jd cukup jelas
Quote izamahmed 15-7-2013 04:25 PM
jeyaha kat hotel.. memang nekad~
Quote jepp 15-7-2013 04:33 PM
Kesiannya...al fatihah.
Moga nasib mangsa terbela...

Teringat kes staf tv9 kna bunuh tu..
Apa update pon taktau
Quote gede-bab 15-7-2013 04:49 PM
dino posted on 15-7-2013 04:19 PM
motif dah jd cukup jelas

ni kes rebut anak kot..pastu bunuh....
Quote jetrofa 15-7-2013 05:01 PM

mangsa 42 tahun...lelaki tu umor 23 tahun

anak hekan? pembunuh upahan?
Quote poyohabis 15-7-2013 05:19 PM
kes berebut anak lar nie...kalo tak takkan sampai anak di bawak lari...

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 11:23 AM GMT+8 , Processed in 0.358748 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top