CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2566|Reply: 9

[Jenayah] {8} Janda mati dlm kebakaran jadi kes bunuh !

[Copy link]
Post time 15-7-2013 04:06 PM | Show all posts |Read mode
SANDAKAN: Polis mengklasifikasi kes kematian seorang ibu tunggal dalam kebakaran di rumahnya di Taman Indah Jaya dekat sini pada Jumaat lepas sebagai kes bunuh.
Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan Supt Fadzil Mohd Ali berkata polis telah menahan seorang lelaki berusia 23 tahun disyaki terlibat dengan kes kebakaran itu di sebuah bilik hotel di Bandar Ramai Ramai dekat sini pada 1.30 tengah hari semalam.



Beliau berkata dalam serbuan itu, polis turut menjumpai dua anak mangsa iaitu seorang lelaki dan perempuan berumur tujuh dan enam tahun yang dilaporkan hilang selepas kejadian kebakaran itu, dalam keadaan selamat di sebuah bilik lain di hotel itu.

Dengan penahanan suspek lelaki itu, polis percaya akan dapat mengenal pasti motif kes itu, katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Dalam kejadian kebakaran 8 malam itu, mayat Hasnah Astan, 42, penjawat awam di Jabatan Perhutanan di sini ditemui di tepi katil di dalam bilik utama di tingkat atas rumahnya.

Sementara itu, Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sandakan Devi Rashedee Ensoi berkata tiga anggota Unit Forensik dari sini dan Kota Kinabalu masih melakukan siasatan di lokasi kejadian dengan mengambil beberapa sampel untuk mengenal pasti punca kebakaran.

Beliau berkata sampel yang diambil di tempat kejadian akan dihantar ke makmal untuk dianalisis.

"Apabila keputusan diperolehi, ia akan dihantar kepada polis bagi membantu siasatan yang dijalankan," katanya. - Bernama


Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/15

p/s apa la citer disebalik kes nie?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2013 04:11 PM | Show all posts
kalu betul2 kes jenayah...memang penjenayah tu betul2 bodoh sebab bawa sekali anak mangsa....
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2013 04:15 PM | Show all posts
Innalilllah...
kesiannyer ...mangsa & ank2..
knpa smakin ramai org yg kejam..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2013 04:19 PM | Show all posts
Kesian kat bdk2 tu...jd anak yatim. Sedihnya. Apa la perasaan bdk2 tu. Dan apa motif kalu betul la tu kes bunuh
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2013 04:19 PM | Show all posts
gede-bab posted on 15-7-2013 04:11 PM
kalu betul2 kes jenayah...memang penjenayah tu betul2 bodoh sebab bawa sekali anak mangsa....

motif dah jd cukup jelas
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2013 04:25 PM | Show all posts
jeyaha kat hotel.. memang nekad~
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-7-2013 04:33 PM | Show all posts
Kesiannya...al fatihah.
Moga nasib mangsa terbela...

Teringat kes staf tv9 kna bunuh tu..
Apa update pon taktau
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2013 04:49 PM | Show all posts
dino posted on 15-7-2013 04:19 PM
motif dah jd cukup jelas

ni kes rebut anak kot..pastu bunuh....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2013 05:01 PM | Show all posts

mangsa 42 tahun...lelaki tu umor 23 tahun

anak hekan? pembunuh upahan?
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2013 05:19 PM | Show all posts
kes berebut anak lar nie...kalo tak takkan sampai anak di bawak lari...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 07:13 AM GMT+8 , Processed in 0.625054 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list