CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pelajar Melayu Bunuh Diri, Tertekan Dengan Bapa?

15-3-2016 12:06 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 11655| Komen: 28

Description: Seorang netizen bernama Khairul Hakimin Muhammad memuatnaikkan satu status dalam akaun Facebooknya berhubung seorang jirannya di kawasan rumah yang memohon jasa baiknya mengkongsikan kisah anak peremp ...

Oleh : TS LOO


Betul ke keputusan peperiksaan begitu penting? Ya, memang penting untuk ibu bapa masa kini. 


Seorang netizen bernama Khairul Hakimin Muhammad memuatnaikkan satu status dalam akaun Facebooknya berhubung seorang jirannya di kawasan rumah yang memohon jasa baiknya mengkongsikan kisah anak perempuannya yang berumur 15 tahun telah bunuh diri akibat gagal memperolehi kedudukan nombor satu dalam kelas berdasarkan hasil keputusan ujian percubaan. 

sumber keratan : Akaun FB Khairul Hakimin Muhammad


Dalam tempoh satu hari yang singkat, status tersebut telah ditulis semula dan dikongsi oleh lebih 30 ribu netizen yang lain. Diharapkan kisah yang penuh tragis ini boleh memberi pengajaran kepada keluarga lain.


Menurut Khairul, puan jirannya itu bertegas mahu perkara tersebut dikongsikan dalam media sosial dan berharap Khairul dapat menyampaikannya kepada orang lain agar memberi ikhtibar kepada semua orang. 

Dalam status tersebut, Khairul mengatakan sebenarnya puan jirannya itu merupakan seorang cenderkiawan yang berpengetahuan luas, sebelum ini mendapat penghormatan daripada semua lapisan jiran tetangga. 

"Anaknya semua mmperolehi kejayaan di bidang masing-masing, seisi keluarga hidup dalam keadaan yang bahagia. Namun segalanya berubah sama sekali berikutan anak perempuannya membunuh diri. "

"Anak perempuan kesayangannya bunuh diri dalam bilik dengan tubuh yang tergantung bertali yang diikat di leher menggunakan telekung."

"Suaminya seorang guru, yang sering menginginkan anaknya mencapai keputusan peperiksaan pada kedudukan nombor satu, kalau anak mereka didapati lemah dalam pembelajaran, pasti akan dihantar ke kelas tuisyen."

Akibat terlalu menumpukan perhatian pada pembelajaran, anak-anak mereka menjadi kurang pandai berkomunikasi dengan kawan-kawan sebaya, hanya tahu membaca buku dan menggunakan alat penulisan sahaja.

Menurut apa yang disampaikan oleh puan jiran itu, ketika itu, mereka seisi keluarga kedengaran bunyi dari dalam bilik, namun tidak dapat buka pintu bilik tersebut, akhirnya terpaksa memecah masuk bilik nya, segalanya sudah terlambat, anak perempuannya telah meninggal dunia....

"Puan jiran tersebut amat tidak mengerti dan sedih, berulang kali menanya dirinya, kenapa anak perempuannya membunuh diri? Anak perempuannya baru saja habis menunaikan solat zohor, kenapa nak bunuh diri?"

Kemudian, barulah puan jiran memahami, rupa-rupanya sehari sebelum bunuh diri, anak perempuan tersebut pernah menanya ayah nya : " Ayah, macam mana kalau suatu hari saya tidak mendapat tempat pertama? " Pada masa itu, ayahnya beritahu : " kalau macam itu, awak bukan lagi anak saya." Jawapan sebegitu menyebabkan anak perempuannya tidak dapat terima hakikat, maka terjadi lah tragis keluarga yang cukup menyayat hati. 

Puan jirannya menjelaskan suaminya sejak kecil tidak pernah bergurau senda dengan anak nya, hanya inginkan anak berjaya. Akibatnya, anak mereka lebih suka bergaul dengan pakcik-pakcik sahaja. 

Ada sekali, anaknya membuat kek harijadi untuk sambutan harijadi ayahnya, tetapi tanpa diduga, suaminya bukan sahaja tidak rasa seronok, malah memarahi anaknya kenapa buang masa membuat kek, kenapa tidak menggunakan masa buat kek itu untuk membaca buku?" 

"Suaminya juga pernah marah anaknya yang menyediakan sarapan untuknya dengan mengatakan kenapa nak berlagak macam pembantu rumah dari Indonesia?" Menurut Khairul, dia tidak dapat menahan air matanya sepanjang pengkongsian puan jiran yang betul-betul menyentuh hatinya.

Setelah menyelesaikan pengebumian anak perempuannya, suaminya menghilangkan diri selama dua bulan. " Difahamkan setelah kematian anak perempuannya, dia memilih bermalam di beberapa masjid yang berbeza. 

Setiap malam dia bermimpikan anaknya merayu-rayu diselamatkan dari tali cemeti yang sentiasa datang seperti ular dan mengikat leher dan kemudian menggantungnya dari dari sepohon pokok yang sangat tinggi dan dia tak pernah berjaya menyelamatkan anaknya itu. Minpi yang serupa berlaku berkali-kali sehingga dia pernah takut untuk tidur. 

"Kini, dia sudah sedar bahawa anaknya tidak dapat diselamatkan lagi, dia hanya boleh selamatkan dirinya sendiri. Dia mula berubah dan tahu memeluk anak-anaknya yang lain, beramah mesra dengan cucunya, serta bergurau senda dengan mereka."

Pada hujung pengkongsian, Khairul beritahu bahawa puan jirannya memesan kita harus bertegas dengan prinsip hidup masing-masing tetapi kalau boleh biarlah berpada-pada dan jangan berketerlaluan sehingga membawa padah kepada diri dan keluarga. 


Dalam pada itu, setelah pengkongsian itu dimuatnaikkan dalam akaun facebooknya, apa yang mengejutkan Khairul adalah banyak maklum balas diterima dari golongan pelajar yang rata-rata mengatakan mereka turut menghadapi situasi yang sama daripada ibu bapa masing-masing. 


sumber keratan : Akaun FB Khairul Hakimin Muhammad




20

Bagus
20

Marah
8

Terkejut
7

Sedih
13

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (77 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ajinomotonosuga 15-3-2016 12:26 PM
Padan.muke, mende basi. Babi hutan.pun.paham.nk layan anak camna

Nangis la ko, kuo air.mata darah pun, tak guna

Kepala otak.yg di pinjamkan hanya nk besokan diri dgn sesiakan pinjaman spt anak.isteri harta etc , hanya alat nk sombongkan diri, padan.muke ko anak.sendiri.hajau ko, laknat.punye.jantan
Quote chinta89 15-3-2016 12:28 PM
Ya Allah..sedihnya..

ibu bapa skg tlalu nk anak2 berjaya. walhal mak pak sendiri tuh bukan bjaya sgt pun. impian sendiri nak anak capaikan.

yg ptg pakat sembang kencang kejayaan anak2 semata2 nk dianggap depa la yg bjaya buat anak2 bjaya (lupa pdhal depa sibuk, yg lelah n penat ialah cikgu). yg ptg, depa yg boleh bangga dgn sesama depa n sedara mara tentang kejayaan anak2 tanpa pikir anak tu dh mcm robOt duk study je.

ak tgk mak pak skg, yg ptg pelajaran akademik. solat, mengaji, tatasusila n pergaulan dengan org sekeliling jatuh no. 2 dah..
Quote misscendol 15-3-2016 12:44 PM
Sbb tu kena ikut cara rasulullah membesarkan anak. But it's true that as a parent wee need to shower our kids with love but at the same time kena strict bertempat
Quote gigahertz 15-3-2016 12:45 PM
chinta89 replied at 15-3-2016 04:28 AM
Ya Allah..sedihnya..

ibu bapa skg tlalu nk anak2 berjaya. walhal mak pak sendiri tuh bukan bjaya  ...

Ko nak jadi macam aku ? Spm hancuss math 8e english 7d. So wa talak dpaat masuk uni atau kolej...

Wa ada anak pun wa akan bikin macan itu pakclik.....wa x nak anak wa macam itu seniman punya anak. .bapak adalah seniman tapi anak adalah penypu sampah
Quote qronaldo7 15-3-2016 01:36 PM
salah didikan ni. kdg2 sbb parents nk show off dgn sedara mara kawan2 yg ank diorg hebat
Quote awanearisu 15-3-2016 01:38 PM
Sedihnya.. malangnya ibu bapa yang gagal memahami peribadi dan kelakuan anak-anak sendiri
Quote dondangdendang 15-3-2016 01:43 PM
terlalu tegas pun xboleh, terlalu manja pun jangan
Quote chinta89 15-3-2016 02:01 PM
gigahertz replied at 15-3-2016 12:45 PM
Ko nak jadi macam aku ? Spm hancuss math 8e english 7d. So wa talak dpaat masuk uni atau kolej...
...

itu sebab ko yg malas. cuba ko baca artikel tt tu baik2. bapak dia tlalu tekankan soal pembelajaran smpai anak tu jd gtu.

ak mksudkan ibubapak yg TERLALU kejar akademik anak2, bukan mksud ak mk pak x yah paksa anak belajar kalau anak tu pemalas macam ko. ade paham?


Quote stania83 15-3-2016 02:06 PM
ibu bapa tu kurang kasih sayanggg, why aaa golongan bapak ni kedekut sgt nak tunjuk sayang
Quote hiyuda 15-3-2016 02:12 PM
Mcm mak aku,even aku further study in egineering dkat overseas pun kdg2 dia sebut kenapa aku tak jadi doktor. Masa high school aku selalu nangis kot x fham bio. Masa spm pun dpt a- je. Aku lg minat sastera. Tp tu la dkt msia, klau tak jd doktor,lawyer tu bkn bdk pandai la
Quote manjalara_01 15-3-2016 03:00 PM
stania83 replied at 15-3-2016 02:06 PM
ibu bapa tu kurang kasih sayanggg, why aaa golongan bapak ni kedekut sgt nak tunjuk sayang

teori i aje...
u allz rasa si bape...dtg dari keluarga yg mcm mana?
penuh kasih sayang ke? penuh ketegasan (kurang/xde kasih sayang?)
i rs most likely die dtg dari family yg disfunctional...

manusia ni kadang...very sensitive....
pernah terbaca artikel dlm paper...tentang kisah hidup sorg perompak ( yg tgh menjalani hukuman di penjara)
he allz..xde masalah keluarga...cume die dtg dari family yg sgt miskin...
so masa die kecik2 lagi die..cemburu & rasa x puas hati bile lihat kawan2 lain...enjoy..mcm2...
tp sbb die miskin..die xleh nak enjoy keseronokkan tu semua...

that was the main reason kenape die terjebak dgn jenayah merompak ni....
smpai to the point die tembak pakguard kedai emas...sbb perasaan tamak tu..dh menguasai diri die..
& pengaruh x baik..kawan2...perompak lain....

mmg die berjaya jadi kaya...tp hasil duit rompakan tu x kekal...
1 day die tekad x nak merompak lagi...tp sbb ex gf die dtg..ngadu anak die sakit jtg...
so die pun try 1 more time utk merompak...sbb kasihankan nasib anak tu..
dari situ la finally die kena tangkap....masuk lock up..

so dlm interview tu..mmg die nyesal atas kesalahan yg die dh buat...
belajar menjahit bj dlm penjara...& berharap 1 day..dpt bukak kedai taylor...sndiri...

lucky for him...family die tetap disisi...& menanti kepulangan die...
so lucky...family die tetap caring..after all the bad things yg die dh buat...



Quote melinda_kerr 15-3-2016 03:22 PM
Itu tekanan pada anak. Bayangkan tekanan yg dihadapi seorang isteri dgn suami mcm tu. Zaman nk jd suami nk dipersembah segalanya sudah outdated. Nk ikut segalanya ckp dan kehendak dia. Anti betul aku laki mcmni.
Quote chinta89 15-3-2016 03:31 PM
melinda_kerr replied at 15-3-2016 03:22 PM
Itu tekanan pada anak. Bayangkan tekanan yg dihadapi seorang isteri dgn suami mcm tu. Zaman nk jd su ...

aiii emo nya u di siang hari cuaca panas ni..
Quote melinda_kerr 15-3-2016 05:42 PM
chinta89 replied at 15-3-2016 03:31 PM
aiii emo nya u di siang hari cuaca panas ni..

Anti pd lelaki yg slalu berlagak mcm raja tauuu! Benci.
Quote katamel 15-3-2016 05:49 PM
aku pernah kene tengking ngan mak aku sbb aku dpt band 5 dalam peperiksaan (pbs) mak aku nk band 6. tertekan lah jugak smp tak bertegur sape ngan mak tapi, takdelah smp ade niat nk membunuh diri
Quote LuLu^Lost 15-3-2016 08:28 PM
kisah seperti ni akan berulang lagi dlm 10 ke 20 tahun akan dtg..percayalah. sbb yg dok jadi lagi zaman ni sebab tak pernah ambil pengajaran dari cerita yg lepas2. kan banyak dok ade....adoi. paling terdekat dgn kita kat Malaysia ni cerita apa??... tuuuu... sufiah yusof, pak pakistan, mak malaysian - belajar kat oxford masa umur 13 tahun. tak ambik pengajaran ke ape? tuli? sufiah dan adik beradik dia tu stress tau, sekolah kat rumah je. asyik tekankan akademik je, ape..ingat bebudak tu binatang ke ape dok bertegas belajar je, tak hadap aktiviti lain. bawak gi piknik ke, bercuti ke, jejalan amik angin ke. kesian tgk, nmpk pasif dan menunduk je, mcm takut2 hat lelaki tu (adik ke abang sufiah entah), dah tak bercampur dgn orang lain... mmg pasif la..

wlpn sy hanya baca melalui media cetak dan rancangan tv pasal mereka2 yg pandai ni, tapi saya dpt rasa mereka stress. bangga mmg la bangga, tapi agak2 la. beberapa tahun yg lalu tak silap, budak spm juga, bunuh diri. mungkin target nak dpt yg terbaik tak tercapai. kita yg asyik ditanya mak ayah "ke mana, kat mana, pkl berapa nak balik" pun dah rimas, tambah diorg yg terlalu ditegaskan dengan target yg bukan2. lagi la stress.

Anak : kalau saya tak dpt tempat pertama mcm mana?
Ayah : awak bukan anak ayah lagi.
(anak pun bunuh diri)
(ayah - sedih, hilangkan diri dan bermalam dari masjid ke masjid.)

hilang diri buat ape pakcik, hadap la buku teori tu 24jam cari ketenangan...jumpa ke tidak? tak kan? hmm sama la arwah anak pakcik, nak tenangkan diri, bawak dia keluar dari zone stress/kesedihan dia... titik pakcik..titik.

Quote solarlunar 15-3-2016 08:43 PM
hiyuda replied at 15-3-2016 02:12 PM
Mcm mak aku,even aku further study in egineering dkat overseas pun kdg2 dia sebut kenapa aku tak jad ...

Mentality parents kt Malaysia byk yang mcm tu. Kalu jadi doktor je dianggap berjaya and boleh cari makan. My sister is a doctor so everywhere my parent goes they will brag about her being a doctor. I plak amik science social and even though they are no really salty about it, they find it quite "unimpressive" and "pitiable". Sigh. But don't worry, we are doing a great job after all
Quote irwansuhadi 15-3-2016 11:00 PM
sorry to say tapi perangai mak bapak macam ni memang...

"LANCAU!!"

harap2 kes macam nih menyedarkan mak bapak yang lain supaya tak mengikat anak2 mereka dengan tanggungjawab yang tak sepatutnya kepada anak2. COME ON la... IQ is nothing without EQ.
Quote CrowneGlory 15-3-2016 11:32 PM
Member yindia aku anak baru dpt keputusan spm baru ni 10A 1B ...Terus maknya mengadu kat aku anak dia nk bunuh diri psl 1B ...tak memasal jugak mak dia mangkuk hayunkan anak dia psl nak bunuh diri..nasib baik member aku tu lawak...anak pulak melebih2.. Tp mmg ramai je parents mcm bapak bdk ni..cold semcm dgn anak2

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.053965 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top