CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Nak Tenangkan Anak Bagi Puting, Tapi Rupanya Hisap Kuman

26-2-2016 04:58 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 4515| Komen: 4

Description: Tahukan anda bahawa bahawa puting tiruan dan getah silikon yang diberikan kepada bayi anda berkenaan sebenarnya merupakan
Oleh Izzah Abbasy

Puting tiruan atau getah silikon pelbagai bentuk ini sering diberi kepada anak-anak oleh ibu bapa untuk menenangkan mereka.


Tahukan anda bahawa bahawa puting tiruan dan getah silikon yang diberikan kepada bayi anda berkenaan sebenarnya merupakan 'lubuk' kuman.


Ia juga boleh memberi kesan kepada pembentukan gigi yang tidak teratur.


Berikut beberapa kebaikan dan keburukan selain tip berkaitan peng­gunaan puting untuk dijadikan panduan ibu bapa.

1. Ia mungkin menenangkan anak dan membantunya tidur.

2. Ia mungkin membantu mendidiknya untuk menghisap lebih kuat ketika minum susu ibu.

3. Menghisap puting dalam jangka lama mungkin menggalakkan bakteria daripada mulut bergerak ke tiub sempit antara bahagian telinga dan tekak.

4. Penggunaan puting tiruan boleh memberi kesan kepada struktur mulut dan menyebabkan mukus di bahagian tiub Eustachian pada bahagian tekak tidak dapat dikeringkan.

5. Penggunaan puting terlalu lama atau melebihi usia dua tahun boleh menyebabkan perubahan pada pertumbuhan giginya dan membuatkan gigi atas dan bawah tidak selari.

6. Yayasan Kesihatan Pergigian British menolak penggunaan puting, selain menggalakkan ibu bapa memastikan anak mereka tidak menghisap ibu jari sebagai ganti puting.

7. Terlalu lama menghisap puting juga boleh membuatkan kanak-kanak lambat bertutur dan tidak tahu membuat bunyi tertentu.

8. Jika memilih memberi puting pada anak, harus dipastikan ia disteril dan dibersih­kan sekerap mungkin.

9. Keadaan puting harus diperiksa selalu bagi memastikan ia tidak ada rekahan atau koyakan yang boleh memerangkap kuman.

10. Jangan sesekali mencelup puting dalam makanan manis, madu atau jus dalam usaha membuatkannya menghisap puting dan tidak menangis kerana ia boleh menyebabkan gigi mereput. - CARI Infonet




Kredit Tip : HMetro
26

Bagus
19

Marah
25

Terkejut
13

Sedih
10

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (107 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Symbiosis3 27-2-2016 06:46 AM
Puting asli ciptaan PENCIPTA ada, yang kembang yang tajam yang embedded.....naper pilih utk beri  puting silicon....??????

wahai ibu ibu.....unta Padang pasir pun takda malas macam lu orang daaaaa......



Quote kelip2_07 16-3-2016 01:51 PM
aku xpenah bg ank aku puting pelesu..mcm sesetegh org..24jam puting tersentil kt mulut ank..xphm aku
Quote cikcikebom 19-8-2016 04:13 PM
good info. noted.
Quote Emperor95 20-8-2016 11:08 AM
Terima kasih untuk info ini

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 05:44 AM GMT+8 , Processed in 0.051570 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top