CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pencuri dibelasah

11-7-2013 04:42 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5608| Komen: 14

Description: KUALA TERENGGANU - Seorang pencuri bukan sahaja berputih mata apabila cubaannya untuk melarikan wang di sebuah kedai runcit tidak berhasil, malah dia turut menjadi ‘habuan’ orang ramai yang berada d ...
KUALA TERENGGANU - Seorang pencuri bukan sahaja berputih mata apabila cubaannya untuk melarikan wang di sebuah kedai runcit tidak berhasil, malah dia turut menjadi ‘habuan’ orang ramai yang berada di lokasi kejadian, di Kampung Duyung, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam, suspek yang berusia 30-an itu berpura-pura kononnya ingin membeli barang, namun tindakannya yang cuba melarikan sejumlah wang di kaunter pembayaran disedari salah seorang pelanggan.

Menurut pembantu kedai, Shaiza Ismail, 30, semasa kejadian, hanya dia berseorangan di kedai runcit keluarganya itu dan ketika itu, dia sedang sibuk melayan permintaan seorang pelanggan di satu sudut di dalam kedai.

“Saya terpaksa meninggalkan kaunter pembayaran seketika kerana melayan pelanggan dan langsung tidak sedar kehadiran suspek yang ketika itu sudah pun berada di bahagian kaunter pembayaran.

“Tetapi, tindakan suspek yang semasa itu sedang mengambil wang di kaunter telah disedari seorang pelanggan yang baru masuk ke dalam kedai, sebelum menggertak bagi menakutkan suspek,” katanya.

Shaiza berkata, suspek yang terkejut dengan sergahan daripada pelanggan dikenali itu telah cuba melarikan diri, namun gagal apabila berjaya ditangkap orang ramai yang berada di kawasan berkenaan.

Jelasnya, hasil pemeriksaan di dalampoket seluar suspek menjumpai semula wang tunai sebanyak RM350 yang dipercayai sempat dirembat dari dalam laci ketika dia meninggalkan kaunter pembayaran.

Menurutnya, orang ramai yang berang apabila mengetahui suspek cuba membuat onar di dalam kampung itu bertindak membelasahnya sebelum diserahkan kepada polis yang tiba tidak lama kemudian.

Ketua Polis daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan lanjut dijalankan.

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pakwetizzaqyah 11-7-2013 09:20 AM
terenggaynu mmg...penyangak tapi sibuk mengaku melayu jati...ngahaha..padahal perangai mcm jakarta
Quote jazaa 11-7-2013 09:21 AM
elok pun....
belasah dulu baru serah kat polis....
Quote izamahmed 11-7-2013 09:24 AM
gambo sumber berita
Quote gaara_X 11-7-2013 09:25 AM
penyamun simpan lepas berbuka sedap belasah nie....
Quote PostBanhammer 11-7-2013 10:32 AM
gaara_X posted on 11-7-2013 09:25 AM
penyamun simpan lepas berbuka sedap belasah nie....

Belasah makan buat juadah berbuka ke???
Quote dubuk 12-7-2013 04:23 PM
kasihan kau tak dapat makan sedap2 dimusim perayaan ini
Quote mak_wa95 12-7-2013 10:03 PM
kerja malas asyik nak mencuri....rasakan bulan puasa n raya dalam penjara......
Quote TuntungReturn 12-7-2013 10:34 PM
hasil pemeriksaan di dalampoket seluar suspek menjumpai semula wang tunai sebanyak RM350 yang dipercayai sempat dirembat

aku rase ni lah kali pertama aku jumpe perkataan dirembat dalam paper.
Quote munchkin 12-7-2013 10:47 PM
bagus dapat tangkap. bantai je tangan dia kasi lunyai. geram pada org pemalas yg "ragut' hasil titik peluh orang lain.
Quote kakikuDibibirmu 12-7-2013 11:14 PM
TuntungReturn posted on 12-7-2013 10:34 PM
hasil pemeriksaan di dalampoket seluar suspek menjumpai semula wang tunai sebanyak RM350 yang diperc ...

pengayaan bahasa

P/S: Saluran famili anda
Quote DARSITA 13-7-2013 03:17 AM

Terus terang aku kata berita berita mcm ini yang aku paling suka baca dlm CI - kalau tengok muka depan penuh dgn budak kena bunuh, kena dera - terus tension fikiran.
Quote kakikuDibibirmu 13-7-2013 03:47 AM
terengganu darul pencuri

ummah mulayu moslem sunni pencuri
Quote harizs 13-7-2013 02:13 PM

Quote harizs 13-7-2013 02:37 PM
Store Owner Knocks out Robber with a Baseball Bat

[youtube]oVmvUC95qt0[/youtube]

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 01:09 PM GMT+8 , Processed in 0.059992 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top