CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Provokasi Kuasa-Kuasa Besar Dunia Semakin Menjadi-jadi

11-1-2016 11:50 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8514| Komen: 58

Description: Perebutan kuasa dan pengaruh membuatkan kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat, Rusia, China......


Oleh : Dean BZ


Perebutan kuasa dan pengaruh membuatkan kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat, Rusia, China, Israel, Korea Utara dan sekutu kuat mereka berlumba-lumba membangunkan senjata perang yang canggih. 


Dengan adanya kekuatan tentera yang  besar dan peralatan perang yang canggih, sudah pastinya negara itu akan dihormati oleh negara-negara lain. Namun, setiap kuasa besar sudah pastinya mempunyai ego dan ideologi berbeza. 


Pergolakan yang terjadi di Timur Tengah jelas menunjukkan "Perang Proksi" kuasa-kuasa besar. Perang proksi akan berlarutan hingga perang sebenar antara kuasa-kuasa besar dunia tercetus, yang mana akan membawa kepada kemusnahan lebih dasyat pada dunia.




Terbaru, sebuah pesawat pengebom jarak jauh Amerika Syarikat (AS) dilaporkan terbang melintasi ruang udara Korea Selatan.

Semalam, pesawat B-52 Stratofortress AS terbang merentasi Seoul beberapa hari selepas Korea Utara bertindak melancarkan ujian bom hidrogen pertamanya sekali gus mengingkari sekatan antarabangsa.


Menurut tentera AS, pesawat pengebom dengan kemampuan membawa senjata nuklear itu melintasi Pangkalan Udara Osan di Pyeongtaek, terletak kira-kira 72 kilometer di selatan Seoul.

Pesawat berkenaan berlegar-legar di ruang udara pangkalan udara sebelum pulang dan ia dilihat sebagai ancaman oleh Korea Utara.

Difahamkan, pengebom B-52 telah digunakan dalam latihan ketenteraan tahunan AS dan Korea Selatan, yang turut mencetuskan kemarahan Pyongyang, lapor Press TV.

Dalam satu kenyataan terbaru, Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menyatakan bahawa ujian bom hidrogen dilakukan oleh negara itu baru-baru ini, sebagai langkah negara itu untuk mempertahankan diri daripada ancaman nuklear Amerika Syarikat.

Memetik laporan Reuters, melaporkan Kim Jong Un berkata, negaranya mempunyai hak untuk melakukan ujian itu, kerana ingin memastikan keselamatan negaranya.


"Ujian bom hidrogen pada rabu lalu dan yang keempat oleh Korea Utara membuat Amerika Syarikat marah.

"Ujian bom hidrogen Republik Demokratik Rakyat Korea adalah sebuah langkah membela diri untuk mempertahankan keamanan di Semenanjung Korea dan keamanan Korea Utara daripada  bahaya perang nuklear yang disebabkan oleh para imperialis pimpinan AS.

"Ini merupakan hak yang sah dari sebuah negara berdaulat, dan tindakan wajar yang tak boleh dikritik oleh seorang pun," kata Kim



Sebelum ini, tentera AS juga pernah menggunakan pesawat pengebom B-52 mereka melintasi kepulauan Spratly sebagai amaran kepada China mengenai konflik Kepulauan Spratly dan ekoran China turut mendakwa Laut China Selatan adalah milik mereka.

Gerun memikirkan kesan dari provokasi yang semakin menjadi-jadi antara kuasa-kuasa besar. Sama-sama kita doakan semoga dunia ini sentiasa aman. - CARI Infonet.




*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.

34

Bagus
8

Marah
21

Terkejut
11

Sedih
12

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (105 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bluehedgehog 11-1-2016 11:54 AM
pemimpin mesia pun anggap sendiri setarap kuasa2 besar doniya
Quote sofiazara 11-1-2016 11:58 AM
north korea ni betul2 ke hidrogen bomb?
ke dia berangan je
entah2 nuklear yg dolu2 tu je
Quote pooh~key 11-1-2016 12:00 PM
Alamak, takutlah pulak aku. Masa untuk bertaubat. Lailahailallah...
Quote MengkuduMasam 11-1-2016 12:29 PM
ekonomi xstabil...

perang laa ape lagi.... itu je laa modah kuasa2 besar..
Quote Simunggu 11-1-2016 12:37 PM
kita apa susah ada pakar jurus ilmu isim...sayap jibril pun kita ada...
Quote CiliPadiSedap 11-1-2016 01:13 PM
balik kampung tambah stok pokok ubi. bekalan masa depan
Quote ChildrenOfBodom 11-1-2016 01:35 PM
ya proxy war, negara2 yg kecik2 tu xdak apa sgt, isu sebenar tetap antara US/western allies/israel vs Russia/China/north korea/iran....dunia masih dipecahkan kpd 2 blok kuasa besar, cuma certain negara saja mengambil.langkah memondankan diri dgn tidak menyokong mana2 kuasa besar secara lgsg.
Quote ohnoLia 11-1-2016 01:44 PM
bluehedgehog replied at 11-1-2016 11:54 AM
pemimpin mesia pun anggap sendiri setarap kuasa2 besar doniya

Obama sendiri gigih mari malaysia  menunjukkan negara kita ini... bukan calang2
Quote khairulazuan 11-1-2016 01:48 PM
tanam ubi kayu weh bnyk2

haha

Quote kemaruk 11-1-2016 01:54 PM
satu-satunya negara Islam yang ada bom nuklear adalah pakistan

ada peralatan perang yang canggih camne pon, penentu mutlak adalah bom nuklear
Quote kemaruk 11-1-2016 01:56 PM
sofiazara replied at 11-1-2016 11:58 AM
north korea ni betul2 ke hidrogen bomb?
ke dia berangan je
entah2 nuklear yg dolu2 tu je

nuclear yang dulu2 tu pon boleh ratakan lembah klang dengan sebijik bom je
Quote LadyDiddy 11-1-2016 02:01 PM
Dunia dah makin hampir ke penghujung
Quote sofiazara 11-1-2016 02:14 PM
kemaruk replied at 11-1-2016 05:56 AM
nuclear yang dulu2 tu pon boleh ratakan lembah klang dengan sebijik bom je

yele..maksud aku. gigih announce hidrogen walhal nuklear
Quote kemaruk 11-1-2016 02:22 PM
sofiazara replied at 11-1-2016 02:14 PM
yele..maksud aku. gigih announce hidrogen walhal nuklear

bom hidrogen adalah bom nuclear

mungkin awak keliru dengan bom atom

bom nuclear boleh dikategorikan kepada 2:
1) bom atom
- guna uranium atau plutonium
- bebaskan tenaga nuclear dengan kaedah fission (atom dipecahkan/dibelah)

2) bom hidrogen
- guna gas tritium (diperoleh dari hidrogen)
- menukarkan tritum kepada helium melalui proses fusion (molekul tritum digabungkan dengan deuterium)
- ketika pertukaran tu, tenaga nuclear dibebaskan
Quote sofiazara 11-1-2016 02:54 PM
kemaruk replied at 11-1-2016 06:22 AM
bom hidrogen adalah bom nuclear

mungkin awak keliru dengan bom atom

cubalah ko baca
benarke north korea dah test hidrogen bom yg sepatutnya radiation dia lebih besar dari yg dia test tu

semua pakar doubtful dgn kemampuan north korea buat hidrogen bom

Quote bluehedgehog 11-1-2016 02:59 PM
Mesia ni mesti dlm kumpulan us israel saudi turki
Quote kemaruk 11-1-2016 03:01 PM
sofiazara replied at 11-1-2016 02:54 PM
cubalah ko baca
benarke north korea dah test hidrogen bom yg sepatutnya radiation dia lebih besar ...

kalau dia takde bom hidrogen pon, north korea dah terbukti ada bom atom

bom atom jatuh sebijik kalu, perlis tinggal abu je

kekuatan bom hidrogen ngan atom sama je

cuma bom atom tak fully utilized uranium yang ada dalam bom tu.. membazir.. dah la jumlah uranium kat bumi ni terhad.. susah nak diperolehi...

yang paling dirisau, bukan sama ada north korea ada bom hidrogen atau tak

tapi yang perlu dirisau, sejauh manakan bom itu boleh pergi??

adakah north korea ada teknologi inter continental balistic missile (ICBM)?

kalau ada bom nucklear kuat camne pon, tapi takleh pergi jauh2 tak guna gak
Quote monyet_2015 11-1-2016 03:04 PM
kemaruk replied at 11-1-2016 11:22 AM
bom hidrogen adalah bom nuclear

mungkin awak keliru dengan bom atom

untuk membolehkan tindak balas fussion berlaku..memerlukan suhu yang amat tinggi..bom hidrogen dibuat dengan meletupkan bom atom di dalam kebuk yg berisi unsur hidrogen.yg meyebabkan tindak balas fussion berlaku...yg menghasilkan letupan berpuluh kali ganda dari letupan bom atom..inilah bom hidrogen..bom hidrogen di kenali sebagai bom nuklear.
Quote kemaruk 11-1-2016 03:10 PM
monyet_2015 replied at 11-1-2016 03:04 PM
untuk membolehkan tindak balas fussion berlaku..memerlukan suhu yang amat tinggi..bom hidrogen dib ...

ye, bangkem bagi contoh yang ringkas je...

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.253342 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top