CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Peminat kecewa Jennie dah pandai hisap vape, Jennie BLACKPINK tampil mohon maaf

10-7-2024 07:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 20497| Komen: 4

Description: Bintang K-pop, Jennie BLACKPINK tampil memohon maaf atas keterlanjurannya menghisap vape di dalam bangunan hingga mencetuskan perdebatan dalam talian, sehinggakan Kementerian Luar Korea Selatan meneri ...

Bintang K-pop, Jennie BLACKPINK tampil memohon maaf atas keterlanjurannya menghisap vape di dalam bangunan hingga mencetuskan perdebatan dalam talian, sehinggakan Kementerian Luar Korea Selatan menerima aduan rasmi berkaitan kejadian itu.

Kenyataan maaf itu dikeluarkan oleh agensi Jennie, OA Entertainment.

Agensi berkenaan juga meminta maaf atas tindakan yang mengecewakan jutaan peminat penyanyi dan rapper itu.

“Jennie juga secara peribadi telah meminta maaf kepada semua staf di lokasi,” menurut kenyataan itu.

Video yang menunjukkan Jennie, 28 tahun, menghisap vape ketika berada di Itali atas tujuan kerja, dimuat naik sebagai sebahagian daripada vlog di YouTube untuk peminatnya.

Babak tersebut sudah dipadamkan, namun salinannya tersebar di Internet.

Menerusi rakaman itu, Jennie kelihatan menghembuskan asap vape dalam ruangan yang mana terdapat pendandan rambut dan jurusolek sedang bekerja untuk menyiapkan dirinya.


Menghisap rokok mahupun vape di dalam bangunan adalah salah di sisi undang-undang Korea Selatan dan disebabkan itu, topik ‘merokok dalam bangunan’ dan ‘Blackpink Jennie’ menjadi bualan hangat di aplikasi X.

“Kontroversi mengenai Jennie merokok di dalam bangunan, menghembus asap di hadapan muka kakitangannya” antara tajuk utama laporan agensi berita Yonhap.

Sementara Korea Times melaporkan, seorang warganet mendakwa insiden itu berlaku di Capri, Itali iaitu lokasi di mana Jennie menjalani penggambaran.

Dia mendesak Kedutaan Korea Selatan di Itali dan Kementerian Luar supaya menyiasat perkara itu, bahkan meminta “Seoul memohon untuk menyiasat insiden ini daripada pihak berkuasa Itali dan mengambil tindakan tegas”.

Dalam pada itu, Kementerian Luar Korea Selatan mengesahkan pihaknya menerima petisyen berkaitan insiden berkenaan.



BLACKPINK antara artis berkumpulan K-pop paling berjaya dengan lagu mereka kerap menduduki carta teratas tempatan dan antarabangsa, selain tersenarai dalam carta US Billboard.

“Menyiarkan video sebegitu di saluran SNS sendiri menimbulkan persoalan tahap logik akal Jennie.. Ia sangatlah mengecewakan,” kata seorang pengulas di portal Korea Selatan, Naver.

Korea Selatan dilapor menghadapi kadar merokok dalam kalangan penduduk yang tinggi, namun data rasmi setakat 2022 merekodkan hanya lima peratus wanita Korea Selatan yang merokok berbanding 30 peratus lelaki. -Agensi

Sumber : BuletinTV3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote delia3003 10-7-2024 08:57 PM
Sendiri cari penyakit.
Quote manamana123 10-7-2024 09:13 PM
Dia mmg ada aura bad girl
Quote prince_marhaen 11-7-2024 02:32 PM
hisap pod je..bukan kotey crew konsert pun...
Quote jihah_kudat 14-7-2024 10:18 AM
manamana123 replied at 10-7-2024 01:13 PM
Dia mmg ada aura bad girl

she more kepada aura pick me girl..malas menari time show..rupa biasa2 je..ni isap vape pulak..entah celah mana boleh femes entah..

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-7-2024 05:47 PM GMT+8 , Processed in 0.130885 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top