CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Spider-Man, Tobey Maguire bercinta dengan model kacukan Malaysia

10-7-2024 08:15 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7695| Komen: 18


Pelakon Hollywood, Tobey Maguire, 49, dikhabarkan sedang menjalin cinta dengan model Lily Chee, 20, yang memiliki darah kacukan Malaysia.

Pasangan terbabit juga dilihat bersama menghadiri sebuah pesta anjuran jutawan Michael Rubin, baru-baru ini.

Mencuri perhatian, hubungan itu menjadi perdebatan memandangkan jurang umur mereka yang sangat jauh selain Maguire terkenal sebagai kaki perempuan.


Bagaimanapun, bekas isterinya Jennifer Meyer tampil mempertahan Maguire sebenarnya cuma menghulur bantuan kepada Lily sewaktu mereka dilihat bersama.

Menurutnya, pelakon itu cuma membawa model berkenaan ke kereta dan dia adalah seorang lelaki yang budiman.


"Sekarang dia dikecam di internet kerana bercinta dengan seseorang yang bukan kekasihnya. Tapi terima kasih atas komen biadap kamu," katanya.

Terdahulu, foto Maguire merangkul Lily meninggalkan acara itu mencetuskan spekulasi mengenai status hubungan mereka.


Lily dilahirkan di Atlanta dan bapanya rakyat Malaysia manakala ibunya dari Scotland.

Sementara pelakon dan penerbit dari Amerika Syarikat, Maguire mula aktif dalam dunia seni sejak 1989 terbabit dalam pelbagai drama dan filem antaranya Get Duked!, Babylon, Brothers, Wonder Boys, Spider-Man dan banyak lagi.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 10-7-2024 09:55 AM
x sangka mamat ni player. muka nerd cenggitu.
Quote alesandra 10-7-2024 10:00 AM
Dia ni mcm bff dia leo.awek mesti boleh sebaya anak gituu
Quote Weller 10-7-2024 01:41 PM
isu gak kat reddit. anak perempuan tobey 23, perempuan ni 20.
Quote hokeypokey 10-7-2024 03:57 PM
muka jer skema, tapi player tua rupanya..
Quote esbok 10-7-2024 05:15 PM
claim jangan tak claim
Quote delia3003 10-7-2024 08:58 PM
Edited by delia3003 at 10-7-2024 09:03 PM

Dah ikut perangai best friend kah, cari pucuk muda. Gf 3 tahun je lebih tua daripada anak sulung dia, dah taraf anak.

"Menurutnya, pelakon itu cuma membawa model berkenaan ke kereta dan dia adalah seorang lelaki yang budiman"

Iye lah tu, siap boleh rangkul pinggang
Quote delia3003 10-7-2024 09:00 PM
BoongaKertas replied at 10-7-2024 09:55 AM
x sangka mamat ni player. muka nerd cenggitu.

Dah tua makin menggatal, cari pucuk muda baya anak, ikut perangai Leo, best friend. Geli.
Quote manamana123 10-7-2024 09:04 PM
Player
Quote dubuk 10-7-2024 09:25 PM
Below 25 is super yum
Quote BoongaKertas 11-7-2024 07:23 AM
delia3003 replied at 10-7-2024 01:00 PM
Dah tua makin menggatal, cari pucuk muda baya anak, ikut perangai Leo, best friend. Geli.

muka nerd mcm ni pun gatal eh
Quote prettygood 24-7-2024 11:55 PM
Edited by prettygood at 24-7-2024 11:56 PM

ohhh dia ni ke... tua dah smpai tk cam dah spiderman yg mana. dulu masa dia muda hensem weh dia dlm cite spiderman, untungla
Quote prettygood 24-7-2024 11:58 PM
delia3003 replied at 10-7-2024 09:00 PM
Dah tua makin menggatal, cari pucuk muda baya anak, ikut perangai Leo, best friend. Geli.

org muda pun nak kat leo jugakkk ..trmasuk meols kalau diberikan peluang hahahah
Quote marchikobonzo 15-8-2024 01:58 PM
Mcm bff dia tu..cari gf muda ranum
Quote Olumis 1-9-2024 03:31 PM
Lol. Darah nusantara memang tak sah kalau tak claim.
Quote anony-mous 18-9-2024 12:46 AM
BoongaKertas replied at 10-7-2024 09:55 AM
x sangka mamat ni player. muka nerd cenggitu.

Iols pon x sangka he kaki prempuan sbb jarang keluar gosip plus muka inesen baik jah
Quote BoongaKertas 18-9-2024 08:12 AM
anony-mous replied at 17-9-2024 04:46 PM
Iols pon x sangka he kaki prempuan sbb jarang keluar gosip plus muka inesen baik jah

nyampah eh. muka nerd pun player. apetah lg kalau mmg kacak, confirmed player. ok penat nak pukul rata semua lelaki sama.
Quote annehuda 22-9-2024 03:05 PM
lily chee ni bermasalah. pembuli kt sekolah sampai kene buang, lepas tu siap edar gambar and video XXX budak bawah umur. bitchy minah ni.
Quote Jikookie 23-9-2024 04:29 PM
Terkejut baca part kaki perempuan tu. Tak sangka muka nerd camni pun playboy

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.251244 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top