CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Watie mohon maaf jika ada terasa perlekeh Orang Asli - "Tiada niat langsung nak menghina atau memperlekehkan"

10-7-2024 08:33 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10361| Komen: 50


Isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib, Watie Hanifiah tampil memohon maaf susulan dikatakan mempersenda Orang Asli dalam satu rakaman klip video di media sosial miliknya.

Watie yang juga usahawan itu berkata dia sememangnya langsung tidak berniat untuk memperlekehkan mana-mana pihak berhubung gurauannya dengan anak tiri, Uwais Alqarni.

“Mummy (panggilan dirinya) dapat banyak teguran berkenaan video Uwais itu sebab mummy sebut macam Orang Asli.

“Sejujurnya tidak ada langsung niat saya nak menghina mahupun memperlekehkan.

“Maaf kalau ada yang terasa,” katanya.

Menurut Watie, 36, kata-kata yang keluar daripada mulutnya hanya kebetulan kerana persamaan terdapat pada imej digayakan Uwais Alqarni ketika itu.


Tambahnya, lebih menguatkan persamaan itu apabila Uwais juga tampil dirakam tidak berbaju.

“Cumanya dalam video itu Uwais tidak berbaju. Sebab itu mummy samakan dia seperti dalam gambaran orang dulu kala,” katanya.

Dalam Insta Story Watie, Uwais dilihat muncul tidak berbaju sebaliknya hanya memakai tuala mandi beserta aksesori di tubuh badan dan kepala.

Watie yang menyaksikan Uwais, 13, sambil merakam kemudian menyamakan remaja itu dengan Orang Asli.

Susulan itu, ramai yang menghantar mesej pesanan peribadi (DM) menegur tindakannnya itu.

Watie juga yakin pengikutnya juga pasti mengenali atau sedia maklum mengenai sikapnya selama ini.

Katanya, selama ini dia sering menjaga batas dalam berkomunikasi terutama depan khalayak.

“Mummy rasa pengikut pun tahu selama ini mummy sangat menjaga tutur bahasa.

“Walaupun ada yang kecam sebelum ini, saya tidak pernah marah atau balas.

“Insya-Allah mummy tahu niat mummy dalam berbahasa,” katanya.

Sumber : Malaysiakini

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 10-7-2024 08:35 AM
X pernah cerdik...
Quote princessmiang 10-7-2024 08:39 AM
Bila tetek lagi laju dari jari
Quote slyfynx 10-7-2024 09:01 AM
pompuan ni retis ke?
Quote mamapea 10-7-2024 09:08 AM
Edited by mamapea at 10-7-2024 09:11 AM

kdg kita jugak ada sebut sekadar menggambarkan persamaan dgn org asli ke, jakun ke...tp bkn la niat nk menghina...dh buat content & post kt socmed pandai2 la hang...sblm nk post pun pandang kiri kanan dulu kalau melibatkan sensitiviti sesetengah org...
Quote Orenn1 10-7-2024 09:08 AM
Ni yg dikatakan bodoh gila, dah jadi public figure takyah guna perkataan mcm jakun sakai org asli utk refer kpd perangai jakun atau rupa paras ke apa, mmg cari nahass jawabnya. Ini siap buat video kat story, mmg betul2 bodoh
Quote prince_marhaen 10-7-2024 09:21 AM
dah nama pun bekas bohsia... kawin pulak ngan soeb..mana la bijaknya..
Quote naina 10-7-2024 09:24 AM
Dia ikut jejak arwah Siti Sarah
Tak lama lagi ke alam kubur kot
Watie dah boleh buat persediaan
Quote shark_eow7 10-7-2024 09:43 AM
princessmiang: Bila tetek lagi laju dari jari


setuju sis. fikir menggunakan tetek. otak simpan dulu. nnti takde duit boleh jual harga tinggi sebab jarang guna.
Quote zuriey 10-7-2024 09:55 AM
Itu la akibat phone berjahit di tangan
Semua benda ko nak post
Tau takut
Quote aemon 10-7-2024 10:17 AM
Dah mmg laki ko muka pon serupa org asal.its a fact.watetek tak leh nk tipu
Quote dewi_rina 10-7-2024 10:27 AM
princessmiang replied at 10-7-2024 12:39 AM
Bila tetek lagi laju dari jari

Hahaha mengekek i gelak baca komen ni
Quote PejuangBerani 10-7-2024 10:27 AM
dia ni perlu ke nak post menda mcm ni kat media sosial...jgn lah terlalu expose sampai tahap takda boundaries..keadaan anak yg mcm tu sgt lah xsesuai jadi tatapan umum.
Quote selipar_hijau 10-7-2024 10:35 AM
habis lah kau jap lagii
Quote mizzmimi 10-7-2024 10:52 AM
Otak letak kat t3t3k camtu le
Quote bambimo 10-7-2024 10:55 AM
Apa la yg korang expect dgn dia ni...
Quote ezacbee 10-7-2024 11:01 AM
Semua benda nak post.. laki tengok spender ko pun post.. pe nak heran..
Quote marchikobonzo 10-7-2024 11:37 AM
Sejak bila dia ni retis yang sampai bukak benang dia kat bod retis ni? Sampah betul
Quote hokeypokey 10-7-2024 03:52 PM
sape suh ko post mmg mendapat la.. kalau gurau anak beranak takde org yg tahu pun..
Quote CoffeeOverdose 10-7-2024 04:43 PM
sbnrnya dia nk tunjuk dia yg terpaling mak tiri saja kan?

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.037714 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top