CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shuk anggap keputusan berkahwin tepat, podcast bantu karier seni - "Kalau ada rezeki lebih selepas ini, mungkin kami akan buat majlis"

10-7-2024 08:24 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7176| Komen: 23

Description: Dua tahun menyepi dari radar industri hiburan tanpa tahu dirinya 'digam' atau tidak, pelawak dan pengacara sensasi, Shuk Sahar, 39, menyifatkan rakyat di negara ini tetap bersikap pemaaf.



Dua tahun menyepi dari radar industri hiburan tanpa tahu dirinya 'digam' atau tidak, pelawak dan pengacara sensasi, Shuk Sahar, 39, menyifatkan rakyat di negara ini tetap bersikap pemaaf.

Shuk atau namanya sebenarnya, Mohammad Shukri Mohammed Sahar berkata, ia berikutan dia dan isterinya, Fara Salleh kini sudah diterima baik masyarakat, termasuk tidak lagi menerima kecaman teruk daripada netizen di media sosial.

"Di Malaysia ini, saya tahu rakyat Malaysia memang kadang-kadang bila berlaku sesuatu mereka akan marah, tapi bila kita buat sesuatu kembali membetulkan keadaan, rakyat Malaysia senang menerima, memaafkan.

"Jadi, apabila saya dan Farah ambil keputusan untuk kita 'settle down', kita kahwin, kita buat saja benda yang betul, kalau ada jodoh kita panjang, selama-lamanya. Jadi, saya rasa penerimaan orang di situ dah makin okay," katanya kepada Harian Metro.


Terdahulu, Shuk berkahwin kali kedua dengan wanita pilihannya iaitu Fara pada November tahun lalu dalam majlis pernikahan sederhana yang dihadiri keluarga dan saudara terdekat.

Menurut Shuk, kalau dulu apabila orang nampak dia ada bersama Fara, pasti akan dikecam, tapi sekarang kalau ada 'post' (hantaran) di media sosial pun dah tak ada kecaman.


"Majlis kahwin kami pada November tahun lalu pun, saya buat 'simple' saja, sebab saya tahu banyak hati yang mungkin saya tak boleh puaskan. Jadi, saya ambil keputusan kita jalankan benda yang baik.

"Kalau ada rezeki lebih selepas ini, mungkin kami akan buat majlis untuk meraikannya, Insya Allah," katanya mengakui mereka belum lagi ada rezeki untuk menimang cahaya mata, namun tidak merancang.

Shuk sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pempengaruh media sosial, Rossa Sera pada 2015 dan mereka dikurniakan dua anak iaitu Nur Qurratu Ain, 8, dan Nur Assiyfatu Aimi, 5.

Bagaimanapun disebabkan kontroversi kecurangan yang menghambat Shuk, membuatkan mereka akhirnya sah bercerai talak satu pada 22 Mac tahun lalu selepas pulang dari Tanah Suci Makkah mengerjakan umrah bersama.

Sementara itu, bagi karier seninya pula Shuk akan muncul di dalam program Dol's Podcast bersama dua rakan baiknya, Shuib dan Fizie yang sebelum ini mereka pernah bergabung mengendalikan segmen Geng Pagi Hot di Hot FM.

Dol's Potcast sebanyak lapan episod akan memaparkan kisah pengalaman menarik daripada tetamu undangan diundang ke studio yang dijangka bersiaran lebih sejam.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pocongkiutss 10-7-2024 08:27 AM
Astaga..berapa bnyk thread kau ha..takpela biar berlawan dgn thread ratu gigi porem
Quote zuriey 10-7-2024 09:57 AM
farah bakal di sucikan
Jual tudung, produk timbang kilo, sambal, kek coklat, daging dendeng
Berpusu2 ummah beli
Quote mizzmimi 10-7-2024 10:04 AM
Good luck le.. tengok gaya wife baru kalau kena serai mau lagi gila dari ngai ngai..
Quote hokeypokey 10-7-2024 03:56 PM
jaga bini ko elok2, nanti idup ko disusahkan plak..
Quote jiwakacau06 10-7-2024 04:23 PM
mizzmimi replied at 10-7-2024 10:04 AM
Good luck le.. tengok gaya wife baru kalau kena serai mau lagi gila dari ngai ngai..

xcerai pn dh byk kli meroyan...tapi lps tu delete..
Quote christmaseve 10-7-2024 04:29 PM
Sape yg mula kn trend podcast ni ek? Bersepah2 plak skrg sume nk buat podcast. Kdg tajuk/issue/guest pn tah pape

Pape pn selamat la hidup bersama. Hadap jelah kalau wife mengamuk lagi dan lagi cite kt media sosial. Sbb tu mmg perangai dia dr sblm kawen pn
Quote CoffeeOverdose 10-7-2024 04:40 PM
klu hidup dia aman2 dgn fara ni mknanya something off kat sera. klu dgn fara ni pun mcm dgn sera, mmg dia yg problematic.
Quote mizzmimi 10-7-2024 05:12 PM
jiwakacau06 replied at 10-7-2024 04:23 PM
xcerai pn dh byk kli meroyan...tapi lps tu delete..

Khuensss.. kat medsoc pun dah nampak gilanya.. real life ntah camne..
Quote chekacheku 10-7-2024 05:15 PM
Idokler aku nk support pasangan keji ni..terlondeh byk kali kisah aib yg mmg dibuat dorg dlm waras..so its a no for me..
Quote abadi84 10-7-2024 05:22 PM
Gelilah nak buat majelis.
Bersekedudukan berapa lama dah pun.
Dah basi.
Quote abadi84 10-7-2024 05:24 PM
christmaseve replied at 10-7-2024 04:29 PM
Sape yg mula kn trend podcast ni ek? Bersepah2 plak skrg sume nk buat podcast. Kdg tajuk/issue/guest ...

Entahnya.
Podcast syok sendiri.
Paling menyampah podcast anak tiri tokti.
Quote dua_chzy 10-7-2024 05:33 PM
christmaseve replied at 10-7-2024 08:29 AM
Sape yg mula kn trend podcast ni ek? Bersepah2 plak skrg sume nk buat podcast. Kdg tajuk/issue/guest ...

Kokesen.

Podcast ni bermula dengan perbincangan ilmiah, perbincangan akademik. Topik2 berilmu.

Bila dah tersebar meluas, sampah sarap la jadinya sebab yang buat podcast tu pun sampah sarap.
Quote christmaseve 10-7-2024 07:59 PM
abadi84 replied at 10-7-2024 05:24 PM
Entahnya.
Podcast syok sendiri.
Paling menyampah podcast anak tiri tokti.

Kan3. Menyampah betul tgk nye. Padahal nk bergosip korek rahsia retis je pn. Acah2 sgt. Da la xde ape faedah @ pengajaran langsung
Quote pocongkiutss 10-7-2024 07:59 PM
CoffeeOverdose replied at 10-7-2024 04:40 PM
klu hidup dia aman2 dgn fara ni mknanya something off kat sera. klu dgn fara ni pun mcm dgn sera, mm ...

Tak jugak..dh fara kawal dia ketat2 sbb insekiyooooo

Hari tu pun dh merempan kan minah ni

Quote pocongkiutss 10-7-2024 08:01 PM
zuriey replied at 10-7-2024 09:57 AM
farah bakal di sucikan
Jual tudung, produk timbang kilo, sambal, kek coklat, daging dendeng
Berpusu ...

Penyondol lepas kawin terus suchi walaupun dh buat benda2 tak senonoh dgn skandal sebelum kawen

Penyucian dia akan terus jd level gred 1 sekiranya ex bini jantan tu jd mental & menggelenyar setelah ditinggal laki
Quote christmaseve 10-7-2024 08:02 PM
dua_chzy replied at 10-7-2024 05:33 PM
Kokesen.

Podcast ni bermula dengan perbincangan ilmiah, perbincangan akademik. Topik2 berilmu.

Kalau yg berilmiah ni mmg best. Ada 2ways communications. Masing2 share ilmu diorg. Mmg informative.
Yg berlambak skrg ni asal nk menyembang xtentu hala guna  term podcast
Quote Acik2kepam 10-7-2024 08:08 PM
CoffeeOverdose replied at 10-7-2024 04:40 PM
klu hidup dia aman2 dgn fara ni mknanya something off kat sera. klu dgn fara ni pun mcm dgn sera, mm ...

Tak semestinya kalau aman2 pun sbb si fara tu narsistik drpd dulu duk ugut mcm2 siap nk bunuh diri lagi si syuk tu mana berani nk tinggalkan dia.
Sera dulu susah nk bercerai
Duk bertahan gak tp asik kena saiko ngn farah tu
Lama2 beranikan diri gak failkan cerai
Kat  dia syuk ckp dah takde dah hub, asik duk pujuk rayu dia pun cair tak jd nk cerai.
Tp farah duk mesej dia ckp syuk ada ngn dia la blablaablaa
Sapa je tak naik gilaa, laki kata dah takda da hub tu tp gf kata lain.



Quote Hoola 10-7-2024 08:33 PM
netijem wont forget
wat is in the net stay in the net

hrp maklong
Quote fcl29 10-7-2024 08:48 PM
bangang mane la yg menyokong korg dua ni

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-7-2024 06:21 PM GMT+8 , Processed in 0.047312 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top